Dia Gadis Sombong .5

3.6K 305 23
                                    

Beg sekolah digalas pada bahu kemudian menyusun langkah ke arah dapur untuk meneguk secawan air masak demi menghilangkan haus tekaknya. "Nak pergi mana?" soal Puan Yasmin yang baru sahaja menapak masuk ke dapur.

"Hm, mama." Hifza Yelda menyelesaikan minum sehingga selesai kemudian membasuh cawan yang dipakai tersebut.

"Hifza nak keluar kejap."

"Pergi mana? Kerja sekolah dah siap belum?" soal Puan Yasmin.

"Hifza nak pergi taman kejap lepas balik Hifza siapkan kerja sekolah ya. Boleh ya mama ku yang cantik." bodek Hifza Yelda agar diizinkan keluar.

"Hm, yalah. Tapi jangan balik lambat, nanti papa bising."

"Baik, captain. Menurut perintah." balas Hifza Yelda seperti gaya tentera. Tak lupa tangannya diletakkan pada dahi persis seorang askar menerima arahan ketuanya.

"Bye, mama. Hifza pergi kejap tau." ucap gadis itu kemudian mengucup pipi ibunya singkat sebelum keluar dari rumah.

Hifza Yelda hanya berjalan kaki memandangkan taman permainan tersebut tidaklah jauh dari rumahnya. Tidak mengambil masa lama, sepuluh minit perjalanan. Hifza Yelda sampai di taman permainan tersebut.

Gadis itu melabuh punggung pada sebuah bangku simen yang biasa menjadi tempat gadis itu duduk setiap kali ke situ. Beg sekolah yang digalas tadi, dilepaskan lalu membawa keluar sebuah buku dengan kulit berwarna hijau.

Hifza Yelda begitu sentimental sehinggakan setiap peralatan yang digunakan tak lepas dengan warna hijau. Entah apa yang membuatkan dia gemar dengan warna tersebut bagai tak memiliki warna lain sebagai warna yang menghiasi dirinya.

Matanya melihat persekitaran taman permainan, "apa nak lukis ni?" Fikir gadis itu mencari idea untuk melukis.

"Comel." bergumam Hifza Yelda ketika melihat seorang budak kecil sedang bermain.

Kaki dinaikkan ke atas bangku dan bersila di atasnya. Buku lukisan diletakkan di atas ribanya sebagai alas untuk dia melukis. Hifza Yelda sentiasa melampiaskan perasaannya pada buku lukisan tersebut, membuatkan buku itu sentiasa di bawa ke mana sahaja.

Hifza Yelda membuat keputusan untuk memotret budak kecil itu pada buku lukisannya. Hujung bibirnya terjungkit indah ketika tingkah comel budak kecil itu berjaya mencuit hatinya.

Inilah antara sebab kenapa Hifza Yelda lebih betah di luar berbanding duduk di dalam rumahnya.

Lincah sahaja tangannya bergerak melakar pemandangan yang terhidang di depan matanya. Fikiran yang tadi di bawa dengan isi yang penuh serabut, kini menjadi kosong ketika tangan mula bergerak mengisi lembaran buku lukisannya.

Ini juga alasan kenapa Hifza Yelda sering membuang waktu dengan melukis jika ada waktu terluang.

"Hm, cemburunya." gumam gadis itu lagi kali ini ketika melihat budak kecil itu berlari ke arah bapanya kemudian masuk ke dalam pelukan si bapa. Budak kecil itu didukung kemudian bapanya berpusing bersama gelak tawa si anak. Mereka terlihat bahagia.

Senyuman dipaksa mekar pada wajahnya. Tangannya masih ralit menyiapkan lukisan meskipun hati sudah cemburu. Setengah jam berlalu, lukisan sudah separuh siap hanya perlu ditambah sedikit lakaran maka jadilah sebuah lukisan.

Tapi, itu nanti dia akan sambung di rumah. Hifza Yelda mengangkat buku lukisan itu ke udara untuk melihat hasil penuh lukisan tersebut.

Rumah Terakhir

Izzar Naresh berhenti di perhentian bas di mana menjadi tempat perpisahan yang terjadi antara dirinya dengan gadis yang bermain dalam fikirannya beberapa hari ini. Dia membuat keputusan untuk bertemu gadis itu empat mata agar fikirannya tidak lagi diganggu rasa bersalah dengan ucapannya tempoh hari.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now