Umma & Hifza .46

2K 186 3
                                    

Salam diberi sebagai rukun terakhir ketika melakukan rukun solat zohor. Hifza Yelda istighfar dan melakukan zikir pendek sebelum dia mengangkat tangan ke arah kiblat doa untuk berdoa menzahirkan rasa yang bermain di dalam jiwanya.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan nafas yang masih kau berikan kepadaku. Isi nafas ini dengan kebaikan dan kebahagiaan meskipun hanya secebis. Beri aku kekuatan menerima semua rasa sakit yang bakal kau berikan kepadaku. Engkau Tuhan yang Maha Kaya, izinkan aku yang miskin ini meminta kebahagiaan meskipun sedikit sebelum nafas ini kau ambil untuk selamanya."

Gadis itu tiada perkara lain yang dia mahu melainkan kebahagiaan yang belum dia dapat. Butiran jernih perlahan mengalir keluar ketika teringat kembali bagaimana bapanya meninggalkan dirinya kesakitan pagi tadi.

"Assalamualaikum." Hifza Yelda menoleh ke arah pintu wad di mana seorang wanita masih berdiri di antara daun pintu tak berani menapak masuk kerana takut mengganggu.

"Waalaikumsalam. Umma? Ya Allah, umma buat apa dekat sini?" terkejut Hifza Yelda melihat kehadiran ibu Izzar Naresh. Air mata yang mengalir pantas dihapuskan kemudian bingkas bangun mendekati puan Nafisah begitu juga puan Nafisah mendekati Hifza Yelda.

Dua wanita saling berjabat tangan dan berlaga pipi.

"Umma minta maaf ganggu Hifza solat. Umma tak tahu. Umma tunggu dekat luarlah. Hifza habiskan doa dulu." terbit rasa bersalah kerana datang pada waktu yang tidak tepat.

"Takpe, umma. Hifza dah sudah pun. Umma duduk dekat sofa, Hifza lipat sejadah kejap." balas Hifza Yelda, dia terus berjalan ke arah sejadah dan melipatnya. Telekung yang tersarung pada tubuhnya diganti dengan tudung sarung. Sejadah dan telekung yang sudah dilipat, diletakkan di hujung katil.

"Hifza okey ke? Izz cakap Hifza sakit." bual puan Nafisah sambil memerhati Hifza Yelda.

"Alhamdulillah. Hifza okey je, umma. Abang Izz bagi tahu umma Hifza masuk hospital ke?" soal Hifza Yelda pula sambil berjalan mendekati puan Nafisah dan melabuh punggung di sebelah wanita itu.

"Izz kelam kabut keluar rumah pagi tadi. Risau umma dibuatnya. Tadi dia balik siap-siap nak pergi solat Jumaat tu, umma tanyalah dia. Tu yang umma terus datang sini lepas dapat tahu Hifza masuk hospital." cerita puan Nafisah bagaimana dia mengetahui Hifza Yelda berada di hospital.

"Maaflah dah buat umma risau. Hifza tak tahu nak minta tolong siapa pagi tadi sebab dekat rumah takde siapa." tipu Hifza Yelda, padahal bapanya ada ketika dia sesak nafas pagi tadi.

"Takpe, umma risau sikit je. Ni, Hifza dah makan belum?"

"Dah, tadi nurse hantar makanan." balas Hifza Yelda, rasa makanan hospital kerajaan dengan swasta berbeza. Berkat Izzar Naresh, merasalah dia duduk di hospital layanan seperti hotel lima bintang.

"Hm, umma bawa makanan ni untuk Hifza. Tapi takpelah, nanti Hifza lapar, Hifza makanlah ya." ucap puan Nafisah sambil menarik mangkuk tingkat agar lebih dekat kepada Hifza Yelda.

"Ya Allah, buat susah je umma ni. Rasa bersalah pula masuk hospital sebab dah susahkan umma."

Puan Nafisah menepuk pelan paha Hifza Yelda, "ish, apa cakap macam tu. Tak susah pun. Umma suka masak, bagi orang makan." Balas puan Nafisah tidak merasa keberatan untuk memasak, bahkan dia suka melihat orang makan masakannya.

"Maaflah, umma tanya. Hifza sakit apa?" puan Nafisah bertanya mahu membuat suasana tidak kekok.

"Hifza sesak nafas."

"Asma ke?"

"Ha? Hm.... Hm, asma." terbata Hifza Yelda menjawab, dia takut untuk menjawab jujur. Takut dengan pandangan ibu Izzar Naresh jika dia memberitahu tentang penyakitnya.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now