Terlanjur Suka .24

2.3K 216 20
                                    

Malam diterangi bulan separuh bersama bintang-bintang yang menemani bulan menerangi langit. Izzar Naresh berdiri di balkoni sambil melihat pemandangan malam. Kejadian siang tadi kembali bermain di dalam fikirannya membuatkan dia melepaskan nafas keluhan.

"Tak baik mengeluh. Berat sangat ke masalahnya?" tegur puan Nafisah membuatkan Izzar Naresh menoleh.

"Umma. Sejak bila umma ada dekat situ?" soal Izzar Naresh tanpa menjawab pertanyaan ibunya. Puan Nafisah yang berdiri di muka pintu, berjalan mendekati anak lelakinya. "Umma nak ke bilik, dengar Izz mengeluh." balas puan Nafisah.

Belakang badan anaknya digosok, "ada masalah ke? Nak kongsi dekat umma?" sebagai seorang ibu, dia tahu pasti ada yang mengganggu fikiran anak lelakinya.

"Takde apalah, umma."

"Masalah dekat office?" duga puan Nafisah.

Dia tahu, anak lelakinya pasti mahu menyembunyikan masalah kerana tidak mahu membebankan fikirannya, tapi sebagai ibu. Dia mahu menjadi tempat sandaran terbaik untuk anak-anak. Dia tidak mahu mencipta jarak kerana ia akan membuatkan segala hal akan dirahsiakan oleh anak-anak nanti.

"Bukan." balas Izzar Naresh sepatah.

"Kalau tak nak cerita sekarang. Izz boleh cerita nanti." ucap puan Nafisah lalu bergerak mahu ke bilik tidur tapi langkahnya terhenti dengan suara anak lelakinya.

"Kalau Izz suka dekat seseorang, umma marah?" pertanyaan itu membuatkan puan Nafisah menatap wajah redup anak lelakinya dan kembali mendekati Izzar Naresh.

"Kenapa umma nak kena marah pula? Ini kehidupan Izz, masa depan Izz. Umma akan selalu sokong kalau itu yang terbaik untuk anak umma ni." belakang badan Izzar Naresh digosok, puan Nafisah menyalurkan kasih sayang dan kepercayaan kepada anaknya. Dia tidak memilih dengan siapa anaknya suka kerana dia mahu anaknya bahagia dengan pilihan mereka sendiri.

"Tapi dia tak nak kawan dengan Izz, umma. Banyak kali dia halang Izz." adu Izzar Naresh kepada ibunya tentang kekecewaannya.

"Kalau dia tak nak, kenapa Izz masih nak berkawan dengan dia?"

"Sebab dia special. She's different, umma."

"Apa beza dia dengan perempuan yang lain?" soal puan Nafisah ingin tahu sehebat mana wanita ini sehingga mampu membuatkan fikiran anaknya terganggu.

"She's special cause she's not a princess but a warrior, umma. She needs a place to rest between her battles. Izz nak jadi rumah dia, umma. Rumah untuk dia pulang dan berehat." puan Nafisah menatap dalam kedua anak mata anaknya. Terlihat dari mata redup berwarna coklat terang itu ada ketulusan di situ.

Dia sedar, kini anaknya sedang ikhlas mencintai seorang wanita.

"Suka tu fitrah, Izz. Tapi kita tak tahu rasa yang hadir tu hadiah atau ujian daripada Allah. Boleh jadi dia hadir bukan untuk menjadi bahagian milik kita."

"Izz dah terlanjur suka dekat dia, umma." ada bening pada bola mata milik lelaki itu. Dia benar mencintai dari hati.

"Mari peluk umma." ujar puan Nafisah sembari membuka tangannya, Izzar Naresh terus masuk ke dalam pelukan ibunya lalu menghamburkan tangisannya tanpa ragu kepada ibunya.

"Ingat pesan umma Izz. Sukalah dia, kalau Izz ikhlas. Cintalah dia, kalau Izz tulus. Tapi kena ingat, apa yang berlebihan, Allah akan uji nanti. Umma cuma tak nak Izz terpuruk sebab kecewa." pesan puan Nafisah sambil menggosok belakang badan anak lelakinya yang kini menangis bagai anak kecil.

"Doakan Izz, umma. Doakan Izz kuat hadapi semua ni."

Rumah Terakhir

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now