Langit begitu gelap dengan bunyi cengkerik semakin kuat ketika waktu sudah beranjak tengah malam. Hifza Yelda menjengah keluar kepalanya melihat keadaan rumahnya kemudian berjalan secara menjengkit keluar dari biliknya menuju bilik mandi. Tudung sekolah yang kotor dengan darah perlu secara dicuci.
Dia tidak memberitahu apa yang terjadi pada dahinya yang luka bahkan dia sembunyikan tudung sekolahnya yang kotor dari diketahui oleh ibu dan abangnya.
Hifza Yelda mengambil baldi dan mengisi air dan mengisi sabun basuh baju dan klorok. Dia merendamkan tudung sekolahnya bagi mengeluarkan darah yang menempel pada tudung sekolahnya. Dia melakukan semuanya dengan senyap agar tidak membangunkan keluarganya.
Air mata tiba-tiba sahaja mengalir, dia menangis sambil menggosok darah yang ada agar tudungnya bersih kembali.
"Ya Allah, sampai bila semua ni akan berakhir?" bisik hati Hifza Yelda.
Dia sudah terlalu lelah menghadapi si bapanya yang hanya takut bermain kasar. Tubuhnya sudah penuh dengan parut terutama bahagian kepala kerana kerap kali dipukul, dihentak, dilempar pinggan dan cawan. Jiwanya semakin sakit mengingatkan semua kesalahan bapanya.
"Aku nak maafkan papa tapi semua kesakitan ni..." dia mula teresak tapi masih dikawal agar tidak membuat keluarganya dengar.
"Macam mana aku nak maafkan papa, ya Allah?"
Air mata dikesat kasar, dia mahu fokus membasuh agar segera selesai. Tudung sekolah disental kuat sehingga darah hilang kemudian dia membilas sehingga bersih dan memerah air yang menyerap ke dalam tudung tersebut. Setelah itu, dia membawa ke biliknya dan menggantungnya. Air yang masih menitik ke lantai dilap dengan tuala sahaja.
Dalam waktu dia mahu berjalan ke arah katilnya, dia melihat gunting yang tergeletak di atas meja belajarnya. Perlahan dia mendekat lalu digenggam gunting tersebut. Dia duduk di atas lantai sambil bersandar pada katil. Gunting yang berada di tangan direnung lama.
Dia menyelak lengan bajunya kemudian merenung lengannya yang bersih dari sebarang parut. Perlahan mata gunting mendarat pada lengannya dan menoreh lengannya. Dia melihat kesan tak jelas membuatkan Hifza Yelda tak puas, dia menekan sedikit kuat mata gunting tersebut sehingga menghasilkan luka.
Akhirnya, dia menambah luka lain pada tempat lain ada masih bersih pada lengannya.
Tanpa Hifza Yelda sedar, ibunya terjaga kerana terasa haus. Puan Yasmin keluar berjalan ke arah dapur tapi belum sempat ke dapur, dia melihat pintu bilik anak perempuannya sedikit terbuka dan cerah. Dia tergerak hati untuk melihat apa yang dilakukan anak perempuannya membuatkan dia mengintai.
"Ya Allah, Hifza!" terkejut puan Yasmin melihat anaknya menoreh tangan sehingga berdarah. Dia terus mendapatkan anak perempuannya.
"Apa yang Hifza buat ni?" soal puan Yasmin sambil menahan tangan anak perempuannya agar tak melanjutkan kerja mencederakan diri itu. Hifza Yelda malah menempis tangan ibunya.
"Biar! Biar Hifza lukakan diri Hifza, mama." Hifza Yelda meronta ketika ibunya cuba menghalang dirinya.
"Jangan buat macam ni, Hifza. Hifza kenapa ni? Kenapa buat macam ni?" soal puan Yasmin masih berusaha tenang agar dapat mengawal anaknya. Hifza Yelda teresak-esak menangis di hadapan ibunya dengan gunting masih cuba ditoreh pada tangannya.
"Kenapa? Kenapa Hifza tak rasa sakit, mama? Hifza dah cuba tapi Hifza tak rasa sakit, mama. Kenapa hati Hifza yang sakit?" adunya sambil teresak.
Gunting terlepas dari tangan, puan Yasmin terus menolaknya menjauhi anak perempuannya. Dia menarik Hifza Yelda masuk dalam dakapannya lalu menggosok belakang badan anaknya agar Hifza Yelda tenang.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...