Wajah yang sedikit bengkak dan lebam ditatap lama oleh Hifza Yelda dibalik cermin yang ada di meja rias. Leka dia menatap dirinya sehingga bicara Nurul Amanda seakan tidak masuk ke dalam sistem pendengarannya.
"Woi! Kau dengar tak aku cakap ni? Kau datang tak rumah aku? Apahal diam?" jerkah Nurul Amanda ketika tiada respon daripada kawan baiknya itu.
"Ha? Apa kau cakap tadi?" soal Hifza Yelda meminta kawan baiknya mengulang kerana sepatah bicara pun tidak masuk ke dalam telinganya.
"Apa kau fikir sampai tak dengar ni? Aku cakap, datang. Jangan tak datang. Mummy aku dah beria masak untuk kau dengan Aiman. Kau jangan kecewakan mummy aku."
"Ya, aku datang. Aku tengah siap ni. Nanti dah sampai aku call. Bye." panggilan dimatikan sepihak.
Telefon diletakkan di atas meja rias, wajah masih ditatap penuh risau. Mana tidak, bagaimana dia ingin menyembunyikan wajah yang sedikit bengkak dan lebam itu. Pasti dua kawan baiknya itu akan perasan tentang keadaan wajahnya. Pasti akan banyak soalan yang diajukan, dalam masa yang sama dia tidak mahu memburukkan bapanya.
"Hifza." panggil Puan Yasmin yang berdiri di muka pintu. Hifza Yelda menoleh.
"Ya, mama. Ada apa?"
"Lepas Hifza siap. Datang bilik mama ya."
"Okey, mama." akur Hifza Yelda, setelah itu Puan Yasmin berlalu pergi dari hadapan bilik anaknya.
Hifza Yelda mula bersiap agar tidak membuat ibunya menunggu lama. Bahkan agar tidak terlambat untuk ke rumah Nurul Amanda seperti yang sudah dijanjikan mereka bertiga untuk datang pukul sepuluh pagi. Kaki terus mengorak langkah ke arah almari untuk mencari pakaian yang sesuai ke rumah Nurul Amanda.
Baju kemeja kotak berwarna campuran hitam putih, shawl hitam dan baggy jeans menjadi pilihan Hifza Yelda untuk ke rumah Amanda. Selesai mengenakan pakaian tersebut, barang-barang keperluan diambil dan dimasukkan ke dalam beg sekolah. Selesai urusan bersiap, Hifza Yelda mengatur langkah ke bilik ibunya.
"Mama." panggil Hifza Yelda sambil mengetuk pintu bilik ibunya.
"Ada apa mama suruh Hifza datang bilik mama?" soal Hifza Yelda yang masih berdiri di muka pintu.
"Sini, duduk dekat sini." panggil Puan Yasmin lalu menepuk tilam di sebelahnya. Tanpa membantah, Hifza Yelda melangkah kaki masuk ke dalam bilik ibunya lalu duduk pada birai katil di sebelah ibunya.
Puan Yasmin berlalu ke arah meja soleknya kemudian mengambil alat solek yang biasa ia pakai ketika pergi ke tempat kerja. Setelah itu, Puan Yasmin kembali melabuh punggung pada tempatnya tadi.
"Mama make-up Hifza sikit ya. Takkan Hifza nak pergi rumah Amanda dengan keadaan lebam macam ni, kan?"
Hifza Yelda menatap dalam ke arah anak mata ibunya sebelum dia mengangguk setuju.
Puan Yasmin mula melakukan kerjanya, dia menyolek wajah anaknya agar lebam pada wajah Hifza Yelda dapat disembunyikan, tidaklah menimbulkan kecurigaan kepada kawan-kawan anaknya nanti. Bahkan dia tahu, anaknya juga pasti mahu menyembunyikan kesan ditumbuk suaminya semalam.
Beberapa minit berlalu, "okey, dah siap." Ucap Puan Yasmin sambil menjarakkan dirinya agar dapat melihat keseluruhan wajah anak perempuannya.
"Terima kasih mama." ucap Hifza Yelda lalu menilik wajahnya ke arah cermin yang ada di meja solek ibunya.
Tiba-tiba Puan Yasmin menarik tangan anak perempuannya membuatkan Hifza Yelda memandang ibunya. Beberapa biji gula-gula diletakkan di atas tapak tangan anak perempuannya lalu menutup jemari anaknya meminta Hifza Yelda menyimpan gula-gula tersebut.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...