Siapa Dia? .20

2.3K 220 10
                                    

Langkah malas diatur masuk ke dalam rumah, Hifza Yelda melihat abangnya sudah berada di rumah sedang menonton televisyen. Dia hanya menunduk menyembunyikan wajah sembab kerana menangis tadi.

"Lambat balik. Pergi mana?' soal Hafiz Yaslam, matanya hanya melekat pada layar televisyen.

"Extra class." balas Hifza Yelda singkat, kakinya masih melangkah menuju ke arah bilik.

"Extra class? Pakai baju macam tu pergi sekolah? Kau betul ke ada extra class?" pertanyaan Hafiz Yaslam kali ini membuatkan langkah Hifza Yelda terhenti, dia terlupa dengan pakaiannya. Hafiz Yaslam menoleh ke belakang menatap belakang badan adiknya sembari menanti jawapan.

Hifza Yelda menelan air liurnya terasa kelat, dia memejamkan matanya beberapa saat untuk mengumpul kekuatan.

"Ouh, ni Hifza balik rumah kejap tadi. Tukar baju, lepas tu datang sekolah balik." bohong Hifza Yelda.

"Banyak duit kau nak bayar tambang."

"Hifza ada simpan duit sikit. Hifza guna duit tabung lah tadi." balas Hifza Yelda, dia ketawa pelan menutup gelisah.

"Kalau macam tu, takpe lah. Pergilah rehat, mandi. Kejap lagi makan malam sama-sama."

"Okey, abang Hafiz." laju Hifza Yelda melangkah masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Dia bersandar pada pintu lalu mengurut dada ketika rahsianya tidak pecah. Dia sangka abangnya akan balik lambat, ternyata Hafiz Yaslam sudah tiba di rumah sebelum dirinya pulang.

Rumah Terakhir

Suasana meja makan hening, tiada seorang pun bersuara mahu menceritakan hari mereka hari ini. Bahkan rasa canggung yang dirasai Hifza Yelda ketika hari ini, pertama kalinya dia makan bersama setelah beberapa kali cuba mengelak untuk makan semeja.

"Macam mana exam kau hari ni?" soal encik Hafizzudin memecah kesunyian dengan menyoal anak perempuannya,

"Okey." sepatah sahaja balasan Hifza Yelda.

"Okey je? Kau buat betul-betul tak? Kau jangan malukan aku dengan sepupu-sepupu kau tu. Pastikan dapat straight A sebab aku nak kau belajar dekat Amerika."

Baru sahaja Hifza Yelda mahu makan dengan tenang, bapanya sudah buat hal.

"Hifza tak nak belajar dekat luar negara. Kita ni dah tak kaya macam dulu." balas Hifza Yelda tidak setuju untuk dihantar belajar sehingga ke negara mat saleh.

"Duit aku boleh cari. Abang dengan mama kau pun kerja. Apa yang kau risaukan?" nada encik Hafizzudin mula berubah.

"Duit haram papa, buat Hifza sambung belajar?" sinis soalan Hifza Yelda mengundang amarah bapanya seperti api disimbah minyak petrol.

"Kau memang saja buat aku angin, kan?"

"Makanlah dulu. Depan rezeki pun nak bergaduh. Nanti-nanti jelah bincang." sampuk Hafiz Yaslam ketika melihat situasi bapa dan adiknya menjadi tegang. Cepat-cepat dia menghentikan pergaduhan dua beranak itu sebelum menjadi lebih teruk. Puan Yasmin hanya melepaskan nafas keluh melihat pertengkaran anak dan suaminya.

"Hifza dah kenyang." ujar Hifza Yelda sambil bangun membawa pinggan menuju singki.

Rumah Terakhir

Egois sekali dirimu,
Kau terkangkang lena di tempat tidur mu,
Aku di sini bersengkang mata
mahu memenuhi impian mu.

Impian mu! Bukan aku!

[Rumah Terakhir - Hifza Yelda]

"Kau buat apa ni? Bangun! Bangun!" kejut encik Hafizzudin sambil mengetuk meja belajar anak perempuannya.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now