Hafiz Yaslam baru sahaja pulang dari kerja shift malam. Dia menapak masuk ke dalam rumah dan melihat bapanya yang tadi sedang menonton televisyen, tiba-tiba sahaja berlalu pergi ke arah bilik seakan ingin melarikan diri daripadanya.
"Papa nak pergi mana?" sengaja Hafiz Yaslam menyoal.
"Aku nak pergi bilik, itu pun kau nak tanya." balas Encik Hafizzudin dingin, dia ingin segera melarikan diri kerana tahu apa yang bakal terjadi dan dia pasti anak lelakinya sudah tahu apa yang terjadi di dalam rumah siang tadi.
"Papa buat apa dekat Hifza?" soalan kali ini membuatkan langkah Encik Hafizzudin terhenti.
"Aku buat apa? Aku tak buat apa-apa pun dekat dia. Kau jangan nak tuduh aku bukan-bukan." balas Encik Hafizzudin dingin seakan dia tertuduh melakukan sesuatu kepada anak perempuannya. Meskipun Encik Hafizzudin menyembunyikan hal sebenar, Hafiz Yaslam tahu semua yang terjadi kepada adiknya adalah angkara bapanya.
"Tak payah lah papa tipu. Takkan kepala Hifza boleh luka sendiri. Tu kerja papa kan?"
"Kau jangan nak tuduh aku, Hafiz! Buatnya dia jatuh ke apa, kau tuduh aku pula." marah Encik Hafizzudin seakan benar dia dituduh bahkan seakan tak memiliki salah. Dia merasakan dirinya difitnah pula saat ini.
"Papa ingat Hafiz bodoh ke? Luka jatuh tak macam tu lah papa." ucap Hafiz Yaslam sudah merasa semakin panas dengan bapanya.
"Kau tak payah masuk campur lah, dia memang patut dapat benda tu. Siapa suruh buat aku sakit hati." balas Encik Hafizzudin kemudian mengorak langkah ingin masuk ke dalam bilik kerana tak tahan bertekak dengan anak lelakinya.
"Eh, orang tua! Aku masuk campur sebab dia adik aku lah. Kau tu bapa tapi bodoh!" umpatan Hafiz Yaslam membuatkan bapanya semakin panas.
"Kurang ajar!" jerit Encik Hafizzudin lalu berjalan mendekati anak lelakinya dan melepaskan satu tumbukan tepat pada wajah Hafiz Yaslam. Darah pekat terasa pada hujung bibir Hafiz Yaslam. Baru sahaja dia ingin melepaskan tumbukan kepada bapanya tapi seketika terhenti.
"Hafiz!" jerit Puan Yasmin yang terkejut melihat anak lelakinya.
"Papa salah sekali pun, Hafiz tak boleh kurang ajar." tegur Puan Yasmin tidak mahu anaknya kurang ajar. Bagaimana pun, Encik Hafizzudin merupakan bapanya.
"Orang tua ni tak patut dihormati lah, mama." balas Hafiz Yaslam, terlihat jelas dadanya berombak menahan api amarah yang terbit dalam dirinya.
"Hifza tak minta abang marah papa." suara gadis kecil itu membuatkan semua menoleh ke arah bilik pemilik suara tersebut. Encik Hafizzudin tersenyum seakan dia menang dalam pertarungan. Hafiz Yaslam mula sakit hati ketika melihat senyum senget bapanya. Dadanya bagai dibakar saat ini.
"Aku pertahankan kau supaya papa tak usik kau lagi." ucap Hafiz Yaslam tidak puas hati.
"Abang rasa papa takkan buat lagi? Abang rasa berbaloi ke abang marah papa? Hifza rasa tak berbaloi pun sebab sakit yang Hifza rasa tak sembuh pun. Hifza lagi sakit, bila Hifza dengar abang dengan papa bergaduh." jujur Hifza Yelda dengan linangan air mata.
Dia tidak suka akan suasana rumah yang tidak ramah. Sememangnya, dia patut bersyukur memiliki keluarga yang lengkap. Tapi apa pantas untuk disyukuri ketika rumah miliknya tidak harmoni seperti yang sepatutnya bagi sebuah keluarga patut ada.
"Ini ke rumah yang abang nak? Rumah yang sebenarnya bukan macam ni abang, papa! Rumah sepatutnya jadi tempat paling nyaman untuk pulang. Tempat untuk berkongsi kasih sayang. Bukan macam ni." luah Hifza Yelda lagi.
Dia meluah segala isi hatinya tentang rumah yang diimpikan terjadi sejak dulu lagi. Rumah yang tenang dan damai tanpa pergaduhan. Rumah untuk pulang selepas penat melalui liku kehidupan yang diberikan oleh Tuhan. Hifza Yelda mahukan kedamaian dalam tempat tinggalnya.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Novela Juvenil"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...