Matahari semakin jatuh ke barat, Hifza Yelda membuat keputusan untuk pulang begitu juga Aiman Kamal memandangkan sudah petang. Hifza Yelda mahu segera pulang kerana mahu berada di rumah sebelum bapanya. Bayangan wajah bengis bapanya berlegar di fikiran membuatkan Hifza Yelda sedikit berdebar.
"Kami balik dulu, Amanda. Terima kasih prank aku tadi." ucap Aiman Kamal, nadanya datar sahaja membuatkan Nurul Amanda ketawa kerana teringat kejadian di meja makan tadi.
"Sama-sama. Lain kali kalau nak aku prank hilang kening betul-betul, datang rumah aku lagi." balas Nurul Amanda, dia kembali tertawa.
Aiman Kamal menjeling Nurul Amanda ketika gadis itu tidak henti mentertawakan dirinya.
"Amanda, aku balik dulu ya. Aku nak cepat ni. Nanti cakap terima kasih dekat mummy kau tau. Susah-susah je masak untuk kami tadi." sampuk Hifza Yelda menghentikan tawa kawan baiknya kerana dia mahu segera pulang. Jika dilayan telatah kawan baiknya, lama lagi lah dia pulang.
"Hm, kau balik dengan siapa? Abang kau ambil ke?" soal Nurul Amanda sambil melilau ke arah persekitarannya mencari kenderaan keluarga Hifza Yelda.
"Tak. Aku balik naik bas kot. Tengok lah kat depan nanti. Tak pun aku naik teksi je kalau bas takde."
"Kalau macam tu, biar aku hantar kau balik." sampuk Aiman Kamal tanpa sempat Nurul Amanda membalas. Dua gadis memandang ke arahnya.
"Ha, bagus juga tu. Kau balik dengan Aiman je. Kau ada helmet lebih?" soal Nurul Amanda.
"Ada. Aku memang selalu bawa helmet lebih." ucap Aiman Kamal lalu membuka tempat duduk motosikal untuk mengambil topi keledar mahu diberikan kepada Hifza Yelda.
"Eh, takpe. Aku balik naik bas je-"
"Kau nak cepat kan tadi? Biar aku hantar." bicara Hifza Yelda dipotong oleh Aiman Kamal. Lama Hifza Yelda diam sambil memandang Aiman Kamal.
"Hm, yelah. Aku balik dengan kau." balas Hifza Yelda akhirnya pasrah.
Topi keledar terus bertukar tangan, Hifza Yelda menyarung topi keledar pada kepalanya. Aiman Kamal menghidupkan enjin motosikalnya dan menanti kawan baiknya untuk membonceng di belakang. Dengan hati-hati Hifza Yelda naik ke atas motosikal milik Aiman Kamal, beg yang dibawa diletakkan di hadapannya sebagai penghalang.
"Hati-hati bawa motor tu, Aiman. Apa-apa jadi dekat Hifza, kau aku pukul nanti." ugut Nurul Amanda agar Aiman Kamal memandu dengan hati-hati.
"Tau lah. Aku bawa nyawa, mestilah aku bawa hati-hati. Kami balik dulu, assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." balas Nurul Amanda sambil melambai ke arah dua kawan baiknya yang kini beranjak pergi dari rumahnya.
Setengah jam, Aiman Kamal memandu sehingga sampai di hadapan rumah milik keluarga Hifza Yelda. Dengan hati-hati gadis itu turun dari motosikal lalu menanggalkan topi keledar yang tersarung di kepalanya.
"Terima kasih, Aiman. Maaf aku susahkan kau." ucap Hifza Yelda sembari menghulur topi keledar.
"Takde hal lah. Tak susahkan-"
"Baru balik? Dari mana?" suara dingin itu membuatkan Hifza Yelda dan Aiman Kamal menoleh ke arah pemilik suara.
Hifza Yelda mula berdebar bersama jemari yang menggigil pelan. Dia melarikan anak matanya agar tak menatap ke arah wajah bengis milik bapanya. Aiman Kamal masih tenang kerana dia tahu, dia kesalahan yang dilakukannya. Dia hanya menghantar kawan baiknya pulang sahaja.
"R-rumah Amanda. Ada study group." balas Hifza Yelda gementar.
"Sekarang dah pandai keluar dengan lelaki. Mula-mula alasan rumah Amanda, lepas tu dekat mana pula? Rumah budak ni? Ke hotel?" ucapan menyakitkan hati itu membuatkan Hifza Yelda mengangkat kepala menatap berani ke arah bapanya.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Roman pour Adolescents"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...