Langit terbentang awalnya berwarna biru, kini terbit warna jingga pada ufuk barat menandakan sudah senja. Puan Yasmin mula gelisah ketika sejak pula, dia tidak menemukan anak perempuannya. Entah ke mana pun, dia tidak tahu bahkan panggilan sudah dibuat tapi tidak diangkat.
Puan Yasmin keluar dari bilik anak perempuannya, "abang, Hifza mana?" Soal puan Yasmin kepada suaminya yang sedang menonton televisyen.
"Manalah aku tahu. Tak balik sekolah lagi lah tu." balas encik Hafizzudin terlihat santai. Matanya melekat pada layar televisyen, mengendahkan isterinya yang sedang risau.
"Takkan tak balik lagi. Dah nak maghrib ni." mustahil anaknya belum pulang. Biasanya waktu begini Hifza Yelda sudah berada di rumah.
"Anak kau buat perangai lagi lah tu. Hari tu balik lewat malam, keluar dengan jantan tak guna tu. Kalau tak balik, kau tahu-tahu jelah anak kau dekat mana." tutur encik Hafizzudin, padahal dia tahu apa yang terjadi terhadap anak perempuannya tapi sengaja membuat cerita agar anaknya terlihat buruk.
"Astaghfirullah al-azim. Apa abang tuduh anak macam tu? Hifza takkan buat perkara buruk belakang kita."
"Assalamualaikum." Hafiz Yaslam masuk ke dalam rumah, dia melihat situasi tegang sedang berlaku tapi malas mahu mengambil peduli. Dia buat tak endah sahaja sambil berjalan ke arah biliknya. Puan Yasmin mengejar langkah anak lelakinya.
"Hafiz. Tolong mama cari Hifza." pinta puan Yasmin menimbulkan kerutan pada dahi Hafiz Yaslam.
"Hifza tak balik lagi?" soal Hafiz Yaslam merasa pelik.
"Belum. Mama pun tak tahu dia dekat mana. Dia takde cakap apa-apa dekat mama." balas puan Yasmin, biasanya kalau ada urusan Hifza Yelda akan menghubungi dan memberitahu tapi kali ini tidak.
"Mama dah call Hifza?" soal Hafiz Yaslam lagi, dia masih tenang kerana tak mahu menambah panik kepada ibunya.
"Dah tapi tak angkat."
"Kejap lagi baliklah tu. Tunggu jelah." sampuk encik Hafizzudin membuatkan isteri dan anaknya menoleh ke arahnya.
"Kita tunggu. Kalau lepas isyak tak balik juga. Hafiz pergi cari Hifza." ucap Hafiz Yaslam, hanya menurut ucapan bapanya. Boleh jadi, gadis itu akan pulang tidak lama lagi.
"Hm, yalah." puan Yasmin hanya akur meskipun jantungnya berdegup tak keruan sejak tadi kerana risau.
Rumah Terakhir
"Hifza minta maaf sebab buat abang Izz susah lagi. Hifza ingatkan Hifza takkan datang dah hospital tapi tulah. Nak buat macam mana kan, Allah yang atur kehidupan kita." ucap Hifza Yelda memecah kesunyian di petang hari membuatkan Izzar Naresh yang duduk di sofa memandang ke arahnya.
"Allah tahu apa yang terbaik untuk Hifza, walaupun Hifza rasa semua yang terjadi buruk di sisi Hifza tapi baik di sisi aturan Allah. Hifza kena cari kebaikan dibalik ujian."
"Macam cari jarum dalam jerami? It's not easy lah, abang Izz." ujar gadis itu merasa susah untuk mencari hikmah di sebalik ujian dan dugaan yang dia terima selama ini. Semua kesakitan yang dia terima, ada kebaikan ke? Dia sendiri masih keliru dengan dunianya yang tak sama seperti dunia orang lain.
"Kenalah ubah pola fikir kita. Kalau sebelum ni Hifza tak suka duduk rumah. Sekarang Hifza dekat mana? Walaupun Hifza rasa masuk hospital ni buruk tapi Hifza terlepas daripada papa. Betul tak?" Izzar Naresh beri contoh yang berkaitan dengan hidup gadis itu agar lebih jelas. Hifza Yelda akan nampak sendiri hikmahnya.
"Dalam benda yang buruk, tersembunyi hal yang baik. macam tu juga dengan ujian yang Allah bagi dekat kita. Rasa sakit dan air mata sebenarnya menyembunyikan sesuatu yang kita tak jangka kebaikannya." sambung Izzar Naresh lagi ketika Hifza Yelda hanya diam.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...