Layar telefon dinyalakan untuk melihat jam yang tertera, Izzar Naresh terus menutup fail yang ada di atas mejanya begitu juga dengan komputer. Baru sahaja dia membuka pintu, wajah bapanya sudah terpacul di depan biliknya.
"Baba, terkejut Izz." ujar Izzar Naresh.
"Izz nak pergi lunch dah ke? Awal lagi ni." ucap Ismail Adnan selepas menilik jam dipergelangan tangannya.
"Dah lambat sebenarnya, baba. Izz nak lunch dekat hospital." balas Izzar Naresh takut terlambat kerana waktu melawat tidak lama, belum lagi tolak waktu perjalanan, waktu dia membeli makanan, waktu parkir kereta. Nanti sisa baki waktu yang ada tidak puas untuk dia bertemu Hifza Yelda.
Kerutan terbit pada dahi Ismail Adnan, "hospital? Siapa sakit? Habis tu, tak jadi lunch dekat rumah?" Banyak benar soalan Ismail Adnan berikan kepada anak lelakinya.
"Kawan Izz yang hari tu, baba. Izz dah cakap dekat umma Izz tak balik lunch. Izz dah lambat ni. Izz pergi dulu ya." balas Izzar Naresh kemudian mengambil tangan bapanya dan mengucup singkat. Dia baru melangkah beberapa tapak, "Izz! Kejap!" Suara bapanya membuatkan Izzar Naresh berhenti dan menoleh.
"Lepas lunch ada meeting." ucap Ismail Adnan agar anaknya tidak lupa.
"Mungkin lambat sikit kot. Izz tak dapat datang awal." jawab Izzar Naresh kemudian berlari ke arah lift. Ismail Adnan hanya menatap tubuh anaknya yang kini sudah ditelan lift kemudian hilang dari pandangannya.
"Siapalah kawan Izz ni? Mana pernah dia nak berkawan lepas kes tiga tahun lepas." monolog Ismail Adnan ingin tahu siapa yang berjaya mengubah kehidupan anak lelakinya sehingga mampu keluar dari dunia ketakutan anaknya itu.
"Baba!" panggil Imran Najman sambil berjalan ke arah bapanya.
"Baba tunggu siapa? Tunggu Izz ke?" soal Imran Najman ketika melihat bapanya berada di hadapan bilik kerja adik lelakinya.
"Takdelah. Izz baru je pergi tadi. Nak ke hospital katanya, kawan dia sakit." balas Ismail Adnan. Kini, Imran Najman pula dibuat berkerut ketika mendengarkan ucapan bapanya. Kawan? Apakah dia salah dengar tadi? Eh, tak mungkin!
"Kawan? Izz ada kawan?" soal Imran Najman.
"Entah, baba pun tak tahu. Kena tanya umma lah nanti. Izz kan suka cerita dekat umma." balas Ismail Adnan sudah biasa dengan sikap anak ketiganya yang rapat dengan isterinya sehingga apa sahaja diceritakan kepada isterinya.
"Ni, baba balik lunch dekat rumah tak?" soal Imran Najman teringat selepas ini waktu makan tengah hari.
"Mestilah balik. Umma dah masa dekat rumah. Dari membazir makan dekat luar, baik makan air tangan isteri. Tak begitu?" Ismail Adnan mejungkitkan keningnya. Imran Najman tersenyum mendengarkan jawapan bapanya. Sweet pula orang tua ni walaupun dah berusia.
"Kalau macam tu, jom kita balik. Sebab bukan baba je ada isteri, Im pun ada isteri." kemudian mereka tertawa bersama sebelum bergerak pulang ke rumah.
Rumah Terakhir
Izzar Naresh sedang mood bahagia kerana akan bertemu dengan wanita yang berjaya mencipta cinta dalam dirinya. Pintu lift terbuka, dia terus melangkah menuju wad 4D di mana Hifza Yelda ditempatkan. Masuk sahaja ke dalam wad tersebut, dari kejauhan dia sudah melihat gadis itu.
"Assalam-" salam Izzar Naresh tergantung ketika melihat Hifza Yelda tertidur pulas.
Dia tidak mahu mengganggu gadis itu membuatkan dia membiarkan sahaja Hifza Yelda tidur. Sempat dia mengukir senyuman manis kepada pelawat dan pesakit yang berada di katil sebelah. Izzar Naresh melihat makanan hospital yang belum berusik. Bungkusan makanan yang dibawa diletakkan di sebelah makanan hospital.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Ficțiune adolescenți"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...