Cuaca petang sedikit mendung ketika matahari berselindung dibalik awan. Setelah hampir tiga minggu tidak ke taman kerana dikurung oleh bapanya, hari ini pertama kalinya Hifza Yelda kembali menjejakkan kakinya ke taman kerana dia pulang menaiki bas. Hifza Yelda duduk pada tempat biasa sambil menikmati suasana yang dirindukannya.
Suasana alam bersama ahli keluarga yang sedang bahagia.
Tanpa Hifza Yelda sedar, ada seorang lelaki mendekati dirinya. "Boleh abang duduk?" soal lelaki itu membuatkan Hifza Yelda menoleh. Dia hanya membalas dengan anggukan tanpa suara, dan Hifza Yelda memilik untuk pergi dari situ. Beg sekolah kembali digalas pada bahu.
"Duduklah dulu. Sampai bila nak mengelak dari jumpa abang? Abang yakin semua pertemuan kita ni dah tertulis sebagai takdir kita." bicara Izzar Naresh membuatkan Hifza Yelda kembali melabuhkan punggung begitu juga Izzar Naresh di sebelahnya. Hifza Yelda memilih diam tanpa bicara sambil menikmati pemandangan taman.
"Teruk sangat ke kehidupan Hifza, sampai abang tak boleh masuk dalam kehidupan Hifza?" soal Izzar Naresh, dia memandang Hifza Yelda manakala gadis itu masih memandang ke hadapan.
"Istana tempat Hifza tinggal, memiliki raja yang murka. Hifza memang dilahirkan sebagai puteri tapi Hifza dilayan seperti hamba yang derhaka." meskipun ucapan gadis itu tidak terus terang, Hifza Yelda memilih untuk berkias tapi Izzar Naresh masih memahami maksud ucapan gadis itu.
"Hifza tak layak hidup menderita. Izinkan abang bawa Hifza keluar dari istana yang Hifza maksudkan tu." lelaki itu turut memilih berbicara senada dengan Hifza Yelda.
"Jika raja tahu, dia akan lebih murka. Hifza takut bukan hanya sang puteri sahaja tapi yang membawa lari turut terkena tempiasnya." mana mungkin sang puteri sanggup melihat ada rakyat terseksa kerana dirinya, maka sang puteri memilih menderita sendirian tanpa melibatkan orang lain yang mahu menolongnya.
"Abang Izz, tengok tu. Mereka memiliki istana yang dipimpin raja yang makmur. Putera, puteri yang bahagia, begitu juga dengan permaisurinya. Istana Hifza tak macam tu abang Izz." bibir di muncungkan sedikit ke arah sebuah keluarga yang sedang ketawa seronok. Hifza Yelda mahu memberitahu keluarganya tidak begitu, bahkan jauh dari kata bahagia.
"Biar abang bawa Hifza keluar dari suatu yang dikatakan istana raja yang murka tu." Izzar Naresh masih belum mahu mengalah.
"Dari awal kita tak sepatutnya bertemu, abang Izz." ucap Hifza Yelda kemudian meninggalkan Izzar Naresh.
"Tapi dari awal takdir yang mempertemukan kita. Macam mana kaki ni mampu berpaling darinya!" jerit Izzar Naresh kemudian dia mengejar langkah Hifza Yelda. Sudah berkali-kali dia membiarkan gadis itu pergi, kali ini dia tidak mahu hanya melihat tubuh kecil itu pergi meninggalkannya lagi.
Dia tak mahu menyesal membuatkan dia mengejar gadis itu.
"Baliklah, abang Izz. Jangan ikut Hifza." halang Hifza Yelda agar Izzar Naresh pergi.
"Abang Izz sebenarnya bukan hanya nak berkawan, tapi abang dah jatuh cinta!" kaki yang tadi laju melangkah mahu meninggalkan tempat itu, serta merta berhenti. Ayat Izzar Naresh bagai elektrik yang tiba-tiba mengalir dalam tubuh Hifza Yelda.
Gadis itu memandang Izzar Naresh, "Hifza terlalu muda untuk jatuh cinta-"
"Abang sanggup tunggu." pantas bicara gadis itu dipotong oleh Izzar Naresh.
"Carilah perempuan lain, yang lebih layak untuk abang Izz. Kehidupan Hifza berantakan, Hifza takkan mampu terbitkan cinta dalam diri." balas Hifza Yelda, dia malah tidak mahu bercinta kerana kurang percaya dengan lelaki bahkan ketakutan menguasai. Takut jika lelaki yang ditemui akhirnya akan sama seperti bapanya.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...