Ternyata Aku Yang Salah .10

2.8K 258 10
                                    

Buku dan alatan belajar yang bersepah dimasukkan ke dalam beg sekolah. Ada pelajar yang masih menumpukan tumpuan mereka kepada cikgu di depan, ada juga yang seperti Hifza Yelda yang bersiap-siap untuk segera pulang.

"Trial SPM will be next week. So, make sure to check out the topics I've shared before." ucap cikgu Maisara.

"Okay miss." balas beberapa orang pelajar 5 anggerik.

"Okay class, that's all for today." ucap cikgu Maisara, pelajar 5 anggerik mula berdiri. "Thank you miss." ucap ketua kelas kemudian disambut sekitar 29 pelajar yang lain.

Selepas cikgu Maisara melangkah keluar dari kelas, pelajar yang lain turut berpusu-pusu keluar dari kelas untuk pulang ke rumah masing-masing begitu juga dengan Hifza Yelda dan dua kawan baiknya. Beg hijau digalas pada bahu dengan satu tali sahaja.

"Kau naik bas lagi hari ni?" soal Nurul Amanda sambil berjalan menuruni tangga. Aiman Kamal setia di belakang mereka.

"Hm, naik bas lah. Mama dengan abang aku kerja."

"Kalau macam tu, biar aku hantar." sampuk Aiman Kamal membuatkan dua gadis menoleh ke arah belakang mereka.

"Takpe lah. Aku ada nak singgah tempat lain." balas Hifza Yelda hanya berdalih. Dia tidak mahu hal yang terjadi berulang lagi. Bahkan Aiman Kamal seakan tidak serik pula ditampar dan ditendang oleh bapanya.

"Kau nak pergi mana?" soal Aiman Kamal tanpa sempat Nurul Amanda menyoal soalan yang sama.

"Ada lah." balas Hifza Yelda, dia mengangkat hujung bibirnya menerbitkan senyum tipis.

"Aku hantar. Kau nak pergi mana sekali pun, aku boleh hantar." ujar Aiman Kamal yang berubah menjadi protective selepas kejadian Hifza Yelda dipukul di hadapannya. Dia menjadi takut jika kawan baiknya akan dipukul lagi.

"Takpe, Aiman. Aku naik bas. Tu bas dah sampai. Aku balik dulu, bye." ucap Hifza Yelda sambil menunjuk ke arah bas yang baru sahaja tiba. Dia merasa lega ketika dapat melarikan diri dari berhadapan dengan Aiman Kamal yang terlihat tekad mahu menghantar dirinya.

Tangan melambai ke arah kawan baiknya sebelum melangkah masuk ke dalam perut bas. Selepas beberapa minit, bas mula bergerak ke tempat perhentian yang biasa sehingga sampai di perumahan tempat tinggal Hifza Yelda. Gadis itu terus turun dari bas menuju ke arah taman permainan.

Tempat yang ingin dikunjungi gadis itu adalah tempat biasa dia membuang waktu sebelum pulang ke rumah. Disebabkan tidak mahu segera pulang, membuatkan gadis itu duduk di taman permainan tanpa menukar pakaian sekolahnya terlebih dahulu.

"Seronoknya jadi budak kecil. Dalam fikiran hanya main je." monolog hati kecil Hifza Yelda sambil berjalan ke arah tempat biasa dia membuang waktu dengan melukis.

Buku lukisan dikeluarkan selepas selamat mendaratkan punggung pada bangku simen. Bekas pensil diambil lalu mengeluarkan pensil dan mula melukis pemandangan taman permainan tersebut. Bagi Hifza Yelda, melukis adalah cara untuk dia mengosongkan fikirannya selain membuang waktu sebelum pulang.

Tiba-tiba Hifza Yelda tertawa sendiri, "dunia ni permainan je, Hifza. Kehidupan nyata di dalam kubur nanti." Monolog gadis itu pelan.

"Tapi permainan yang perlu ada kesungguhan sebab kalah menang akan berlaku di dalam kubur dan di sana nanti." sambungnya lagi yang tiba-tiba sahaja fikirannya memikirkan tentang hal tersebut.

Fikiran yang tidak dapat diduga oleh tuannya sendiri.

"Baru balik sekolah dah singgah taman." tegur seseorang membuatkan Hifza Yelda menoleh ke arah kirinya.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now