Suasana terlihat biasa seperti hari-hari sebelum ini, Hifza Yelda pandai menyembunyikan kesakitannya sehingga tidak seorang pun sedar akan keadaan dirinya tapi berbeza pula dengan Aiman Kamal yang menyedari keadaan kawan baiknya berbeza sejak datang ke sekolah pagi tadi.
"Wei, Hifza!" tegur Aiman Kamal sambil mengetuk kerusi kawan baiknya dengan hujung pen.
Hifza Yelda menoleh ke arah Aiman Kamal dengan wajah yang berkerut menahan sakit ketika bahunya terasa nyeri, "ada apa?" Soalnya.
"Kau okey ke?" soal Aiman Kamal ketika menyedari tangan kiri kawan baiknya kurang aktif seperti selalu. Biasanya tangan kiri itu akan selalu diletakkan di atas meja tapi tidak kali ini, ia hanya di atas riba tanpa bergerak sedikit pun.
Bahkan keadaan itu disedari ketika makan di kantin, Hifza Yelda tidak menggunakan tangan kirinya sehingga sanggup berulang-alik membeli makanan dan minuman pada waktu yang berbeza.
"Okey je. Kenapa kau tanya?" soal Hifza Yelda curiga dengan pertanyaan kawan lelakinya itu.
"Tangan kau macam sakit je. Betul ke kau okey? Kau jangan tipu aku."
"Okey jelah. Kau ni, memandai je aku sakit. Takde lah." balas Hifza Yelda bersama senyuman dihiasi pada wajahnya bagi menutupi rasa curiga oleh Aiman Kamal.
"Aiman! Hifza! Sembang apa dekat belakang tu?" tegur cikgu Razali, Hifza Yelda terus berbalik badan.
"Takpe apa cikgu." balas Aiman Kamal, dia sengih bagai kerang busuk kerana malu ditatap rakan sekelasnya begitu juga Nurul Amanda tidak terlepas memandang dua kawan baiknya ketika nama mereka dipanggil oleh cikgu Razali.
"Kalau takde apa, buat latihan yang saya bagi tu. Jangan bersembang!"
"Baik, cikgu!" balas Aiman Kamal, Hifza Yelda hanya diam sambil menunduk. Latihan dikerjakan tanpa banyak mulut.
Rumah Terakhir
Hati menyimpan jaki,
Loka hati sudah penuh luka,
Pelaku aku seakan rasa ku niskala,
Hancur jasad, aku yang gila.[Rumah Terakhir - Hifza Yelda]
{Jaki - berasa marah , Loka - dunia , Niskala - tidak wujud }
Rangkaian ayat itu diconteng pada buku diari ketika fikiran seakan berhenti bekerja sehingga latihan yang diberikan oleh cikgu tidak dapat dilakukan dengan baik. Akhirnya, Hifza Yelda menghabiskan waktu menulis rangkap puisi untuk membuang waktu.
Bahkan seakan mengaburi mata bapanya disangka dia sedang belajar.
"Aduh." mengerang kesakitan Hifza Yelda ketika cuba menggerakkan bahu kirinya. Disangka sudah tidak sakit, ternyata rasa sakitnya masih ada. Bahu kirinya digosok pelan menggunakan minyak gamat. Kerutan jelas terlihat pada dahi gadis itu, dia sedang menahan sakit.
"Argh!" terkejut Hifza Yelda ketika ada yang menepuk bahu kirinya yang sakit.
Dia menoleh, "a-abang Hafiz!" tersangkut ucapan Hifza Yelda ketika menyedari gerangan yang menepuk bahunya adalah abangnya. Earphone yang disumbat ke dalam telinga ditanggalkan agar dapat mendengarkan ucapan abangnya.
Gara-gara lagu yang sengaja dipasang kuat membuatkan dia tak menyedari ada yang masuk ke dalam biliknya.
"Bahu kau kenapa?" soal Hafiz Yaslam terus terang.
"Takde apa. Okey je." tipu Hifza Yelda bersama senyum paksa menghiasi wajahnya. Hafiz Yaslam mengecilkan mata dengan pandangan dingin menikam adiknya.
"Kau nak tipu aku ke? Takkan kau gosok minyak, kau cakap takde apa." tutur Hafiz Yaslam dingin.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...