Tarikh pembicaraan sudah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Hafiz Yaslam, Izzar Naresh bahkan Aiman Kamal dan Nurul Amanda turut berada di sana untuk kes pembicaraan bapa kawan baik mereka, Hifza Yelda. Dua jejaka tampak tenang memasuki ruang bicara, berbeza pula dengan Aiman Kamal dan Nurul Amanda yang terlihat gugup pada riak wajah mereka.
"Abang tak paksa Aiman tau. Kita datang untuk bela Hifza. Jadi, kalau Aiman rasa tak sanggup, takpe. Nanti abang uruskan semua." bisik Izzar Naresh kepada Aiman Kamal yang diminta untuk menjadi salah seorang saksi.
Aiman Kamal mengangguk, "takpe, saya boleh buat. Demi Hifza." Balas Aiman Kamal, jemarinya digenggam, memberi semangat kepada dirinya sendiri.
Hafiz Yaslam melirik ke arah ibunya yang berada di sebelah kiri bahagian lawan bicara. Ibunya turut mengupah peguam untuk menyelamatkan bapanya agar tidak disumbat ke dalam penjara. Puan Yasmin tidak peduli membela orang yang salah, asalkan suaminya tidak meninggalkan dirinya dengan nama buruk yang memalukan.
"Kau okey ke, Hafiz?" tegur Izzar Naresh ketika Hafiz Yaslam hanya diam sejak tadi.
"Aku okey." balas Hafiz Yaslam, dia menyembunyikan rasa yang bermain dalam dirinya. Mana tidak, dia saat ini sedang melawan orang tuanya sendiri demi kebahagiaan adiknya.
Entah apa nasib mereka ke depan, dia tidak mahu memikirkannya, yang dia mahu tahu. Nasib adiknya terbela, tiada lagi penyeksaan terhadap adik perempuannya yang selama ini dia tahan dan sabar kerana status dirinya merupakan seorang anak. Biarlah kali ini dia dicop anak derhaka atau tidak kenang budi, asalkan semuanya berakhir.
Hafiz Yaslam kembali menoleh ke arah ibunya, "kau masih ada masa untuk tarik semula tuduhan ni." Tutur puan Yasmin dengan gerak mulutnya tanpa suara.
"Hafiz minta maaf. Ini demi Hifza." balas Hafiz Yaslam persis ibunya. Jawapan Hafiz Yaslam membuatkan raut wajah ibunya berubah lebih dingin.
Masing-masing menoleh ketika encik Hafizzudin masuk ke dalam ruang bicara. Encik Hafizzudin menikam anaknya dingin, sudah tiada pandangan sayang seorang bapa kepada anaknya. Hafiz Yaslam hanya memandang kecewa bersama nafas kesal dilepaskan.
Izzar Naresh menepuk bahu Hafiz Yaslam, "kalau kau tak sanggup. Biar aku yang uruskan." Ucapan Izzar Naresh menerima gelengan daripada Hafiz Yaslam.
"Aku takkan berundur." balas Hafiz Yaslam tetap mahu teruskan demi adiknya meskipun dia dilema dengan status yang disandang sebagai seorang anak.
Beberapa minit kemudian, pembicaraan pun bermula. Suasana ruang bicara tegang, masing-masing serius dengan pembicaraan yang terjadi. Udara sejuk dari aircond menyapa kulit Nurul Amanda membuatkan dia menggosok tapak tangannya. Sesekali dia memandang Aiman Kamal yang duduk di hadapannya.
"Aiman Kamal Bin Amirul dengan nombor kad pengenalan xxxxxx-xx-xxxx. Betul, kamu sebagai saksi kepada Hifza Yelda binti Hafizzudin dengan kad pengenalan xxxxxx-xx-xxxx?" soal tuan hakim yang bertugas.
Aiman Kamal berdiri, "betul, tuan. Saya saksi kepada kawan baik saya, Hifza Yelda binti Hafizzudin. Saya pernah melihat sendiri kawan baik saya dipukul di hadapan mata saya ketika saya menghantar-"
"Tipu! Aku takkan sanggup pukul anak aku sendirilah!" tempik encik Hafizzudin mahu membela diri.
"Order in court!" tegas suara tuan hakim menegur. "Encik Hafizzudin, encik tidak dibenarkan membuka mulut ketika saksi sedang bicara." sambung tuan hakim tidak memberi izin kepada encik Hafizzudin untuk berbicara saat saksi sedang memberi keterangan.
"Teruskan Aiman." sambung tuan Hakim lagi meminta Aiman Kamal untuk meneruskan bicaranya.
"Terima kasih, tuan hakim. Saya menyaksikan sendiri Hifza ditampar dan dihentakkan kepalanya pada dinding beberapa kali. Ibu kepada Hifza juga turut berada di situ ketika hari kejadian, tuan hakim." ucap Aiman Kamal, dia bahkan menyebut nama puan Yasmin sebagai saksi tambahan.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...