Renyai hujan membasahi bumi membuatkan Hifza Yelda hanya mahu berbaring di atas katilnya sambil mendengarkan lagu yang biasa dimainkan pada waktu dia sendirian di dalam bilik. Buku diari dan pen diambil lalu bersandar pada kepala katil, jemarinya rancak menulis bait puisi.
Bagi Hifza Yelda rugi rasanya jika butiran renyai yang mengusik bumi tak dilengkapi dengan puisi.
Tuhan Izin Aku Pulang
Hari-hari adalah ketakutan yang mencengkam pemilik hati. Bertemankan hujan air mata bersama luka penyeksaan yang tak henti diterima. Tiada lagi kata harapan melainkan 'aku ingin berehat'.
[Rumah Terakhir - Hifza Yelda ]
"Hifza." kepala diangkat menatap ke arah abangnya yang memanggilnya sedang berdiri di muka pintu.
"Mama suruh siap. Kejap lagi nak pergi rumah pak long." sambung Hafiz Yaslam menyuruh adiknya untuk bersiap, mereka akan ke rumah pak long seperti yang sudah encik Hafizzudin beritahu sebelum ini.
Hifza Yelda kembali menatap ke arah buku diarinya, "Hifza tak nak pergi." Balasnya malas.
"Kau nak pukul dengan papa lagi ke? Siap jelah. Tak payah ambil risiko, aku malas nak gaduh." ucap Hafiz Yaslam kemudian berlalu pergi dari bilik adiknya. Hifza Yelda melepas nafas berat, keluh terdengar daripada gadis itu. Buku diari ditutup kasar sebelum berlalu untuk bersiap.
"Dah siap?" soal puan Yasmin yang menyapa anak perempuannya.
Hifza Yelda yang sudah bersiap dengan pakaian simple, sekadar jubah plain berwarna cream dipadankan dengan shawl berwarna mocha hanya mengangguk kepala sebagai menjawab pertanyaan ibunya. Sling bag diambil lalu melangkah keluar bersama ibunya.
Encik Hafizzudin dan Hafiz Yaslam sudah menunggu di dalam kereta tanpa berlengah puan Yasmin dan Hifza Yelda terus masuk ke dalam kereta. Encik Hafizzudin memandu keluar dari perkarangan rumahnya menuju ke rumah abang sulungnya.
"Sampai sana nanti, jangan cakap apa-apa fasal aku. Ya kan aja apa keluarga aku cakap atau cakap je tak tahu." pesan encik Hafizzudin kepada isteri dan anak-anaknya agar tidak terlepas cakap tentang keburukan dirinya.
"Memang tak tahu apa-apa pun tapi fasal bankrup tu tahu lah." jawab Hifza Yelda selamba sambil membuang pandangan ke arah luar.
Encik Hafizzudin menatap tajam pada cermin pandang belakang, "kau jangan buat hal Hifza. Ada yang kena nanti." Ucap encik Hafizzudin memberi ugutan kerana merasa sakit hati dengan ucapan anak perempuaannya.
"Sudah lah! Jangan lah asyik nak bergaduh je." tegur puan Yasmin sudah tidak tahan dengan suami dan anaknya yang suka berbalah.
Hafiz Yaslam mencuit lengan adiknya membuatkan Hifza Yelda menoleh, "kau jangan buat hal boleh tak? Jaga bahasa kau tu sikit." Tegur Hafiz Yaslam dengan suara yang perlahan. Hifza Yelda hanya menatap datar ke arah abangnya kemudian kembali menatap ke arah luar tingkap tanpa membalas ucapan abangnya.
Suasana di dalam kereta sepi tanpa ucapan sesiapa tapi dengan aura yang negatif ketika masing-masing menayangkan wajah dingin sehingga mereka akhirnya sampai di rumah encik Hamidun, abang sulung encik Hafizzudin.
"Ingat, jangan buat hal." pesan encik Hafizzudin sebelum berlalu masuk ke dalam perkarangan rumah abang sulungnya meninggalkan dua anaknya.
Hifza Yelda hanya menjeling sebelum dia mengejar langkah abangnya dari belakang.
"Assalamualaikum pak long." sapa Hafiz Yaslam ramah lalu bersalaman dengan encik Hamidun. Hifza Yelda hanya mengekori abangnya dari belakang.
"Waalaikumsalam Hafiz, Hifza. Ingatkan tak datang sebab pak long tengok papa dengan mama kamu je tadi." balas encik Hamidun sembari menepuk bahu Hafiz Yaslam lepas bersalaman dengan Hifza Yelda.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...