Pancuan empat roda berwarna kuning berhenti di hadapan rumah milik keluarga Hifza Yelda tepat pukul sebelas malam. Hifza Yelda yang tertidur di sebelah membuatkan Izzar Naresh mengejut gadis itu. Perlahan mata dibuka, Hifza Yelda menenyeh matanya yang buram sebelum melihat persekitarannya.
"Dah sampai ke abang Izz?" soal Hifza Yelda.
"Ya, dah sampai. Cepat masuk dalam, pukul sebelas dah ni." arah Izzar Naresh agar Hifza Yelda segera masuk ke dalam rumah.
"Hm, terima kasih abang Izz. Hifza selalu susahkan abang Izz. Hifza minta maaf tau." ujar gadis itu dalam keadaan masih mamai. Beg sekolah yang berada di kerusi belakang dicapai oleh Izzar Naresh lalu dihulurkan kepada Hifza Yelda.
"Takde susah pun. Abang ikhlas tolong Hifza selama ni. Lagi pun, takkan abang nak biarkan Hifza pergi macam tadi. Mahunya Hifza buat perangai, tidur dekat masjid tu kalau abang tak ikut dari belakang."
"Ish, abang Izz ni. Takdelah sampai nak tidur masjid." beg sekolah digalas pada bahu.
"Hifza masuk dalam dulu tau. Abang Izz mesti penat, dah mengantuk sebab layan perangai Hifza. Sorry tau, abang Izz." dia tersengih bagai kerang busuk ketika teringat perangainya tadi.
"Eh, kejap. Abang nak tangan Hifza kejap." pinta Izzar Naresh sebelum Hifza Yelda keluar dari keretanya.
"Abang Izz nak buat apa?" soal Hifza Yelda, dalam masa yang sama dia tetap menghulur tangannya kepada Izzar Naresh.
Pen dipoket baju kemeja dikeluarkan lalu Izzar Naresh menulis sesuatu pada tapak tangan gadis itu. Hifza Yelda hanya memerhati sahaja sehingga Izzar Naresh selesai menulis.
"Tu nombor abang. Hifza save tau. Kalau ada apa-apa, mesej atau call je abang. Laju-laju abang angkat." ucapan Izzar Naresh mengundang tawa daripada Hifza Yelda.
"Laju-laju ya? Okey, nanti Hifza mesej abang Izz. Hifza masuk dalam dulu. Abang Izz balik laju-laju tau. Biar cepat sampai rumah." seloroh Hifza Yelda akhirnya mengundang tawa keduanya.
"Dah, cepat masuk." arah Izzar Naresh agar Hifza Yelda tak berlengah lagi.
"Okey, bye abang Izz." pintu kereta dibuka.
"HIFZA YELDA!" terhincut bahu Hifza Yelda ketika bapanya menjerit menyebut nama penuhnya. Hifza Yelda telan air liurnya terasa berpasir, dia menatap Izzar Naresh sekilas sebelum menoleh ke arah rumahnya.
"Pa-papa." terbata ucapan Hifza Yelda ketika melihat bapanya sedang bercekak pinggang.
"It's okay. Abang ada." pujuk Izzar Naresh mahu menenangkan Hifza Yelda. Dia beranjak keluar begitu juga Hifza Yelda mengikuti Izzar Naresh dari belakang kerana takut.
"Assalamualaikum pakcik." ucap Izzar Naresh sembari menghulur tangan mahu berjabat tangan.
Pang!
Tertoleh wajah Izzar Naresh selepas tangan kasar encik Hafizzudin mendarat pada pipinya. Terkejut Hifza Yelda ketika melihat Izzar Naresh ditampar.
"Oh, rupanya kau balik lambat sebab kau keluar dengan jantan ni! Kau sedar tak, kau tu bawah umur lagi?" tengking encik Hafizzudin.
"Papa, abang Izz cuma hantar Hifza balik je. Hifza tak keluar dengan abang Izz, kami terserempak je tadi." balas Hifza Yelda memberi alasan agar bapanya tidak memandang Izzar Naresh dengan pandangan buruk.
"Bukan main, abang Izz. Kau masuk!" tangan Hifza Yelda ditarik kasar.
"Jangan kasar macam tu dengan Hifza, pakcik." tegur Izzar Naresh sambil cuba meleraikan pegangan encik Hafizzudin kerana tak sanggup melihat gadis kecil itu dikasari.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...