Suasana tasik yang damai tiba-tiba berubah mengikut mood seorang gadis. Angin mula bertiup kuat, awan mula mendung seakan mahu hujan. Hifza Yelda bingkas berdiri dan menghadap ke arah Izzar Naresh yang masih duduk di atas rumput.
"Cukuplah kita berkawan biasa je, dan lepas ni Hifza tak nak jumpa abang Izz lagi." ucapan Hifza Yelda membuatkan wajah Izzar Naresh berubah. Hatinya bagai disayat ketika mendengarkan balasan daripada Hifza Yelda.
Izzar Naresh berdiri, "tapi abang ikhlas kawan dengan Hifza."
"Hifza tahu abang Izz ikhlas tapi Hifza tak boleh terima abang Izz masuk dalam kehidupan Hifza." balas Hifza Yelda.
"Tapi kenapa Hifza? Apa salah abang? Abang takde niat jahat untuk berkawan dengan Hifza dan Hifza satu-satunya kawan yang abang ada." Izzar Naresh cuba mendekati Hifza Yelda tapi pantas Hifza Yelda angkat tangan sebagai isyarat agar Izzar Naresh tidak mendekat.
"Jangan dekat dengan Hifza." pinta Hifza Yelda membuatkan langkah Izzar Naresh terhenti.
"Abang Izz takde salah. Hifza cuma tak nak abang Izz berkawan dengan Hifza." sambung Hifza Yelda, dia menunduk tak sanggup menatap wajah kecewa Izzar Naresh.
"Sebab apa? Sebab Hifza ada masalah kan? Abang tahu, Hifza tak sudi kawan dengan abang sebab masalah Hifza tu kan? Jangan tipu abang Hifza, abang dah tahu. Abang dapat rasa." ucapan Izzar Naresh membuatkan Hifza Yelda angkat kepala menatap wajah redup lelaki itu.
"Bila abang Izz cuba masuk dalam kehidupan seseorang. Abang Izz kena terima semua tentang orang tu. Bukan hanya tentang kelebihan tapi tentang semua kekurangan, kelemahan, kesakitan dan trauma gelap yang disembunyikan. Semua tu abang Izz kena terima!" ayat terakhirnya ditekan.
"Abang akan terima semua tu. Semua yang Hifza sembunyikan." ujar Izzar Naresh mahu meyakinkan Hifza Yelda.
Gadis itu malah menggeleng kepala, "saya takkan izinkan orang lain masuk dalam kehidupan saya. Saya tak nak berkongsi luka. Saya nak balik." gelaran sudah ditukar, Hifza Yelda terus berlalu ke arah kereta meninggalkan Izzar Naresh yang sedang kecewa.
Rumah Terakhir
"Pergi mana, tengah hari baru balik?" soal encik Hafizzudin, Hifza Yelda baru sahaja mahu ke bilik mandi tertunda.
"Pergi jogging. Hifza dah minta izin dekat mama tadi."
"Jogging? Dari pagi sampai tengah hari? Lamanya kau jogging? Kau rasa masuk akal ke alasan kau tu?" bertubi-tubi soalan diajukan, Hifza Yelda hanya diam. Dia sudah penat dengan bapanya yang sering mencari salahnya.
"Jawablah! Aku tanya, takkan jogging sampai tengah hari. Kau pergi mana sebenarnya?" desak encik Hafizzudin dengan suara tingginya.
"Pergi jogging lah! Susah sangat ke papa nak percaya Hifza?" bentak Hifza Yelda ketika tidak tahan dengan sikap bapanya yang sering kali meragui dirinya. Encik Hafizzudin yang terlanjur terbakar dengan nada ucapan anak perempuannya membuatkan laju dia mendekati anak perempuannya lalu menarik rambut Hifza Yelda kasar.
"Argh! Sakitlah papa!" mengaduh sakit Hifza Yelda, dia cuba meleraikan cengkaman bapanya.
"Kau tu nak spm tahun ni. Kau masih ada hati nak berseronok dekat luar? Kau sepatutnya duduk rumah belajar! Bukan berseronok tak tentu hala!" marah encik Hafizzudin, dia tidak peduli dengan keadaan anaknya sedang menahan sakit.
"Hifza cuma nak tenangkan fikiran je. Tiga minggu Hifza fokus untuk exam. Apa salahnya Hifza keluar ambil angin." balas Hifza Yelda masih berusaha melepaskan rambutnya.
"Tenangkan fikiran? Ambil angin? Kepala aku ni lagi serabut lah nak dibandingkan kau yang takde masalah tu! Kalau kau gagal spm, macam mana masa depan kau? Ha?!" jerkah encik Hafizzudin, dia tidak pernah cuba untuk memahami keadaan anak perempuannya.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...