Sambut Bersama .41

1.9K 188 5
                                    

Suasana ruang tamu menjadi hening, Hifza Yelda masih gelisah ketika fikirannya teringat kepada keluargnya. Wajah bengis bapanya bermain dalam fikiran membuatkan semakin takut tapi dia sudah terlanjur setuju. Tak mungkin dia menarik balik ucapannya tadi.

"Ni, guna telefon abang. Call mama bagi tahu Hifza balik lambat, makan dekat rumah kawan." tutur Izzar Naresh sembari menghulur telefon pintarnya kepada Hifza Yelda.

Dia tahu hati gadis itu sedang gelisah dan risau membuatkan Izzar Naresh menyuruh Hifza Yelda menghubungi ibunya, memberitahu dia akan pulang lambat hari ini agar ibu gadis itu tidak khuatir bahkan si bapa juga tidak memarahi dirinya kerana sudah memberitahu dari awal keberadaannya.

Hifza Yelda angkat kepala menatap Izzar Naresh dengan linangan air mata, "Hifza takut, abang Izz."

"Kalau Hifza bagi tahu, takdelah mama dengan papa marah. Call mama sekarang, bagi tahu." perlahan tangan naik menyambut huluran Izzar Naresh. Hifza Yelda membuat panggilan memberitahu ibunya kalau dia akan pulang lewat hari ini. Izzar Naresh hanya menanti dengan sabar di sebelah gadis itu.

"Dah? Mama bagi kan?" soal Izzar Naresh selepas Hifza Yelda mematikan panggilan.

"Bagi. Ni telefon abang Izz." balas Hifza Yelda lalu memberi semula telefon milik Izzar Naresh.

"Dah, jangan risau. Relax je. Lepas makan, abang hantar Hifza balik." ucap Izzar Naresh kemudian dia bermain dengan anak saudaranya. Iman Aifil satu-satunya anak saudara yang Izzar Naresh ada membuatkan mereka sangat rapat.

"Abang Izz, Hifza pergi tolong umma lah. Segan pula Hifza makan tapi tak tolong." ujar gadis itu mula merasa bosan, bahkan merasa tidak selesa ketika hanya duduk menunggu makan dihidangkan untuk dirinya.

"Eh, takpelah. Umma boleh masak sorang. Lagi pun, ada mak Esah boleh tolong umma."

"Takpe, Hifza tolong sikit-sikit je. Kalau duduk je, bosan." balas Hifza Yelda, dia malah lebih gelisah jika diam tidak melakukan apa-apa. Fikirannya akan lebih bekerja dan merisaukan keadaan yang tak berlaku lagi dalam hidupnya. Jadi, lebih baik dia membuat sesuatu agar fikirannya tidak terganggu dan dapat melupakan gelisahnya seketika.

"Ikut Hifza lah. Dapur dekat sana." ujar Izzar Naresh sambil menunjuk ke arah dapur.

Hifza Yelda berlalu ke dapur, dia melihat puan Nafisah sudah mula memasak. "Ada apa-apa Hifza boleh tolong ke?" Tegur Hifza Yelda membuatkan puan Nafisah menoleh ke arahnya.

"Ya Allah, kenapa tak duduk depan je?"

"Seganlah, umma. Tu Hifza datang nak tolong apa yang patut." balas Hifza Yelda.

"Ish, Hifza ni. Nak segan apa pula. Takpe, Hifza teman umma masak je." ujar puan Nafisah. Hifza Yelda melipat hujung baju kurung sekolahnya sambil berjalan mendekati ibu Izzar Naresh.

Ketika puan Nafisah sibuk memasukkan bahan ke dalam kuali, Hifza Yelda bantu dengan mengacau bahan-bahan tersebut.

"Maaflah, umma tanya. Macam mana Hifza boleh kenal dengan anak umma?" soal puan Nafisah memecah kesunyian yang tercipta, bahkan dia mahu mencipta dekat agar Hifza Yelda selesa berada dekat dengannya. Bahkan berharap hubungannya akan semakin erat dengan gadis yang dibawa anak lelakinya.

"Awalnya jumpa dalam bas, lepas tu kerap jumpa abang Izz dekat taman. Abang Izz banyak tolong Hifza sebenarnya. Sejak tu makin rapat." balas Hifza Yelda menceritakan sedikit tentang pertemuan dirinya dengan Izzar Naresh.

"Sebenarnya bila Izz bawa Hifza datang rumah. Umma pelik tau." ucapan puan Nafisah membuatkan dahi Hifza Yelda berlapis.

"Kenapa umma pelik?" soal Hifza Yelda, kini mereka seperti sudah rapat dan semakin selesa.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now