Dia Bukan Jantan Tak Guna .42

2K 200 13
                                    

Pacuan empat roda berwarna kuning baru sahaja ingin keluar dari perkarangan rumah banglo mewah milik Ismail Adnan. Semua ahli keluarga menghantar pemergian Hifza Yelda, masing-masing melambai ke arah gadis itu. Terutama Iman Aifil yang begitu seronok melambai tangan ke arah mama Za-nya tanpa henti.

"Bye, mama Za! Nanti datang lagi tau, main dengan Aifil!" jerit Iman Aifil.

"Insya-Allah, nanti kakak datang lagi ya. Kakak balik dulu." balas Hifza Yelda tidak menggelarkan dirinya mama tapi sebagai kakak. Kekok rasanya apatah lagi ketika dia tiada hubungan dengan Izzar Naresh.

"Izz, bawa kereta elok-elok ya. Hantar Hifza dengan selamat sampai rumah." pesan puan Nafisah kepada anak lelakinya.

"Insya-Allah. Baik umma." balas Izzar Naresh kemudian memandu keluar dari perkarangan rumah keluarganya.

Tidak berhenti mereka melambai begitu juga Hifza Yelda, bahkan dia sehingga menoleh untuk melihat ahli keluarga Izzar Naresh sehingga mereka hilang dari pandangannya. Setelah itu, Hifza Yelda mengubah posisi menghadap lelaki yang sedang memandu saat ini.

"Sekarang abang Izz jawab. Kenapa abang Izz tak cakap, abang Izz daripada keluarga tengku?"

"Duduk elok-elok. Pakai tali pinggang dulu." tegur Izzar Naresh tidak selesai ketika gadis itu betul-betul menghadap dirinya, bahkan dengan seluruh badan menghadap ke arahnya dengan keadaan bersila.

"Tak nak. Abang Izz kena jawab dengan jujur dulu soalan Hifza." desak Hifza Yelda mahukan jawapan.

"Okay. Okay. Let me introduce myself again." ujar Izzar Naresh kemudian berdehem untuk membetulkan peti suaranya sebelum dia kembali memperkenalkan dirinya. Kali ini dengan dirinya yang sebenar.

"Nama abang, Tengku Izzar Naresh Bin Tengku Ismail Adnan. Dah puas?"

"Belum. Kenapa abang Izz tak cakap dari awal? Kenapa abang Izz sembunyikan identiti sebenar abang Izz? Kenapa abang Izz sanggup guna kereta Myvi buruk ni? Dan kenapa kadang-kadang abang Izz suka naik bas macam orang takde kenderaan?" bertubi-tubi bagaikan mesin gun Hifza Yelda memberi soalan kepada Izzar Naresh.

"Ya Allah, Hifza. Satu-satu lah. Abang nak jawab yang mana satu ni?"

"Jawablah semua." balas Hifza Yelda sembari berpeluk tubuh kemudian kembali membetulkan kedudukannya menghadap ke depan.

"Okey, abang sebenarnya takut nak berkenalan dengan orang baru. Tapi dengan Hifza berbeza. Abang dapat rasakan yang Hifza lain. You're special." ayat terakhir Izzar Naresh membuatkan Hifza Yelda tarik muka ke arah kirinya, melihat ke arah luar.

"Tapi fasal kereta Myvi buruk tu abang tak suka dengar. Myvi ni berjasa tau dengan abang. Hifza jangan kutuk, nanti dia merajuk tak fasal-fasal abang kena naik bas pula." sambung Izzar Naresh.

Dia tidak mahu berkenalan hanya datang sebagai persinggahan, persahabatan yang tak lama atau hubungan yang sekadar untuk mengambil kesempatan sahaja. Izzar Naresh hidup dengan dunianya sendiri sehingga dia bertemu Hifza Yelda. Awalnya dia hanya ingin tahu kehidupan gadis itu sehingga berhujung dengan cinta yang tulus.

Bahkan dia tahu gadis di sebelahnya tidak sama dengan wanita yang biasa dia temui selama ini.

"Macam mana kalau Hifza ambil kesempatan dalam hidup abang Izz?" kini Hifza Yelda kembali menoleh ke arah Izzar Naresh. Lelaki itu menatap dirinya sekilas.

"Abang yakin, Hifza takkan ambil kesempatan dekat abang."

"Tapi tu sebelum kenal abang Izz. Sekarang Hifza dah kenal keluarga abang Izz. Tak takut ke Hifza khianat Abang Izz?" soal Hifza Yelda lagi, pertanyaannya mengundang ketawa oleh Izzar Naresh.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now