Perkenalan .21

2.2K 217 10
                                    

Dua gadis sudah berdiri di luar pagar sekolah, Nurul Amanda menunggu bapanya manakala Hifza Yelda menunggu bas awam yang akan berhenti di sekolahnya. Dari kejauhan, Nurul Amanda sudah melihat sebuah kereta Myvi kuning. Dia seperti kenal Myvi tersebut.

"Hifza, tu." Nurul Amanda menjuih bibir ke arah kereta Myvi yang semakin mendekat.

"Kau jangan cakap dia datang nak ambil kau." sambung Nurul Amanda. Hifza Yelda hanya angkat bahu sebagai jawapan.

"Untuk pastikan, aku pergi jumpa dia kejap." balas Hifza Yelda kemudian berjalan ke arah kereta milik Izzar Naresh yang kini berhenti di tempat biasa. Hifza Yelda mengetuk tingkap agar Izzar Naresh menurunkan tingkap keretanya.

"Kenapa tak masuk?" soal Izzar Naresh.

"Kenapa datang ambil saya lagi? Kan saya kata jangan datang. Awak tak sibuk ke?" soalan kembali dibalas dengan soalan. Hifza Yelda terlihat tegas, tiada mood mahu melayan Izzar Naresh dengan baik.

"Tak sibuk lah. Kan saya baru balik kerja ni. Jom lah naik, saya hantar Hifza balik."

"Saya tak nak. Saya balik naik bas je." balas Hifza Yelda menolak niat baik Izzar Naresh.

"Hifza! Hifza!" panggil Izzar Naresh ketika Hifza Yelda membalik badan mahu meninggalkan dirinya. Gadis itu kembali membalik badan ke arah Izzar Naresh.

"Awak nak apa lagi?" soal Hifza Yelda dingin.

"Saya hantar Hifza balik lah. Tak baik tau buat orang kecil hati. Saya datang dengan niat baik tau." rayu Izzar Naresh berharap Tuhan melembutkan hati Hifza Yelda. Nafas berat dilepaskan, akhirnya Hifza Yelda memutuskan untuk masuk ke dalam kereta Izzar Naresh membuatkan lelaki itu tersenyum penuh kemenangan.

Terbeliak mata Nurul Amanda ketika melihat kawan baiknya masuk ke dalam kereta Izzar Naresh tanpa memberitahu dirinya terlebih dahulu. Dia hanya melihat sahaja kereta kuning itu berlalu pergi begitu sahaja.

"Hifza balik dengan lelaki tu lagi?" tegur Aiman Kamal yang baru tiba dengan motosikalnya. Nurul Amanda hanya mampu angkat bahu.

Sepanjang perjalanan Hifza Yelda hanya diam sambil bersandar pada kerusi lalu membuang pandangan ke arah luar. Izzar Naresh curi lihat ke arah gadis itu sekilas ketika tiada bicara yang keluar daripada Hifza Yelda.

"Hifza ada nak pergi mana-mana?" soal Izzar Naresh mula berbicara mahu membuang jarak yang tercipta.

"Tak." sepatah sahaja balasan Hifza Yelda.

"Hifza okey?" soal Izzar Naresh lagi, dia hanya tak mahu merasa ada jarak antara dirinya dengan Hifza Yelda.

"Hm." gadis itu hanya bergumam, beg sekolah dipeluk erat. Sepertinya dia tiada mood untuk diajak berbicara. Izzar Naresh kembali melihat ke arah Hifza Yelda, dia tidak menyukai suasana yang terasa kekok tercipta.

"Ada apa-apa nak cerita tak dekat saya?" soal Izzar Naresh lagi.

"Takde. Saya okey. Saya takde masalah. Jadi, jangan risau ya." baru kali ini ucapan balas Hifza Yelda pandang. Tiba-tiba Hifza Yelda membalik badan ke arah Izzar Naresh.

"Saya nak tanya boleh?" soal Hifza Yelda pula kerana tidak mahu Izzar Naresh terus menyoal keadaan dirinya lagi. Dia tidak menyukai orang yang bertanya tentang dirinya berkali-kali.

"Boleh, tanyalah. Apa dia?" Izzar Naresh mengukir senyum tipis ketika akhirnya Hifza Yelda mahu diajak berborak.

"Awak pernah bagi tahu nama awak kan? Nama awak apa? Saya tak ingat." soalan Hifza Yelda membuatkan Izzar Naresh memandang gadis itu tidak percaya. "Pandang depan lah." tegur Hifza Yelda ketika Izzar Naresh memandangnya lama.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now