Jalan-Jalan .64

1.3K 101 2
                                    

Canvas langit malam dihiasi warna-warna bintang yang menambah seri pada malam. Kali ini, Hifza Yelda tidak menghabiskan malamnya dengan belajar mahupun puisi pada buku diarinya. Dia membuang waktu dengan melihat laman sosial miliknya. Berawal dengan Instagram, beralih ke Tiktok dengan perkongsian yang lebih kurang.

Perkongsian tentang patah hati, puisi galau dan semua ayat yang seakan terkena dengan kehidupannya.

kusuguh secangkir kopi sehingga kedinginan, di ruang kamar kecil aku menantikan pelukan, jasad ku peluk sendiri menahan sesak seakan menanti kematian, lama aku diam, kapan aku tenang?

Hifza Yelda sempat memuat naik satu puisinya dengan musik latar Daylight nyanyian David Kushner. Setelah itu, dia membuka aplikasi Whatsapp lalu membaca pesan yang ditinggalkan oleh kawan baiknya yang belum sempat dibaca.

Ring...

"Astaghfirullah al-azim." hampir sahaja Hifza Yelda mahu mencampak telefonnya kerana terkejut dengan panggilan yang masuk secara tiba-tiba. Dia terus mengangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, abang Izz. Ada apa abang Izz call Hifza malam-malam macam ni?" soal Hifza Yelda ingin tahu apa yang dimahukan lelaki itu sehingga mengganggu waktu dirinya mahu berehat.

"Waalaikumsalam. Hifza tengah buat apa tu?" malah dia menyoal tanpa menjawab pertanyaan Hizfa Yelda.

"Takde buat apa. Abang Izz nak apa?"

"Takde apa. Saja abang call Hifza. Lama tak abang tak call Hifza."

"Abang Izz ni buang tabiat apa? Kita baru je jumpa petang tadi." balas Hifza Yelda dengan ketawa kecil di hujung ucapannya. Kelakar rasanya dengan Izzar Naresh dengan alasan lucunya itu.

"Abang tak boleh tipu hati abang, Hifza. Abang tak boleh tipu rasa rindu abang dekat Hifza. Tu yang abang call Hifza." jawapan Izzar Naresh membuatkan Hifza Yelda terdiam. Jantung tiba-tiba berdetak laju, debarannya tidak biasa dirasai. Hanya terbit ketika dia berada dekat dengan lelaki itu sahaja.

"Haha, pandai abang Izz bergurau." Hifza Yelda ketawa kekok, menganggap ucapan lelaki itu hanya gurauan.

"Abang tak bergurau Hifza." ucapan Izzar Naresh mematikan tawa Hifza Yelda.

"Abang tak pernah bergurau tentang perasaan abang dekat Hifza." sambung Izzar Naresh lagi, dari nada suaranya. Tidak terdengar dia sedang bergurau saat ini. Dia serius dengan perasaannya yang tulus untuk gadis bernama Hifza Yelda.

"Hm... abang Izz tengah buat apa tu?" soal Hifza Yelda mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu melanjutkan perbualan yang menyesak dadanya.

"Abang takde buat apa-apa pun. Hm, Hifza. Spm bila?" soal Izzar Naresh pula. Dia tahu gadis itu cuba melarikan diri untuk tidak membahaskan tentang perasaan.

"Lagi tiga minggu. Kenapa abang Izz tanya?"

"Abang cadangkan, nak bawa Hifza jalan-jalan sebelum spm. Kita jalan-jalan makan angin, nak tak?" cadang Izzar Naresh.

"Ha? Abang Izz ni biar betul." terkejut Hifza Yelda dengan cadangan Izzar Naresh, seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar tadi. Jalan-jalan? Berdua?

"Betullah. Abang tak main-main. Boleh Hifza tenangkan diri sebelum spm."

"Tapi Hifza rasa papa mesti tak bagi." balasnya, dia dapat menduga keputusan bapanya jika meminta izin untuk keluar.

"Abang ada idea tapi idea jahat sikit lah. Nanti sebelum pukul lima abang hantar Hifza balik. Boleh?" Izzar Naresh memberitahu ideanya kepada Hifza Yelda agar gadis itu dapat keluar jalan-jalan bersama tanpa pengetahuan encik Hafizzudin.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now