Nyanyian Penghantar Tidur .43

1.9K 193 8
                                    

Baju sweatshirt warna kelabu disarungkan pada tubuh, Izzar Naresh berdiri di hadapan cermin lalu menyikat rambutnya hanya dengan jemari agar terlihat lebih kemas. Perfume Kahf Revered Oud disembur pada tubuh lalu mengambil kunci kereta, dompet dan telefon kemudian berlalu keluar dari bilik.

"Izz, nak pergi mana?" soal puan Nafisah ketika berselisih dengan anaknya di tangga.

"Nak keluar, umma. Izz nak pergi jumpa Hifza." balas Izzar Naresh memberitahu tempat tujuannya.

"Malam-malam macam ni? Mak ayah Hifza tak marah ke?" soal puan Nafisah, dia sedar gadis yang dibawa pulang anak teruna-nya tempoh hari masih seorang pelajar. Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam kebiasaan ibu bapa sudah menyuruh anak-anak mereka untuk tidur.

"Izz bukan nak jumpa sangat pun, umma. Izz cuma tengok dari jauh je." jawapan Izzar Naresh membuat ibunya merasa pelik dengan anaknya.

"Tengok dari jauh? Izz sedar tak, Hifza anak dara orang. Tak elok Izz berkawan tanpa ada hubungan yang jelas. Mata tu, jadi dosa tau pandang anak dara orang." sebagai ibu, puan Nafisah hanya tak mahu anaknya terlalu mengikut perasaan. Dia tahu rasa suka itu fitrah tapi perlu dikawal agar tak mengundang keburukan.

"Dosa kalau pandang dengan nafsu."

"Hm, pandai menjawab ya."

Izzar Naresh tersengih, "lagi pun, Izz memang nak ada hubungan yang jelas dengan Hifza, umma. Tapi umma pun tahukan, Hifza masih bawah umur." ujarnya memberitahu isi hati.

"Tu sebab Izz kena bagi Hifza ruang. Jangan ganggu dia sekarang. Bagi dia fokus belajar dulu. Nanti lepas belajar, umma sendiri yang datang masuk meminang." balas puan Nafisah hanya tak mahu mengganggu emosi dan perasaan Hifza Yelda. Sekarang waktu gadis itu menuntut ilmu, tak usah dibebankan dengan hubungan percintaan.

"Jadi umma setuju kalau Izz pilih Hifza?" soal Izzar Naresh ingin tahu pandangan ibunya terhadap pilihannya.

"Kalau Izz rasa Hifza pilihan terbaik, umma setuju je. Tapi Izz kena janji, jaga Hifza. Jaga perasaan dan emosi dia. Jangan hanya rasa sementara. Jangan buat anak orang terluka." pesan puan Nafisah mahu anaknya menjadi lelaki yang bertanggungjawab terhadap perasaan. Bahkan terhadap gadis yang disukai.

"Baik, umma. Izz yang jatuh cinta, jadi Izz akan bertanggungjawab. Kan Izz pernah cakap, Izz nak jadi rumah untuk Hifza."

"Yalah. Hati-hati memandu. Jangan balik lambat. Umma masuk bilik dulu." pesan puan Nafisah untuk kali terakhir sebelum dia beranjak ke bilik tidur.

"Baik, umma. Izz pergi kejap ya. Assalamualaikum." kekura tangan ibunya dikucup singkat sebelum mengatur langkah keluar dari rumah menuju ke rumah milik keluarga Hifza Yelda dengan hati yang senang.

Rumah Terakhir

Kereta kuning yang dipandu Izzar Naresh berhenti di bawah pokok berhampiran rumah Hifza Yelda. Dia tidak mahu berhenti di hadapan rumah gadis itu kerana takut nanti diketahui oleh bapa gadis itu. Dari dalam kereta, Izzar Naresh sudah melihat Hifza Yelda berada di luar rumah sendirian.

Telefon pintar yang berada di kerusi sebelah dicapai lalu Izzar Naresh mencari nombor telefon Hifza Yelda untuk membuat panggilan. Izzar Naresh melihat Hifza Yelda mengangkat panggilan telefonnya.

"Assalamualaikum abang Izz. Abang Izz ada apa call Hifza malam-malam ni?" soal Hifza Yelda, gadis itu menatap kosong ke arah canvas langit.

"Waalaikumsalam. Saja abang call Hifza. Hifza tengah buat apa tu?" soal Izzar Naresh pula sengaja mahu melihat kejujuran Hifza Yelda. Dia masih menatap tak lepas ke arah Hifza Yelda. Fikirannya tak berhenti memikirkan gadis itu sejak menghantar pulang petang tadi, akhirnya membuatkan dirinya datang ke rumah hanya mahu memastikan keadaan gadis itu sahaja.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now