Izzar Naresh turun ke ruang tamu, dia melihat ibunya sedang mengait alas meja membuatkan dia menghampiri ibunya dan duduk di sebelah. Puan Nafisah menatap singkat bersama senyuman kepada anaknya sebelum mata kembali fokus pada benang yang dikait menjadi kain.
"Umma, Izz nak cakap sikit boleh?" Puan Nafisah kembali memandang anaknya sekilas.
"Cakap jelah. Kenapa minta izin pula?" Balas puan Nafisah. Izzar Naresh menarik nafas dalam lalu dilepas perlahan. Terasa berat untuk melepaskan apa yang sudah bermain dalam fikirannya beberapa hari ini.
"Izz nak kahwin." Ucapan itu membuatkan tindakan puan Nafisah terhenti, dia kembali menatap anaknya tidak percaya.
"Kenapa tiba-tiba nak kahwin?" soal puan Nafisah sedikit terkejut dengan kemahuan anak ketiganya.
"Izz tak nak berkawan lama-lama. Izz takut nanti Izz terlambat," balas Izzar Naresh, kalau boleh dia mahu secepatnya separuh jiwanya lengkap diisi dengan kekasih hatinya. Dia takut jika dia lambat, dia akan menyesal di kemudian hari.
"Izz nak kahwin dengan siapa?"
"Dengan Hifza."
Bulat mata puan Nafisah, "Hifza? Dia muda lagi kan? Kenapa Izz tak tunggu je lagi beberapa tahun?" Soal Puan Nafisah bertambah terkejut ketika mengetahui siapa gadis yang mahu dinikahi anak lelakinya.
Bagi puan Nafisah, Hifza Yelda terlalu muda untuk anak lelakinya yang kini berusia 23 tahun. Meskipun jarak bukanlah masalah utama tapi untuk gadis muda seperti Hifza Yelda sepatutnya menyibukkan diri dengan pelajaran dan cita-citanya. Bukan menghabiskan waktu menjadi seorang isteri atau bahkan seorang ibu muda.
Perjalanan gadis itu terlalu panjang untuk menjadi seorang isteri dan ibu. Puan Nafisah cuma tidak mahu gadis itu menyesal di kemudian hari kerana tiada lagi hari seronok kerana dia akan dibebani dengan tanggungjawab yang berat.
"Izz bukan tak boleh tunggu, umma. Tapi hati ni, Izz rasa tak sedap hati. Izz rasa, Izz nak Hifza secepatnya," balas Izzar Naresh memberitahu isi hatinya. Ada rasa yang hadir membuatkan dia ingin segera memiliki gadis itu.
"Umma takde masalah dengan siapa Izz nak kahwin, tapi Hifza terlalu muda Izz. Izz dah bincang dengan Hifza fasal benda ni?" Izzar Naresh menggeleng kepalanya.
"Belum, umma. Tu yang Izz tanya umma dulu. Nak dengar pendapat umma sebelum Izz bincang dengan Hifza," balas Izzar Naresh, pengalaman dan nasihat orang tua juga perlu sebelum membuat keputusan yang serius.
"Macam nilah. Izz istikharah dulu, fikir masak-masak sebab kahwin bukan kerja main. Apapun keputusan Izz nanti, umma sokong je," ujar puan Nafisah mahu anaknya melakukan istikharah dan meminta petunjuk dari yang mengatur takdir. Sebagai ibu, sudah semestinya dia akan menyokong selagi itu yang terbaik untuk anaknya tapi tetap sahaja risau seorang ibu pasti ada.
"Okey, nanti Izz buat istikharah. Umma pun, doakan Izz dengan Hifza ya. Lepas tu, Izz akan bincang dengan Hifza." Izzar Naresh merasa lebih semangat ketika mendapatkan sokongan daripada ibunya.
"Dah bincang nanti, bagi tahu umma. Nanti umma ajak baba, kita pergi merisik Hifza." Puan Nafisah akhirnya memutuskan untuk merisik gadis itu dahulu jika anaknya sudah siap melanjutkan hubungan yang lebih serius.
Rumah Terakhir
"Hifza," sapa Nurul Amanda yang baru tiba bersama Aiman Kamal.
Mereka berjanji untuk bertemu di sebuah kafe berdekatan rumah Hifza Yelda. Ada mahunya gadis itu mengajak dua kawan baiknya untuk bertemu. Nurul Amanda dan Aiman Kamal melabuh punggung pada tempat masing-masing. Nurul Amanda di sebelah Hifz Yelda.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...