Ruang wad hanya dipenuhi debar yang sangat kuat. Di dalam fikiran sudah tiada yang lain, melainkan mahu bertemu ibu Izzar Naresh mahu menyampaikan apa yang bermain dalam fikirannya. Mungkin boleh dikira wasiat, jika benar umurnya tak panjang dan berakhir di dewan pembedahan. Jantung berdegup laju menanti wanita paruh baya yang diajak bertemu.
Pintu wad dibuka, "assalamualaikum."
Hifza Yelda menoleh melihat gerangan yang datang, "waalaikumsalam, umma. Uncle?" Dia sedikit terkejut melihat Ismail Adnan yang berada di belakang puan Nafisah.
"Umma minta maaf sebab bawa uncle sekali tapi kalau Hifza tak nak ada uncle sekali. Umma suruh uncle tunggu dekat luar je." ucap puan Nafisah yang terpaksa membawa suaminya sekali memandangkan suaminya berada di rumah dan mahu menemani.
"Takpe, lagi bagus uncle ada sekali." balas Hifza Yelda tidak kesah dengan kehadiran Ismail Adnan.
"Ada apa Hifza suruh umma datang? Hifza okey ke? Hifza sakit apa?" soal puan Nafisah bertubi-tubi penuh risau selepas mendaratkan punggung pada kerusi, Ismail Adnan setia berdiri di belakang isterinya. Diam hanya membiarkan dua wanita saling berbual.
"Hifza okey je, umma. Sakit biasa-biasa je." balas Hifza Yelda tidak mahu mengundang risau yang berlebihan.
"Hifza sebenarnya ada perkara nak sampaikan dengan umma dan uncle." sambung Hifza Yelda, kini ucapan gadis itu pula mengundang debar kepada puan Nafisah.
"Ada dia?" tanya puan Nafisah tak mahu ada jeda yang lama.
"Hifza tahu permintaan Hifza mungkin akan buat umma dengan uncle rasa pelik tapi Hifza tetap dengan keputusan Hifza." ucapan Hifza Yelda jeda sebentar mengundang kerutan pada dahi pasangan tersebut. "Hifza minta, umma dengan uncle untuk jauhkan abang Izz daripada Hifza." Sambung Hifza Yelda.
"Tapi kenapa? Hifza tahu kan Izz dah lama simpan rasa dekat Hifza?" soal puan Nafisah, Ismail Adnan masih tenang. Dia memberi ruang untuk Hifza Yelda menjelaskan terlebih dahulu tentang permintaan gadis itu.
"Hifza tahu, umma. Abang Izz pernah cakap dengan Hifza. Tu sebab Hifza nak umma dengan uncle pujuk abang Izz untuk lupakan Hifza. Hifza cuma tak nak rasa suka abang Izz jatuh makin dalam." jawab Hifza Yelda.
Puan Nafisah memegang tangan Hifza Yelda, "tapi kenapa Hifza? Apa yang Izz dah buat sampai Hifza halang dia untuk terus menyukai Hifza?" Soal puan Nafisah cuma tak mahu anaknya kecewa.
Lagi pula, apa salahnya anaknya mencintai seorang gadis yang ada di hadapannya saat ini.
"Hifza sakit umma..." lirihnya menunduk tak berani menaut mata dengan mata milik ibu Izzar Naresh.
"Hifza sendiri tak tahu, berapa lama Hifza akan bertahan. Hifza ada depression, anxiety, mental health problem. Hifza tak sempurna untuk abang Izz, umma. Hifza cuma tak nak jadi beban untuk abang Izz." sambungnya memberitahu apa yang bermain dalam fikirannya.
Dia, gadis yang takut untuk mencintai orang lain hanya kerana kekurangan dirinya. Bahkan tak mahu menjadi beban buat Izzar Naresh suatu saat nanti. Selama ini sahaja, dia sudah cukup banyak menyusahkan lelaki itu dan dia tak mahu terus menjadi beban di masa depan. Biarlah dia membuat keputusan untuk melepaskan lelaki itu pergi dari kehidupannya.
"Sakit tak boleh dibuat alasan atau penghalang untuk seseorang yang mencintai kita, menjauhi diri kita, Hifza." ucap puan Nafisah sembari menolak pelan dagu Hifza Yelda agar gadis itu memandang dirinya.
"Lagi pun, sakit depression perlukan seseorang untuk sembuh kan? Apa salahnya Hifza bagi peluang untuk Izz bertahan. Umma tahu Izz layak untuk berada di sisi Hifza." sambung puan Nafisah lagi, dia hanya mahu sedikit peluang untuk anaknya tetap di sisi gadis itu sehingga takdir sendiri yang menjadi keputusan sejauh mana hubungan mereka bertahan.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...