Wajah Hifza Yelda berubah pucat lesu ketika melihat abangnya semakin hampir. Tangan masih disembunyikan di belakang tubuhnya, dia hanya menatap ibunya yang cuba menghalang abangnya agar tak menghampiri. Jika Hafiz Yaslam melihat luka yang ada pada tapak tangan adiknya, mengamuk besar dibuatnya meskipun luka tersebut bukan gara-gara bapanya.
Hifza Yelda terluka kerana menyelamatkan ibunya dari terkena serpihan yang berada di lantai.
"Sini tangan kau." ucap Hafiz Yaslam sembari cuba menarik tangan adiknya, Hifza Yelda cuba mengelak agar abangnya tidak menarik tangannya.
"Sini! Kau jangan degil boleh tak?!" bentak Hafiz Yaslam ketika adiknya masih berkeras mahu menyembunyikan tangannya.
"Hafiz-"
"Ni apa, Hifza?!" amarah Hafiz Yaslam bagai disimbah api ketika melihat darah masih mengalir dari luka yang ada pada tapak tangan adiknya.
"Bukan papa yang buat. Ni-'
"Jadi, papa lah punya angkara? Apa yang kau buat sampai dia marah macam ni?" potong Hafiz Yaslam terus bertanya tentang kesalahan yang dilakukan adiknya sehingga menimbulkan amarah bapa mereka.
"Papa tak salah. Ni cawan pecah." balas Hifza Yelda tidak mahu menyalahkan bapanya.
"Ssst. Argh!" mengaduh sakit Hifza Yelda ketika Hafiz Yaslam menyentuh dahinya yang lebam.
"Papa tak salah? Ni apa Hifza? Kenapa dahi kau lebam? Aku tahu, ni mesti orang tua tu punya kerja!" Hifza Yelda sendiri tidak menyedari dahinya lebam akibat dibaling cawan ke arahnya tadi. Ternyata Hafiz Yaslam menyedarinya terlebih dahulu.
"PAPA!" jerit Hafiz Yaslam sambil berjalan keluar dari bilik adiknya.
"Abang! Jangan, abang!" tahan Hifza Yelda, puan Yasmin mengejar anak lelakinya dan menarik tangan Hafiz Yaslam agar tidak masuk ke dalam bilik tidurnya bersama suami.
"Hafiz! Hafiz! Sudahlah!" tahan puan Yasmin, Hifza Yelda mendekati turut menahan tubuh abangnya.
"Tepi! Hafiz tak nak kasar dekat mama dengan Hifza. Baik mama dengan Hifza tepi." Hafiz Yaslam memberi amaran agar nanti ketika marahnya memuncak, dia tidak mengasari ibu atau adik perempuannya. Hifza Yelda masih berdegil, dia malah memeluk abangnya dari belakang.
"Please, abang..." rayu Hifza Yelda.
Hafiz Yaslam membiarkan ibu dan adiknya berpaut seperti koala, dia tetap menapak masuk ke dalam bilik. Encik Hafizzudin yang sedang bermain telefon sambil berbaring, angkat kepala menatap pelik ke arah isteri dan anak-anaknya.
"Apahal ni?" soal encik Hafizzudin.
Kolar baju bapanya dicengkam lalu Hafiz Yaslam menarik bapanya bangun dari berbaring. "Apahal kau tarik-tarik aku ni?" soal encik Hafizzudin yang tidak faham dengan tindakan anak lelakinya.
"Hafiz! Bawa bertenang, Hafiz!" pujuk puan Yasmin, dia cuba meleraikan cengkaman anak lelakinya.
Bugh!
"Ya Allah, abang!!!" marah Hifza Yelda ketika melihat bapanya ditumbuk sehingga jatuh ke atas katil. Tangan abangnya ditahan meskipun dia gerun melihat dada abangnya berombak, wajah yang dingin dengan mata memerah.
Hafiz Yaslam betul-betul terlihat seperti dirasuk.
Puan Yasmin pula mendekati suaminya mahu membantu untuk bangun tapi malah suaminya menepis, "tepilah!" Bentak encik Hafizzudin membuatkan isterinya menjarak.
"Apahal kau tumbuk aku? Aku bapa kau!"
"Bapa? Baru sekarang nak mengaku bapa? Kau kalau berani naik tangan lagi lepas ni, aku takkan teragak-agak report kau dekat polis lah! Walaupun kau bapa aku!" suara Hafiz Yaslam naik seoktaf, sama naik dengan nada bapanya.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...