Hidup Bagian Dari Rasa Sakit .2

4.9K 372 13
                                    

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat, selesai mengucap terima kasih kepada cikgu yang mengajar. Pelajar lain sudah berpusu-pusu keluar dari bilik darjah untuk pulang, berbeza dengan Hifza Yelda yang masih sibuk memasukkan buku-buku dan alatan belajar ke dalam bag.

"Kau balik ni, siapa ambil?" soal Nurul Amanda yang sedang menunggu kawan baiknya.

"Aku naik bas lah, macam biasa." balas Hifza Yelda sambil menutup bagnya yang sudah selesai mengemas.

"Naik bas lagi? Apa kata kau balik dengan aku je? Aku boleh suruh daddy aku hantar kau balik." tawar Nurul Amanda.

Sering kali, dia melihat kawan baiknya itu pulang menaiki bas membuatkan dia merasa kasihan. Lagi pula, dia tahu apa yang terjadi kepada keluarga kawan baiknya itu. Mahu juga dia mengurangkan duit tambang bas, boleh juga Hifza Yelda menabung duit lebihan yang ada.

Mereka mula berjalan keluar dari kelas menuju kawasan luar sekolah di mana tempat mereka menunggu kedatangan bas dan orang tua Nurul Amanda untuk membawa mereka pulang. Mereka berbual sehingga sampai ke kawasan luar sekolah.

"Takpe lah. Aku tak nak lah susahkan daddy kau. Aku naik bas je." balas Hifza Yelda menolak peluang keemasan yang diberikan oleh kawan baiknya.

"Tak susah pun. Lagi pun, satu jalan je. Jom lah." ajak Nurul Amanda seakan merayu kawan baiknya untuk ikut pulang bersama.

Hifza Yelda memandang kawan baiknya tanpa sebarang ucapan. Dia sedang memikirkan alasan apa mahu diberikan kepada Nurul Amanda untuk menolak tawaran dihantar pulang ke rumah. Tidak sampai beberapa saat, bas sekolah sampai tepat pada waktunya.

"Hm, rezeki aku balik naik bas. Tu, bas dah sampai." ucap Hifza Yelda lalu menjuih bibirnya ke arah bas sekolah.

"Aku balik dulu, bye." sambung Hifza Yelda lagi lalu melambaikan tangannya ke arah Nurul Amanda sambil berjalan ke arah bas.

Hifza Yelda berjaya masuk ke dalam perut bas dan memilih kerusi paling belakang sebelah tingkap. Bag sekolah diletakkan pada kerusi kosong di sebelahnya agar tidak ada penumpang lain yang duduk di situ. Wajah yang tadi ceria, kini sudah pudar. Hifza Yelda seakan telah menanggalkan topeng yang melekat pada wajahnya.

Gadis itu melepaskan nafas berat bagai melepaskan beban berat yang dipikul pada bahu, bahkan tanpa sedar ada yang mendengarkan hembusan nafas kuat itu.

"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu?" soal seorang lelaki membuatkan Hifza Yelda menoleh.

Seorang lelaki yang sedang berdiri disebabkan kerusi yang penuh kerana beralah dengan penumpang lain bahkan Hifza Yelda yang tidak mengangkat begnya untuk diberikan ruang lelaki itu duduk. Hifza Yelda menatap lelaki itu atas dan bawah berulang kali tanpa sebarang garis manis.

"Hm..." begitu sahaja balasan dari gadis yang tak berminat untuk berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.

Gadis itu kembali membuang pandangan ke arah luar tingkap. Dia malas mahu melayan lelaki entah dari mana asalnya. Bahkan tidak berminat untuk perkenalan baru. Hifza Yelda memilih diam agar lelaki itu faham, dia tidak berminat untuk berbual panjang.

"Kalau ada masalah, jangan pendam. Nanti jadi penyakit." ucap lelaki itu lagi. Seakan mahu mengusik.

Ucapan lelaki itu dibiarkan sepi tanpa balasan, Hifza Yelda tidak mahu mengambil peduli dengan ucapan lelaki itu. Dia memilih untuk berdiam diri. Dia tidak peduli jika dia dipandang sombong. Lelaki itu pula melihat ramahnya tidak disambut membuat keputusan untuk tidak meneruskan perbualan.

Lega Hifza Yelda ketika tiada lagi butir bicara daripada lelaki tadi. Dia merasa memiliki ketenangan seketika sehingga bas sekolah itu berhenti di perhentian bas yang biasa Hifza Yelda turun untuk berjalan kaki ke rumahnya.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now