Lagu Tertawan Hati nyanyian Awdella dimainkan sambil menulis aksara senandika (percakapan) luahan hatinya. Hifza Yelda melihat helaian buku diarinya semakin tipis. Dia beranjak ke bilik abangnya lalu menjengah kepalanya masuk ke dalam bilik tersebut.
"Abang." panggil Hifza Yelda membuatkan Hafiz Yaslam menoleh ke arah adiknya.
"Boleh tak teman Hifza pergi beli buku." minta Hifza Yelda untuk abangnya menghantar dia ke kedai buku. Alang-alang peluang dia mengisi masa berduaan dengan abangnya.
"Bila?"
"Lepas asar, boleh?"
"Hm, yelah." balas Hafiz Yaslam hanya akur dengan permintaan adik perempuannya.
Hifza Yelda mengukir senyum sumringah, "thank you abang. Lepas asar kita pergi ya." Ujarnya kemudian kembali berlalu ke biliknya dengan suasana hati yang bahagia kerana abangnya kali ini menuruti permintaannya tanpa membangkang, bahkan tanpa menyoal banyak.
Selepas selesai menunaikan fardhu kewajipan sebagai hamba, Hifza Yelda terus bersiap untuk keluar dengan abangnya. Pakaian yang dikenakan hanya shawl hitam, hoodie kelabu dan kain labuh berwarna hitam. Sling beg digalas pada bahu lalu dia keluar dari bilik melihat abangnya sudah berada di ruang tamu menunggu dirinya.
"Dah siap? Kita gerak sekarang?"
"Hm, dah." balas Hifza Yelda sambil mengangguk.
Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan bergerak ke tempat yang Hifza Yelda mahu. Sampai di sana, Hafiz Yaslam dan Hifza Yelda masuk ke sebuah pasar raya besar. Di sana kedai buku popular terletak di tingkat dua. Naik sahaja ke atas escalator, Hifza Yelda dihidangkan dengan pemandangan seorang anak perempuan dan ayahnya sambil berpegangan tangan.
"Seronoknya dapat pegang tangan macam tu." bisik hati Hifza Yelda. Tanpa dia sedar, tangannya naik memegang tangan Hafiz Yaslam membuatkan abangnya memandang pelik.
"Kau kenapa pegang aku?" soal Hafiz Yaslam sedikit dingin, Hifza Yelda terus menarik tangannya.
"Sorry, abang. Tak sengaja." balas Hifza Yelda, tangan kiri yang memegang tangan abangnya tadi menggenggam hujung bajunya kuat. Hafiz Yaslam yang menyedari apa yang membuat adiknya memegang tangannya membuatkan dia menarik tangan Hifza Yelda lalu melingkari lengannya.
"A-abang buat apa ni?" soal Hifza Yelda pula terkejut dengan tindakan abangnya.
"Takut hilang." tipu Hafiz Yaslam agar tak membuat adiknya curiga. Hifza Yelda mengulam senyumannya kerana merasa bahagia dapat bermesra walaupun bukan dengan bapanya tapi sekurang-kurangnya dia merasa bahagia dengan tindakan abangnya. Bahkan dia tak perlu cemburu lagi dengan tayangan kemesraan anak beranak itu.
Sampai di tingkat dua, mereka berjalan menuju kedai buku tersebut. Mereka berhenti di hadapan kedai tersebut lalu Hafiz Yaslam mengeluarkan dompetnya kemudian mengeluarkan duit.
"Kau masuklah, aku tunggu luar je. Ni duit sikit untuk kau guna. Belilah apa yang kau nak." ucap Hafiz Yaslam sambil menghulur duit.
"Eh, takpelah. Hifza ada duit." balas Hifza Yelda tidak mahu menerima duit abangnya.
"Ambil jelah. Sepatutnya yang bertanggungjawab bagi duit belanja dekat kau tu aku. Ni ambil je." dengan berat Hifza Yelda menerima duit yang dihulurkan oleh abangnya sejak tadi.
"Terima kasih abang. Abang memang tak nak masuk sekali ke?" tanya Hifza Yelda.
"Tak, kau masuklah."
"Okey, abang tunggu Hifza tau. Hifza masuk kejap je." balas Hifza Yelda.
Dia berjalan masuk ke dalam kedai buku tersebut mencari buku diarinya yang beberapa helai sahaja akan habis. Bahkan dia membeli buku lukisan baru dan beberapa alatan melukis. Hifza Yelda melihat beberapa orang pelanggan bersama keluarga mereka membuatkan dia sedikit cemburu. Tak mahu berlama-lama di situ, dia terus membuat bayaran dan keluar dari kedai tersebut.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...