Berharap Ini Pertemuan Terakhir .28

2K 208 7
                                    

Jam yang melilit pergelangan tangan dilihat, Izzar Naresh kelam kabut mengemas meja kerja kemudian tergesa-gesa keluar dari pejabat mengejar masa takut terlambat. Ismail Adnan yang baru sahaja keluar dari bilik kerjanya mengejar langkah laju anak lelakinya sebelum masuk ke dalam lift.

"Izz! Izz! Tunggu kejap!" panggil Ismail Adnan, Izzar Naresh yang sudah berada di dalam lift menekan butang buka agar pintu lift tidak tertutup.

"Ada apa, baba?" soal Izzar Naresh, Ismail Adnan mempercepatkan langkahnya.

"Izz nak pergi mana? Waktu kerja belum habis lagi."

"Izz dah lambat ni. Nak jumpa kawan." balas Izzar Naresh, dia sudah terlambat untuk ke sekolah Hifza Yelda. Dia mahu tiba lebih awal agar dapat bertemu gadis itu.

"Kawan? Siapa kawan Izz? Baba tak tahu pun." berkerut dahi Ismail Adnan kerana anaknya tidak pernah memberitahu. Sebelum ini anaknya tidak mahu berkawan dengan sesiapa membuatkan dia merasa hairan, siapakah kawan anak lelakinya.

"Nanti Izz cerita. Izz dah lambat ni. Izz pergi dulu baba. Assalamualaikum." ujar Izzar Naresh kemudian menekan butang tutup agar pintu lift segera tutup.

Sampai di parkir lot, dia terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju menuju ke sekolah Hifza Yelda. Di sana, dia sudah melihat pelajar-pelajar mula keluar dari kawasan sekolah membuatkan dia melilau mencari gadis yang berjaya membuat dia jatuh cinta. Izzar Naresh melihat Hifza Yelda bersama kawan baiknya, tingkap kereta terus dibuka.

"Hifza!" jerit Izzar Naresh memanggil gadis itu.

Hifza Yelda melihat Izzar Naresh, dia terus melarikan diri ke arah bas awam yang sudah menunggu di perhentian bas berdekatan sekolahnya. Izzar Naresh keluar dari kereta mengejar langkah Hifza Yelda yang cuba melarikan diri daripadanya.

"Hifza! Tunggu abang!" panggil Izzar Naresh, Hifza Yelda semakin laju melangkah kemudian masuk ke dalam perut bas. Izzar Naresh berjalan di luar bas mengikuti Hifza Yelda sehingga gadis itu duduk di tepi tingkap. Dia tidak putus asa, melambai ke arah Hifza Yelda yang mengendahkan dirinya.

"Hifza! Abang nak cakap dengan Hifza!" ujarnya membuatkan Izzar Naresh menjadi tumpuan.

Hifza Yelda menggenggam tudungnya menyembunyikan namanya yang ada pada tudung sekolah tersebut kerana malu ketika namanya disebut oleh Izzar Naresh. Lelaki itu sepertinya sudah putus urat malu ketika dia melompat di luar sambil melambai agar Hifza Yelda memandang ke arahnya.

"Hifza, bagi peluang abang nak cakap dengan Hifza!"

Mata dipejamkan rapat ketika wajah sudah terasa membahang kerana malu. Hifza Yelda mengendahkan Izzar Naresh yang sedang mempermalukan dirinya di luar bas. Kereta yang ditinggalkan membuatkan kesesakan lalu lintas sehingga ada beberapa kenderaan menekan hon tapi Izzar Naresh tidak peduli.

"Bila bas ni nak gerak?" bisik hati Hifza Yelda merasa bas kali ini seperti lambat pula.

Tidak sampai seminit dia berbicara di dalam hati, bas mula bergerak. Izzar Naresh laju berjalan ke arah keretanya dan mengejar bas yang membawa Hifza Yelda sehingga bas itu berhenti di perhentian berdekatan rumah Hifza Yelda. Izzar Naresh menghentikan keretanya di tempat perhentian selepas bas bergerak.

Izzar Naresh keluar dari keretanya, "Kenapa Hifza lari daripada abang?" Soalnya.

"Cukuplah, abang Izz. Hifza rimaslah." balas Hifza Yelda, dia sangka apa yang terjadi akan membuatkan lelaki itu faham dan memberi ruang kepada dirinya tapi malah Izzar Naresh masih mengejar dirinya tanpa putus asa.

"Abang dah faham keadaan Hifza. Abang dah jumpa jawapan kenapa Hifza selalu cuba jauhkan diri-"

"Lepastu apa abang Izz? Hifza rasa abang Izz dah cukup jelas. Jadi, Hifza tak perlu jelaskan lagi. Tolong abang Izz, jangan jumpa Hifza lagi lepas ni." belum sempat menyempurnakan ayatnya, Hifza Yelda sudah memotong.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now