Suasana menjadi sedikit kelam kabut, Hafiz Yaslam terus menuju ke penjara di mana bapanya ditahan untuk menyampaikan berita yang perlu diketahui oleh bapanya. Hafiz Yaslam menunggu di ruangan yang disediakan, di mana dia duduk di depan cermin kaca yang menjadi penghalang antara tahanan dan pelawat.
Dia melihat bapanya berjalan masuk ke dalam ruangan tersebut, kemudian encik Hafizzudin duduk di hadapan anaknya. Ganggang telefon diangkat, masing-masing meletakkan pada telinga.
"Apa lagi kau nak?!" tempik encik Hafizzudin.
Hafiz Yaslam terus menunduk menyembunyikan air matanya. Mulutnya terasa berat untuk mengungkapkan berita tersebut. Air mata jantan tak dapat ditahan lagi, gugur satu persatu.
"Eh, kalau kau datang semata buang masa aku. Baik kau balik lah!" Sambung encik Hafizzudin ketika anak lelakinya masih diam.
"Apahal kau menangis dekat sini? Kau dah menyesal?" soal encik Hafizzudin ketika mendengarkan suara esakan anak lelakinya.
"Hifza, papa." Lirih suaranya dengan kepala masih menunduk seraya tak mampu meneruskan ucapannya.
"Apa yang kau nak cakap ni? Cepatlah! Jangan buang masa aku," desak encik Hafizzudin sudah tak mahu berlama-lama berbual dengan anak lelakinya yang dianggap hanya buang masa ketika tak kunjung menyampaikan apa yang dimahukan.
Perlahan Hafiz Yaslam angkat kepala, "Hifza, papa." Dia kembali teresak, berat sungguh mulutnya untuk sampaikan khabar tentang adik perempuannya.
"Hifza! Hifza! Kenapa dengan adik kau tu?!"
"Hifza dah takde, papa. Hifza dah tinggalkan kita." Esakan semakin kuat. Dadanya terasa sakit seakan ada yang menekan. Encik Hafizzudin terpaku pada tempatnya, ganggang telefon lucut seakan licin jatuh dari tangan.
Beberapa minit terpaku, telefon kembali diangkat.
"Kau cakap apa ni Hafiz?! Kau jangan main-main dengan aku. Kau cakap betul-betul!" desak encik Hafizzudin tidak mahu percaya.
"Hafiz dah hantar surat keizinan keluar. Nanti kita jumpa dekat kubur."
"Eh, Hafiz! Aku tak nak pergi sana. Adik kau tak matilah! Kau tipu aku kan?" Encik Hafizzudin masih tidak percaya dengan apa yang dia dengar daripada anak lelakinya. Dia tidak mahu percaya dengan apa yang berlaku kepadanya.
Hafiz Yaslam menatap bapanya dalam, kemudian menggeleng kepala pelan.
"Hafiz dah lambat. Banyak lagi hal Hafiz kena uruskan. Nanti kita jumpa dekat kubur. Assalamualaikum." telefon terus diletakkan, Hafiz Yaslam terus berlalu pergi.
Encik Hafizzudin menjerit memanggil anak lelakinya sambil mengetuk cermin penghalang. Dia masih tidak percaya dan tidak mahu percaya dengan khabar yang didengarinya. Pegawai terus menarik encik Hafizzudin yang semakin mengganas.
Rumah Terakhir
Sebuah kereta polis tiba di tanah perkuburan Islam, di mana Hifza Yelda akan bersemayam selamanya di sana. Encik Hafizzudin dengan tangan bergari terus meluru keluar dari kereta polis mendekati van jenazah yang juga baru tiba.
"Anak aku! Anak aku!" jerit encik Hafizzudin.
Orang-orang yang mengusung keranda keluar dari van terus meletakkan ke tanah. Penutup keranda dibuka, encik Hafizzudin hanya melihat kain kafan yang sudah membalut membuatkan dia tahu. Itu memang tubuh anak perempuannya.
"Allah!" laung kuat encik Hafizzudin sembari jatuh melutut di sisi jenazah ketika dua kakinya sudah tak kuat lagi untuk berdiri.
"Buka! Buka! Aku nak tengok anak aku!" desak encik Hafizzudin meminta untuk membukakan kain kafan yang menutupi wajah anaknya. Hafiz Yaslam dengan berat membuka kain kafan tersebut.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Novela Juvenil"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...