Hujan bertambah lebat dengan petir silih berganti menyambar bumi. Izzar Naresh ada kekuatan, barulah dia bergerak pulang ke rumahnya. Bajunya sudah lenjun dengan air hujan bahkan dengan darah yang mengalir menambah corak pada bajunya yang berwarna terang itu.
"Argh, sakitnya ya Allah." mengaduhnya ketika kereta sudah di parkir pada garaj rumah.
Enjin dimatikan barulah Izzar Naresh keluar dari kereta dan mengorak langkah masuk ke dalam rumah. Disebabkan hujan lebat dengan keadaan Izzar Naresh yang belum kunjung pulang, membuatkan ibunya setia menunggu di ruang tamu.
"Ya Allah. Kenapa dengan kamu ni, Izz?" soal puan Nafisah yang terkejut melihat keadaan anak lelakinya.
"Takde apa, umma. Sikit je ni. Izz nak naik atas, umma. Izz dah tak larat." balas Izzar Naresh dengan wajah berkerut menahan sakit pada kepalanya. Dunia terasa berpusing.
"Izz, takkan sikit macam ni? Izz kenapa sebenarnya? Cerita dekat umma. Jangan buat umma risau." puan Nafisah mengikuti langkah anak lelakinya dari belakang. Pertama kali dia melihat keadaan anaknya teruk begitu. Sebelum ini Izzar Naresh tidak pernah begitu kerana dia bukan jenis yang suka akan kekerasan.
"Kamu bergaduh ke?" soal puan Nafisah masih mengejar langkah anaknya ketika soalannya belum dijawab. Bahkan kesan lebam pada tulang pipi dan hujung bibir anaknya yang pecah, tidak dapat disembunyikan membuatkan puan Nafisah menyangka anaknya bergaduh.
"Taklah, umma. Izzar tak gaduh dengan sesiapa. Umma jangan risaulah. Sikit je ni." balas Izzar Naresh lembut, menenangkan ibunya.
Bahu ibunya disentuh lembut, "umma bagi Izz mandi, bersihkan diri dulu ya. Izz tak larat ni sebenarnya." Pintanya agar ibunya melepaskan dirinya dari disoal banyak. Meminta ibunya memahami keadaan dirinya kerana saat ini dia hanya mahu berehat bagi meredakan rasa sakit di kepalanya.
"Yalah, pergilah mandi. Nanti umma datang bawa ubat." akhirnya puan Nafisah pasrah membiarkan anaknya.
Rumah Terakhir
Hafiz Yaslam yang baru sahaja pulang dari tempat kerja, sudah mengetahui apa yang berlaku kepada adiknya membuatkan dia terus menuju bilik adik perempuannya. Pintu bilik diketuk, kemudian dia terus membuka pintu tanpa menunggu respon adiknya.
"Hifza, kenapa kau tak tukar baju lagi?" soal Hafiz Yaslam ketika melihat pakaian adiknya masih basah bahkan lantai bilik juga ketika air dari pakaiannya menitik.
"Abang nak apa?" soal Hifza Yelda pula sambil memeluk lututnya tanpa menatap abangnya yang masih berdiri di muka pintu.
"Kenapa kau tak jujur je nak keluar dengan Izz? Kenapa kau sampai nak menipu macam ni?" Hafiz Yaslam terus menyoal sambil berjalan masuk ke dalam bilik lalu menarik kerusi yang berada di bawah meja belajar kemudian melabuh punggung.
"Siapa yang cakap dekat abang? Mama? Kenapa? Mama nak suruh abang nasihat Hifza ke? Abang percayalah mama cakap fasal Hifza?" baru kali ini dia menatap abangnya.
"Aku percaya kau takkan buat benda bukan-bukan belakang aku. Aku percaya yang Izz pun tak buat benda buruk dekat kau."
"Habis tu abang nak apa sekarang ni?" soal Hifza Yelda malas mahu mendengarkan bebelan abangnya. Dia mahu bersendirian sahaja saat ini. Dia membenamkan wajahnya pada kedua kepala lututnya, memberitahu kalau dia tidak mahu ada perbualan lanjut.
"Aku tak suka kau bergaduh dengan papa. Aku malu dengan jiran-jiran Hifza. Cuba kau mengalah sekali-sekala." Hifza Yelda angkat kepala menatap abangnya.
"Abang malu? Habis abang ingat Hifza tak malu lah? Abang suruh Hifza mengalah? Selama ni, Hifza banyak kali mengalah tau abang. Sebab Hifza fikir papa tu papa. Hifza tak nak jadi anak derhaka tapi papa. Papa tak pernah cuba untuk faham Hifza. Macam mana Hifza nak mengalah, abang?" omel panjang Hifza Yelda melepaskan rasa tidak puas hatinya.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...