Berlalu waktu, Hifza Yelda hidup bukan lagi sebagai pelajar sekolah menengah. Pagi, dia cuba berbakti sebagai anak dengan melakukan tugas masak sarapan, cuci dan jemur pakaian. Sebelah petang pula, angkat dan lipat jemuran agar dapat meringankan beban ibunya sekaligus mahu mengambil hati.
Tapi tetap sahaja layanan yang diterima tetap sama. Ibunya tetap dingin, pandang sahaja tidak mahu apatah lagi mahu diajak bicara.
"Baru balik ke, mama? Hifza ada-"
"Kau diam boleh tak? Bingit-lah!" bidas puan Yasmin tanpa memberi ruang anaknya untuk bercakap.
Hifza Yelda hanya memandang ibunya berlalu masuk ke dalam bilik lalu pintu dihempas kuat sehingga terhincut bahu gadis itu. Padahal dia baru sahaja ingin ibunya merasa masakannya tapi nampaknya puan Yasmin tidak sudi menjamah apa sahaja yang dimasak oleh anaknya.
"Hifza," tegur Hafiz Yaslam yang juga baru pulang dari tempat kerja. Hifza Yelda terus berlari ke arah abangnya dan memeluk erat tubuh kekar itu.
"Kau kenapa ni?" soal Hafiz Yaslam merasa hairan dengan sikap adiknya.
"Kenapa mama macam tak suka Hifza, abang? Hifza dah buat semua benda tapi kenapa mama masih marah dekat Hifza?" soalnya sambil teresak-esak dalam pelukan abangnya. Kata bahagia masih sahaja belum ditemui meskipun bapanya sudah tiada.
Ruang rumah menjadi lebih sepi, meskipun itu lebih baik tapi rasanya terlalu kosong. Bukan itu yang dimahukan oleh Hifza Yelda. Ya, memang dia suka bersendiri tapi bukan sepi dengan rasa hampa yang dia mahukan. Walaupun hidup dengan ibunya tak perlu merasa sakit pada jasadnya tapi tetap sahaja silent treatment daripada ibunya terlalu menyakitkan. Hati dan jiwa rebuk dan hancur.
"Nanti kita pujuk mama lagi. Kau kena sabar sikit. Bagi mama masa." balas Hafiz Yaslam sembari menggosok belakang badan adiknya.
Hifza Yelda menjarakkan tubuhnya, "bagi masa sampai bila abang? Hifza tak nak macam ni. Hifza rindu mama." Tangisannya semakin lebat, Hafiz Yaslam menarik adiknya kembali masuk ke dalam pelukannya. Dia tahu, adiknya pasti sudah lalui hari yang cukup berat.
Rumah Terakhir
"Hifza tak turun ke?" soal Izzar Naresh sambil melihat ke arah Hifza Yelda yang berada di dalam kereta.
Hafiz Yaslam turut melihat ke arah adiknya, "dia tak nak, aku pun tak nak paksa." Balasnya, nafas berat dilepaskan kemudian mencicip sedikit air kopi yang dipesan tadi. Kini mereka berada di sebuah kafe. Sengaja Izzar Naresh mengajak bertemu untuk berbual bahkan sudah lama dia tidak bertemu Hifza Yelda.
Disebabkan rindu, dia mengajak dua beradik ke kafe tapi Hifza Yelda malah memilih untuk tetap di dalam kereta.
"Hifza macam mana sekarang?" soal Izzar Naresh lagi ingin tahu keadaan buah hatinya. Dari tampak wajah, Hifza Yelda tidak terlihat ceria seperti harapan Izzar Naresh.
"Macam yang kau tengok sekarang lah. Murung je. Masalah papa aku dah selesai, mama pula buat perangai. Mama buat aku dengan Hifza macam tak wujud dalam rumah. End up, Hifza jadi macam tulah." Balas Hafiz Yaslam kemudian kembali menatap adiknya. Hifza Yelda dalam kereta hanya diam berpeluk tubuh sambil memejamkan mata.
Sepertinya gadis itu sedang tidur.
Pandangan Izzar Naresh penuh gusar dan kecewa menatap kekasihnya. Bukan ini yang dia mahukan terjadi pada kehidupan Hifza Yelda. Dia rindu melihat wajah yang dulu pernah tersenyum meskipun sering diseksa bapanya tapi kini. Wajah ceria sudah suram kelabu.
Izzar Naresh menatap Hafiz Yaslam di hadapan, "apa kata kita pergi bercuti. Aku, kau dengan Hifza." Cadang Izzar Naresh ketika idea datang secara tiba-tiba menerjah fikirannya.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...