Sejak kejadian pergaduhan besar antara Hifza Yelda dan keluarganya. Sejak itu juga, gadis itu menjadi seorang yang pendiam bahkan di sekolah juga begitu. Sudah tiada lagi ucapan mesra dan panjang lebar setiap kali berbual. Patah katanya hanya pendek sahaja. Bahkan gadis itu hanya menghabiskan waktunya di dalam bilik semata.
"Hifza, mama panggil makan." ucap Hafiz Yaslam mengajak adiknya untuk makan malam bersama.
Hifza Yelda sedikit pun tidak menoleh ke arah abangnya, pusat pandangnya hanya pada buku latihan. Itu yang mahu bapanya kan? Jadi, dia hanya penuhi tanpa membantah meskipun dia tahu dia seperti tak punya kehidupan kerana hanya menghabiskan waktu dengan belajar.
"Abang makanlah dulu. Hifza belum lapar." balas Hifza Yelda. Dia baru sahaja ingin menyumbat telinganya dengan earphone tapi ditahan oleh Hafiz Yaslam.
"Nanti-nanti pun boleh belajar. Makanlah dulu. Aku perasan siang tadi kau belum makan kan?" Hifza Yelda menarik tangannya kasar agar lepas dari cengkaman abangnya. Sikit pun wajah abangnya tak sudi dia tatap.
"Kan Hifza dah cakap belum lapar. Abang nak makan, abang makan jelah." balas Hifza Yelda, earphone terus disumbatkan ke dalam telinga.
Hafiz Yaslam melepaskan nafas keluh sambil menatap kecewa ke arah adiknya. Dia melihat Hifza Yelda mengendahkan wujud dirinya membuatkan dia melangkah keluar dari bilik adiknya menuju meja makan di mana orang tuanya sudah berada di sana.
"Hifza mana?" soal puan Yasmin ketika melihat hanya anak lelakinya sahaja.
"Dia tak nak makan. Dia nak belajar." balas Hafiz Yaslam lalu menarik kerusi dan melabuh punggung.
"Hm, baguslah dia belajar. Esok dah spm. Dapat result nanti, aku terus hantar dia ke Amerika." sampuk encik Hafizzudin kemudian menyuap nasi ke dalam mulutnya. Entah bagaimana keadaan anaknya, dia sendiri tidak peduli. Dia hanya mahu anaknya mendapatkan keputusan yang baik, kemudian dia akan menghantar anaknya keluar negara.
"Papa masih nak hantar Hifza ke sana? Hifza takkan setuju papa."
"Setuju ke tidak, aku peduli apa? Yang penting, dia tetap kena belajar luar. Eh, malulah aku dekat mak long dengan mak ngah kau tu." balas encik Hafizzudin tetap dengan keputusannya. Dia tidak mahu malu ketika berhadapan dengan kakak-kakak iparnya nanti.
"Jangan fikir malu papa je. Fikir perasaan Hifza sekali, papa." Hafiz Yaslam tidak mahu memaksa apa yang adiknya tidak mahu.
"Eh, kau dulu pun belajar dekat England sebab aku tau. Kau tak membantah. Kenapa bila adik kau, kau pula beria nak membantah?" kini keadaan meja makan bertukar tegang. Puan Yasmin hanya makan dengan tenang, mengendahkan bising daripada suami dan anaknya.
"Itu Hafiz papa. Hafiz lain. Hafiz ikut kemahuan papa demi syarikat tapi sekarang ni Hifza. Dia tak nak, takkan papa nak paksa pula? Hifza ada cita-cita dia sendiri papa."
"Cita-cita dia hanya penuhi kemahuan aku. Aku yang tentukan kehidupan dia." encik Hafizzudin masih tidak mahu mengalah.
"Kalau papa tentukan hidup Hifza, dia jadi macam kita nanti papa. Hidup Hafiz sendiri dah musnah sebab papa!"
"Kau!" encik Hafizzudin bingkas berdiri sambil menunding jari ketika merasa geram dengan anak lelakinya.
"Nak gaduh tempat lain. Saya tengah makan ni." tegur puan Yasmin tenang, encik Hafizzudin terus berlalu pergi meninggalkan isteri dan anaknya. Hafiz Yaslam pula sudah tiada selera mahu makan, terus masuk ke dalam biliknya.
Rumah Terakhir
Hifza Yelda menarik nafas dalam. Dia sudah berada di depan bilik orang tuanya. Dia teragak-agak untuk mengetuk pintu bilik tersebut tapi mahu tak mahu, dia tetap mengetuk pintu kerana sudah berniat mahu bertemu ibu bapanya.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...