Hari yang dinantikan oleh Hifza Yelda adalah ketika dapat kembali ke sekolah setelah dua hari terperap di rumah. Bagai tak bernafas Hifza Yelda ketika perlu duduk di rumah bahkan mental semakin hancur ketika keluarganya melayani dirinya seakan tidak ada apa-apa yang terjadi antara mereka. Seperti mereka sudah apa yang sudah terjadi terhadap Hifza Yelda kelmarin.
"Hai, Amanda." sapa Hifza Yelda penuh ceria, tidak seperti hari biasa membuatkan Nurul Amanda merasa pelik.
"Sini dahi kau, aku nak rasa." ucap Nurul Amanda, Hifza Yelda hanya menghulurkan dahinya lalu tangan kanan milik Nurul Amanda ditekup pada dahi kawan baiknya itu, tangan kiri pula ditekup pada dahinya sendiri.
"Suhu okey. Kau ada ambil ubat apa-apa ke? Lain sangat kau hari ni." sambung Nurul Amanda. Baru sahaja dia sampai di kelas, Hifza Yelda sudah menyambutnya dengan ceria. Biasanya mood kawan baiknya itu boleh dikatakan setiap hari moody tapi berbeza dengan hari ini.
"Aku lain sikit kau dah mula ingat aku sakit. Salah ke aku seronok jumpa kawan baik aku ni lepas dua hari aku tak jumpa? Hm? Salah ke?"
"Takdelah salah. Aku cuma pelik je. Kau okey ke? Dua hari kot kau tak datang. Rindu pula dekat kau." ujar Nurul Amanda kemudian memeluk erat tubuh Hifza Yelda membuatkan gadis itu merasa rimas.
"Rimaslah, Amanda." rungut Hifza Yelda sambil cuba meleraikan pelukan kawan baiknya.
"Woi! Bahagia nampak. Ada berita apa-apa ke?" jerkah Aiman Kamal yang baru sahaja tiba terus dihidangkan dengan pemandangan yang tidak biasa. dia terus mendekati dua gadis memandang meja belajarnya di belakang Hifza Yelda sahaja. Dia terus mengambil tempat membuatkan dua gadis menoleh ke arahnya.
"Takde yang bahagia pun. Amanda ni yang rindu aku. Yelah, aku kan tak datang dua hari." balas Hifza Yelda, dia sedar ada kotak hadiah di tangan Aiman Kamal lalu disembunyikan lelaki itu di bawah meja tapi sengaja Hifza Yelda tidak menyoal kerana merasa bukan urusannya.
"Eh, hello. Macam mana pula hari ni bukan hari bahagia? Hari ni birthday kau kot. Of course hari ni hari special kau." ujar Aiman Kamal sembari membuat gaya menyelit anak rambut ke belakang telinga gaya pickme girl.
"So, happy birthday bestie." mendayu suara Aiman Kamal ala perempuan gedik.
Dua gadis saling berpandangan sebelum tawa mereka meletus geli hati dengan karenah Aiman Kamal yang tiba-tiba sahaja berubah seperti pondan 50. Aiman Kamal berpeluk tubuh sambil melirik tidak puas hati ke arah Nurul Amanda dan Hifza Yelda kerana mentertawakan dirinya yang hanya mahu menjadi penghibur.
"Dah puas gelakkan aku?" soal Aiman Kamal membuatkan dua gadis terdiam.
"Kejap. Belum lagi." jawab Nurul Amanda kemudian dia dan Hifza Yelda kembali ketawa.
"Okey dah." ujar Nurul Amanda selepas dia dan Hifza Yelda puas mentertawakan Aiman Kamal.
"Tapi serius lah, hari ni birthday aku? Berapa tarikh hari ni?" soal Hifza Yelda yang langsung tidak ingat dengan ulang tahun kelahirannya sendiri. Nurul Amanda dan Aiman Kamal menatap Hifza Yelda tidak percaya.
"Kau lupa birthday kau? Biar betul? Wei, orang paling teruja dengan birthday sendiri tau. Kau boleh lupa pula." ucap Nurul Amanda, hairan sungguh ketika kawan baiknya yang satu ini boleh terlupa dengan hari kelahirannya sendiri. Hifza Yelda garu kepala yang tidak gatal sambil tersengih bagai kerang busuk.
Dalam fikirannya langsung tidak terlintas tentang hari kelahirannya, mungkin kerana larut dalam kesedihan dan pelbagai masalah yang datang membuatkan dia lupa tentang dirinya sendiri.
"Takpe. Takpe. Kau lupa, tapi kita orang tak pernah lupa dan ni daripada aku." sampuk Aiman Kamal lalu mengeluarkan sebuah kotak hadiah yang disembunyikan di bawah meja lalu dihulurkan kepada Hifza Yelda. Gadis itu memandang Aiman Kamal tidak percaya kerana tidak menyangka hadiah itu ternyata untuk dirinya.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...