Kepala didonggakkan ke atas melihat ikan-ikan yang melintasi di atas kepalanya. Hifza Yelda begitu teruja melihat ikan-ikan yang ada di aquaria tersebut. Dia sudah seperti anak-anak kecil yang baru pertama kali melihat ikan. Izzar Naresh pula hanya menikmati pemandangan indah yang ada dekat Hifza Yelda.
Persekitaran sudah tiada apa-apa bagi dirinya saat ini. Hanya Hifza Yelda pusat pemandangannya.
"Abang Izz, besarnya ikan pari tu." ucap Hifza Yelda sambil menunjukkan ke arah ikan yang dimaksudkan, Izzar Naresh hanya memandang sekilas kemudian kembali menatap wajah ceria milik Hifza Yelda.
"Jom, kita tengok binatang laut yang lain pula." ajak Izzar Naresh sambil menarik hujung lengan baju Hifza Yelda untuk melihat bintang yang ada di situ.
Selepas menikmati ikan di aquaria, Izzar Naresh membawa Hifza Yelda menuju science centre menghabiskan waktu di sana pula kemudian Izzar Naresh membawa Hifza Yelda makan di restoran yang terdekat di area situ.
"Abang Izz, bila kita nak balik? Kaki Hifza dah sakit sebab asyik berjalan je." adu Hifza Yelda sambil memicit kakinya.
"Lepas makan kita balik ya." balas Izzar Naresh, dia juga kasihan melihat Hifza Yelda yang sudah kepenatan walaupun dia masih mahu berduaan dengan gadis itu menikmati masa mereka berdua kerana untuk keluar meluang masa bersama mencipta kenangan seperti ini. Mungkin ini yang terakhir.
Rumah Terakhir
Sudah penat mengeliling Kuala Lumpur, kini masanya untuk mereka pulang sebelum waktu beranjak pukul lima seperti rancangan Izzar Naresh untuk menghantar gadis itu pulang tepat waktu agar tida tertangkap.
"Abang Izz nak duduk? Kalau abang Izz lenguh, abang Izz duduk jelah. Hifza berdiri." tegur Hifza Yelda merasa kasihan melihat Izzar Naresh terpaksa berdiri kerana orang terlalu ramai. Nasib ketika masuk tadi, sempat Izzar Naresh mengambil tempat untuk Hifza Yelda duduk di sana.
"Takpe, abang boleh berdiri. Hifza duduk je." balas Izzar Naresh masih mampu berdiri.
Izzar Naresh tiba-tiba duduk berlutut di hadapan Hifza Yelda membuatkan gadis itu sedikit terkejut. "Kenapa abang Izz duduk macam ni? Kalau abang Izz lenguh cakap jelah. Hifza bagi tempat duduk." Ujar Hifza Yelda risau Izzar Naresh sudah tak mampu untuk berdiri lagi.
"Hifza." panggil Izzar Naresh membuatkan Hifza Yelda menatapnya.
"Abang tahu, abang orang asing, orang luar dari kehidupan Hifza, tapi abang akan usaha untuk selalu ada dengan Hifza. Abang akan selalu cuba buat Hifza bahagia. Ini janji abang dekat Hifza." ucapan Izzar Naresh membuatkan Hifza Yelda keliru, dia menoleh ke kiri dan kanan sebelum kembali menatap Izzar Naresh.
"Abang Izz cakap apa ni? Macam tiba-tiba je."
"Tolong cari abang bila Hifza rasa nak ketawa, nak bahagia, nak mengadu atau nak menangis sekalipun. Cari abang dalam suka dan duka Hifza." Hifza Yelda menatap dalam ke arah mata redup milik Izzar Naresh, mencari ketulusan lelaki itu.
"Abang nak jadi orang pertama yang Hifza cari. Apa sahaja yang Hifza nak buat lepas ni, yang Hifza tak pernah buat. Biar abang jadi orang pertama. Abang tak kesah walaupun Hifza datang untuk menangis sekalipun. Abang akan datang kepada Hifza kalau Hifza nak."
"Bangunlah, abang Izz. Orang tengoklah." pinta Hifza Yelda mahu Izzar Naresh segera bangun ketika mata-mata mula melihat ke arah mereka.
"Janji dengan abang, jangan pura-pura kuat. Abang nak Hifza jadi diri Hifza depan abang tanpa lakonan. The real you. Boleh?" Izzar Naresh masih di posisi yang sama, duduk melutut di hadapan Hifza Yelda.
"Ya, Hifza janji. Sekarang abang Izz bangun dulu." ucap Hifza Yelda hanya mahu Izzar Naresh berdiri kembali.
Izzar Naresh akur dengan ucapan Hifza Yelda, dia kembali berdiri agar tak membuat mata-mata tertumpu ke arahnya. Hifza Yelda terus menunduk ketika urat malunya menebal, darah seakan naik ke muka membuatkan dia merasa malu bahkan seperti masih ada mata yang menatap ke arahnya.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Novela Juvenil"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...