Aku Terluka Melihat SenyumMu .63

2.2K 189 5
                                    

Perlahan Hifza Yelda membuka mata, dia merasa malas untuk bangun dengan perasaan kosong seperti tiada apa yang membuatnya bersemangat untuk melanjutkan hidup. Dia memusingkan badannya dan berbaring secara terlentang lalu menutup matanya dengan lengan.

"Padahal aku berharap untuk tidak bangun lagi selepas mata terpejam." dia bermonolog di dalam hati.

Mahu tak mahu, Hifza Yelda tetap bangun untuk meneruskan kehidupannya yang penuh kesakitan. Hifza Yelda keluar dari biliknya menuju bilik mandi, dia melihat ibunya sedang sibuk di dapur menyiapkan sarapan pagi. Selesai berurusan di dalam bilik mandi, Hifza Yelda mendekati ibunya.

"Mama." panggil Hifza Yelda.

"Ya sayang." sahut puan Yasmin sambil menoleh sekilas ke arah anaknya.

"Nak Hifza tolong apa-apa tak?" soal Hifza Yelda sembari memeluk pinggang ibunya sambil menyandarkan kepalanya pada tubuh ibunya.

Dia teringat akan kata-kata Izzar Naresh malam tadi membuatkan dia mahu meluangkan beberapa waktu yang tersisa sebelum nanti dia akan menyambung pelajaran di Amerika seperti kemahuan bapanya atau mungkin pergi ke mana sahaja untuk mencapai cita-citanya sebagai pelukis.

"Takde apa rasanya. Hifza pergi belajar jelah." balas puan Yasmin tidak mahu anaknya sibuk dengan urusan rumah takut nanti dimarahi suaminya jika melihat anak mereka tidak berada di bilik untuk belajar.

"Ala, takpelah Hifza tolong mama. Asyik belajar je, bosanlah mama." balas Hifza Yelda, dia menoleh ke arah singki, "pinggan mangkuk ni biar Hifza yang basuh ya." Sambung Hifza Yelda lalu mendekati singki.

"Tak payahlah. Nanti papa nampak, papa marah." cegah puan Yasmin bukan tidak mahu dibantu tapi takut dimarahi.

"Takkan papa nak marah kot. Hifza cuci pinggan je. Lagi pun, bila lagi Hifza nak tolong mama. Hifza asyik terperap dalam bilik je. Bagilah peluang Hifza berbakti sebagai anak, ya?" ucap Hifza Yelda bersama senyuman tipisnya membuatkan puan Yasmin tidak dapat menolak.

"Yalah, tapi lepas tu masuk bilik, belajar ya. Mama tak nak papa marah Hifza. Mama tak suka."

"Okey mama." balas Hifza Yelda, dia terus melakukan tugas mencuci pinggan mangkuk kotor yang ada di dalam singki.

"Mama nak pergi siap. Mama kerja half day hari ni. Hifza cuti jangan pergi mana-mana ya. Mama takut papa cari nanti." pesan puan Yasmin sebelum dia berlalu ke bilik untuk bersiap ke tempat kerja.

"Okey, mama." balas Hifza Yelda akur dengan ucapan ibunya.

Selesai membasuh pinggan mangkuk yang kotor, Hifza Yelda melihat pakaian kotor di dalam bakul membuatkan dia membasuh pakaian tersebut dan terus menjemur agar ibunya boleh terus rehat ketika pulang tidak perlu membasuh pakaian pula. Dia tahu ibunya pasti keletihan. Bukan itu sahaja, keadaan rumah yang sepi tanpa penghuni. Hanya dirinya sahaja.

Hifza Yelda membuat keputusan untuk menyapu ruang tamu, luar rumah, membuang sampah bahkan mengemas bilik abangnya yang sedikit bersepah. Setelah selesai, barulah dia masuk ke dalam bilik untuk mengulang kaji.

"Argh, penatnya." keluh Hifza Yelda sambil meregangkan tubuhnya. "Mesti mama lagi penat. Dahlah kerja, balik kena kemas rumah pula." Monolog Hifza Yelda merasai kepenatan yang dirasai ibunya sebagai seorang suri rumah yang bekerja.

Rumah Terakhir

Selama tiga minggu, Hifza Yelda melakukan pekerjaan rumah demi membantu ibunya mengurus rumah bagi meringankan beban ibunya. Bahkan dia cuba berbaik dengan bapanya tapi encik Hafizzudin tetap sahaja mahu mencari gaduh dengan dirinya. Hifza Yelda tetap bersabar melayani bapanya.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now