Kidum Yang Dicuri .69

1.2K 76 4
                                    

kidum aku sembunyikan,
masyghul terpancar jelas pada
setiap perilaku - bertanya lagi
sedang apa diri ku?
dunia ku kau ambil, masih
berharap aku mampu bahagia?
Bapa adalah bapa, ibu pintu syurga.
aku anak tak mampu berkata,
salah tingkah -

Aku Derhaka!

[Rumah Terakhir - Hifza Yelda]

Di meja makan pun, Hifza Yelda tetap menghadap buku agar dia dapat berikan yang terbaik, bukan untuk dirinya tapi lebih kepada bapanya. Demi tidak mahu mengundang sakit dan derita kepada dirinya. Tangan kiri memegang buku, tangan kanan ralit menyuap nasi goreng ke mulut.

"Kau pergi sekolah, Hafiz yang hantar sebab aku dah tak percaya kau." ucap encik Hafizzudin yang baru keluar dari bilik membuatkan Hifza Yelda menoleh sekilas.

"Ingat aku pesan, pastikan kau dapat straight A. Kau kena lebih daripada Hamzah dengan Sofia. Faham?"

"Faham, papa." Hifza Yelda hanya mampu pasrah walaupun dia sudah merasa bingit ketika mendengarkan nama sepupu-sepupunya. Lagi-lagi dia perlu bertanding dengan sepupu-sepupunya yang sebaya dengan dirinya walaupun dia tahu, dia akan kalah meskipun tanpa bertanding.

"Makan cepat! Hafiz hantar Hifza pergi sekolah. Kau jangan pergi kerja selagi kau tak tengok adik kau masuk sekolah." pesan encik Hafizzudin kepada anak lelakinya.

"Hm, yalah." balas Hafiz Yaslam malas mahu mengambil pusing tentang ucapan bapanya.

"Hifza balik nanti kau ambil. Kalau kau sibuk sangat, aku ambil nanti." kini isterinya pula dipesan agar mengambil Hifza Yelda di sekolah.

"Kau ingat eh. Aku tak nak tengok kau dengan jantan tu lagi." panas telinga Hifza Yelda ketika bapanya hanya memanggil Izzar Naresh dengan panggilan jantan tapi ditahan penuh sabar agar tak melenting. Saat ini dia mahu fokus dengan peperiksaannya sahaja.

"Ya, papa." balas Hifza Yelda hanya akur dan tunduk dengan perintah bapanya.

Rumah Terakhir

Hari yang pertama, semua berjalan dengan baik tapi Hifza Yelda masih dengan perangainya yang sama. Hanya menghabiskan waktu dengan mengunci mulut tanpa banyak bicara. Mahu diajak bicara sahaja, Nurul Amanda dan Aiman Kamal menjadi takut kerana takut mengganggu mood kawan baik mereka itu.

"Kau. Hm..." Aiman Kamal terasa berat untuk berkata, Hifza Yelda menoleh ke arah kawan baiknya.

"Kenapa?" soal Hifza Yelda kemudian dia kembali menatap ke arah buku latihan.

"Kau okey ke? Kau jangan marah pula. Aku dengan Amanda cuma pelik je dengan kau." tutur Aiman Kamal mengutarakan isi hatinya yang lama tersimpan.

"Pelik? Apa yang pelik?" soal Hifza Yelda, mata masih menatap buku.

"Start minggu lepas kami tengok, kau dah lain. Kau banyak diam je. Kau betul okey ke, Hifza?" kali ini Nurul Amanda pula menyoal.

"Aku okey jelah. Aku diam sebab nak fokus." balas Hifza Yelda, dia memandang dua kawan baiknya sekejap kemudian kembali menatap buku latihan. Sudah tak ramah seperti dulu, bahkan terlihat seperti sudah tidak peduli membuatkan dua kawan baiknya mula merasa kehilangan.

"Kau takde masalah kan?" soal Aiman Kamal hanya ingin tahu meskipun dia sudah tahu jawapan yang akan keluar dari bibir gadis itu.

"Takde. Aku okey je. Tak payah risaulah." ucap Hifza Yelda kali ini dia mengukir senyum agar tak mengundang risau kepada dua kawan baiknya. Hifza Yelda angkat kepala mencari, mungkin ada kereta milik ibunya atau bapanya yang datang menjemput.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now