Takdir Kita Indah .78

1.5K 81 5
                                    

Malam terasa begitu panjang untuk Hifza Yelda, bahkan dengan kebiasaan dirinya yang sukar untuk tidur membuatkan gadis itu senyap-senyap keluar dan menari di tepi pantai. Menikmati deruan lembut ombak memukul pantai, dengan sinar rembulan yang menambahkan lagi damai dan tenang di sana.

Hifza Yelda masih berada dalam rangkulan abangnya, Izzar Naresh lagi-lagi menjadi pemerhati. Dia mengukir senyum melihat kemesraan dua beradik itu dari belakang menuju chalet mereka.

"Abang, Hifza minta maaf sebab dah ganggu abang tidur." ucap Hifza Yelda sambil mendongak ke arah abangnya.

"Tak, kau tak ganggu aku pun. Lain kali kalau nak keluar, kejut je aku. Jangan keluar macam tadi. Jangan buat aku risau, boleh?" lembut Hafiz Yaslam membalas, tidak sedingin seperti sebelum ini.

Hifza Yelda mengangguk bersama senyum paling indah diberikan kepada abangnya.

Sampai di chalet, Hafiz Yaslam terus membawa adiknya ke tempat tidur. Hifza Yelda perlahan berbaring di atas katil, Hafiz Yaslam pula melabuh punggung di sebelah adiknya. Hifza Yelda tidur secara mengiring menghadap ke arah abangnya. Wajah tampan itu ditatap lama bagai menikmatinya sebelum nanti mata terpejam.

"Kau tidur, aku teman." ujar Hafiz Yaslam mahu adiknya segera memejamkan mata.

"Can you pat me?" minta Hifza Yelda, inner child yang ada dalam dirinya seakan keluar meminta apa yang tidak dia dapatkan daripada bapanya. Dia mahu dimanjakan oleh abangnya, bahkan mahu ada sentuhan fizikal.

"Yes, now close your eye." Hafiz Yaslam hanya melayan kehendak adiknya. Hifza Yelda tersenyum riang, dia mendekati abangnya dan memeluk pinggang Hafiz Yaslam sebelum mata dipejamkan rapat. Hafiz Yaslam tak mengeluh, dia terus menepuk adiknya lembut.

Tidak sampai lima minit, Hifza Yelda kembali membukakan matanya mendongak ke arah abangnya.

"Abang." panggil Hifza Yelda.

"Kenapa kau tak tidur lagi?" soal Hafiz Yaslam, dia fikir adiknya sudah tidur ternyata tidak.

"Kalau bolehkan, Hifza nak tidur je. Hifza tak nak bangun dah." ujar gadis itu tiba-tiba. Hafiz Yaslam berkerut dahi memandang adiknya.

"Kenapa cakap macam tu?" soal Hafiz Yaslam ingin tahu alasan adiknya.

"Sebab mimpi lagi indah dari realiti. Abang pun tahu kan, yang hidup Hifza tak bahagia. Hifza lagi banyak terluka dari gembira." balas Hifza Yelda, Hafiz Yaslam membelai sayang kepala adiknya.

"Jangan fikir macam tu, tak baik. Dalam hidup ni, ujian bukan semata-mata rasa sakit. Kau kena gali ujian untuk cari jawapan, apa kebahagiaan yang Allah simpan dan sembunyikan. Realiti memang tak indah sebab kalau indah, orang takkan kejar syurga. Indah realiti hanya fatamorgana je." ujar Hafiz Yaslam cuma tak mahu adiknya memenuhkan fikiran dengan hal negatif.

Bahkan tak mahu adiknya mengejar dunia yang sementara.

"Dah, pejam mata. Pukul berapa dah ni, kau kena tidur. Esok banyak aktiviti kita nak buat." sambung Hafiz Yaslam mahu adiknya kembali memejamkan mata.

Hifza Yelda kembali memejamkan matanya, Hafiz Yaslam pula kembali menepuk adiknya sehingga akhirnya pejuang Hafiz Yaslam tamat juga. Perlahan-lahan rangkulan adiknya dilepaskan, Hafiz Yaslam perlahan membetulkan kedudukan tidur adiknya. Selimut ditarik menutupi sehingga dada adiknya. Hafiz Yaslam mengucup singkat kepala adiknya sebelum dia berlalu keluar dari chalet mahu ambil angin ketika kantuknya hilang.

"Astaghfirullah al-azim. Izz! Kau buat apa dekat sini?" soal Hafiz Yaslam yang terkejut melihat Izzar Naresh tidur secara mencangkung di depan chalet.

Izzar Naresh angkat kepala, "Hifza dah tidur?" Soalnya ingin tahu.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now