Papa Tahu, Papa Lari.44

1.9K 184 4
                                    

Wajah ditilik pada cermin sambil membetulkan tudung sekolah yang sudah disarung pada kepala. Mukanya tiba-tiba membahang ketika teringat nyanyian Izzar Naresh malam tadi, bahkan terbit juga rasa malu.

"Aku berdengkur ke tak malam tadi? Eiy, malunya kalau abang Izz dengar." monolog Hifza Yelda, dia menepuk kedua pipinya beberapa kali demi menghilangkan rasa malu dan fikirannya tentang kejadian malam tadi.

"Okey, relax Hifza. Kau tak berdengkur." sambungnya lagi menenangkan diri.

"Woi! Cepatlah! Kau lambat pergi sekolah kejap lagi!" jerkah si bapa membuatkan bahu Hifza Yelda terhincut kerana terkejut. Bagai nak luruh jantungnya bersama debaran yang tiba-tiba menggasak dada.

"Ya Allah, kenapa ni?" soalnya kepada dirinya sendiri ketika nafas tiba-tiba menjadi pendek, degupan jantung berderu laju.

Hifza Yelda berjalan keluar sambil memapah pada pintu bilik mencari bapanya mahu meminta bantuan kerana dadanya terasa semakin sempit. Encik Hafizzudin yang berada di ruang tamu sambil bercekak pinggang terus berubah riak wajahnya ketika melihat anaknya sudah seperti hilang nafas.

"K-kau kenapa, Hifza?" soal encik Hafizzudin.

"Papa." panggil Hifza Yelda, suaranya lemah bahkan perkataan yang keluar juga tidak jelas. Tubuhnya meleret jatuh dalam keadaan masih berpaut pada pintu.

"Eh, kau kenapa ni? Kau jangan main-mainlah!" gerutu encik Hafizzudin tak menganggap serius.

Hifza Yelda menggeleng, "Hifza. Tak. Boleh. Ber. Nafas." Satu demi satu perkataan keluar diselang-selikan dengan sesak. Dada kiri dicengkam kuat ketika mula terasa sakit. Dia merasa bagai tercekik tak cukup nafas.

"Takde. Takde. Kau jangan nak bagi alasan. Aku tak percaya. Kau pergi sekolah juga." tutur encik Hafizzudin, terlihat jelas dia panik melihat anak perempuannya tapi dia memilih untuk tidak percaya. Tergesa-gesa dia keluar dari rumah meninggalkan anak perempuannya sendirian seperti tiada apa-apa yang terjadi di dalam rumahnya itu.

Hifza Yelda mula menangis melihat bapanya meninggalkan dirinya yang semakin hilang oksigen. Semakin deras air mata, dada merasa semakin sempit.

Dia kembali masuk ke dalam bilik dalam keadaan mengengsot di atas lantai. Hifza Yelda berusaha mencapai telefon yang berada di atas meja rias sehingga membuatkan barang-barang yang ada terjatuh.

Tiada orang lain yang bermain dalam fikiran Hifza Yelda melainkan seorang lelaki, dia terus membuat panggilan.

Rumah Terakhir

Ring...

"Siapa pula call pagi-pagi ni?" rungut Izzar Naresh yang sedang mengikat tali leher. Dia sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja, sudah ada yang mengganggu.

Dia melirik ke arah telefon yang berada di meja rias, "Hifza? Ada apa Hifza call pagi-pagi ni?" monolog Izzar Naresh penuh tanda tanya. Tanpa berlengah, Izzar Naresh terus mengangkat panggilan tersebut dengan keadaan tali leher belum diikat dengan betul.

"Assalamualaikum, Hifza. Kenapa call abang?" soal Izzar Naresh tapi dibalik panggilan masih sepi.

"Hifza? Kenapa call abang?" soal Izzar Naresh lagi dan masih mendapatkan hal yang sama. Izzar Naresh menjarakkan telefonnya lalu melihat ke arah layar kemudian kembali menekup pada telinga.

"Hifza? Hifza okey ke? Jangan buat abang risau." ucap Izzar Naresh kini debaran mula terasa.

Tiba-tiba Izzar Naresh mendengarkan nafas yang ditarik dan dihembus kasar, membuatkan dia semakin risau dan tertanya-tanya apa yang terjadi terhadap Hifza Yelda.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now