"Kau jangan nak jadi isteri derhaka. Bagi duit tu dekat aku!"
"Jangan, abang! Duit ni, duit simpan saya." balas Puan Yasmin.
Hifza Yelda yang baru sahaja pulang sudah mendengarkan suara jeritan ibu bapanya dari dalam sehingga keluar rumah. Bergegas gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah keluarganya. Apa yang dilihat, bapanya sedang memegang duit sambil ditahan sang ibu.
"Papa buat apa ni?"
"Kau diam! Jangan masuk campur." marah Encik Hafizzudin.
"Macam mana Hifza tak masuk campur. Suara papa dengan mama dengar sampai luar lah!" bidas Hifza Yelda.
Dia tidak gemar dengan suara jeritan bapanya yang terdengar sehingga luar. Meskipun jiran-jiran sudah biasa mendengarkan suara pergaduhan mereka anak beranak tapi itu tetap hal yang dianggap buruk oleh Hifza Yelda.
Sesekali, dia mahu dianggap memiliki keluarga yang harmoni oleh jiran tetangga.
"Janganlah, abang!" duit yang berada di genggaman suami ditarik.
Duit itu disimpan di dalam almari sebanyak RM2,000 untuk kegunaan jika waktu terdesak. Jika berlaku hal tidak terduga, Puan Yasmin tidak perlu meminjam daripada saudara atau jiran tetangga mereka kerana sudah ada duit simpanan. Tapi kini sudah berada di genggaman Encik Hafizzudin untuk perjudian.
"Bagi duit nih!" desak Encik Hafizzudin kasar.
Dia masih mahukan duit simpanan isterinya kerana dia sudah terdesak mahukan duit. Mereka saling merebut duit tersebut kerana Puan Yasmin mahu mempertahankan haknya terhadap duit tersebut agar tidak jatuh pada tangan suaminya yang hanya menghabiskan duit untuk perkara sia-sia.
"Argh, kau ni. Tak faham ke, aku nak duit ni!" bentak Encik Hafizzudin lalu menolak tubuh isterinya sehingga jatuh tersungkur.
"Mama!" jerit Hifza Yelda.
Dia terus mendekati ibunya yang jatuh ke lantai, dia mahu membantu ibunya bangun tapi belum sempat dia mahu membantu. Puan Yasmin segera menarik tangan suaminya agar tidak pergi bersama duit simpanannya.
"Sudah lah tu, papa. Ni duit mama. Papa takde hak dekat duit ni." ucap Hifza Yelda yang turut membantu ibunya.
Pang!
Kepala Hifza Yelda terhantuk pada dinding ketika satu tamparan melekat pada wajahnya.
"Abang!" jerit Puan Yasmin yang terkejut dengan tindakan suaminya.
"Aku dah cakap, jangan masuk campur! Kau degil!" tengking Encik Hafizzudin.
"Abang nak pukul, pukul saya! Tapi jangan Hifza, abang." ucap Puan Yasmin yang tidak sanggup melihat anak perempuannya dikasari. Puan Yasmin pasrah jika suaminya mahu mengambil duit tersebut tapi jangan menyentuh anak perempuannya.
Encik Hafizzudin melangkah mahu meninggalkan isteri dan anaknya tapi Hifza Yelda yang tidak mahu melihat hak ibunya diambil oleh bapanya. Pantas gadis itu menahan bapanya. Sekuat tenaga dia menahan agar bapanya tidak pergi bersama duit simpanan ibunya.
"Ni duit mama, maksudnya duit mama! Papa takde hak lah!" suara gadis itu naik seoktaf.
Hifza Yelda menarik duit yang berada di genggaman bapanya tapi tetap sahaja tidak mampu melawan kekuatan genggaman Encik Hafizzudin.
"Kau jangan masuk campur, kalau kau tak nak sakit Hifza." bapanya memberi amaran tapi itu tidak membuat Hifza Yelda takut.
"Sudahlah, Hifza. Mama tak nak Hifza kena pukul." pujuk Puan Yasmin agar anaknya mengalah.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...