Mata perlahan-lahan dibuka, hal pertama yang dilihat siling bilik yang berwarna putih. Hifza Yelda menoleh ke kirinya ketika merasakan ada seseorang di sampingnya. Ternyata Izzar Naresh sedang tertidur dalam keadaan duduk, kepala di atas katil beralaskan lengan.
"Abang Izz." kejut Hifza Yelda sambil menyentuh singkat bahu Izzar Naresh.
Lelaki itu terus terjaga, tegak dia duduk menghadap Hifza Yelda, "Hifza. Hifza okey ke?" Soal Izzar Naresh risau.
"Hifza okey." balas Hifza Yelda dengan suara masih lemah.
"Hifza minta maaf sebab dah susahkan abang Izz." sambung Hifza Yelda merasa bersalah mengganggu lelaki itu pagi-pagi dengan masalahnya tapi jika tiada Izzar Naresh mungkin dia sudah mati kerana sesak nafas.
"Tak, jangan cakap macam tu. Hifza tak menyusahkan abang pun." balas Izzar Naresh, sikit pun tak merasa terbeban. Dia malah bersyukur kerana sempat menyelamatkan gadis itu, kalau tidak. Dia mungkin kehilangan cinta hatinya.
"Keluarga Hifza tahu ke Hifza masuk hospital?" tanya Hifza Yelda.
"Ya Allah, abang panik sangat tadi sampai lupa nak call sesiapa tadi. Hifza nak call sendiri atau abang yang call? Telefon Hifza abang ada bawa." ujar Izzar Naresh sembari mengeluarkan telefon milik Hifza Yelda dari poket seluarnya.
"Abang Izz jangan bagi tahu keluarga Hifza boleh? Hifza tak nak mama dengan abang Hafiz risau."
"Hm, kalau macam tu. Abang jaga Hifza." balas Izzar Naresh membuat keputusan untuk menjaga Hifza Yelda memandangkan dia tidak bekerja hari ini. Hifza Yelda hanya mengangguk akur. Tidaklah dia sendirian di hospital.
"Pukul berapa sekarang ni, abang Izz?" soal Hifza Yelda ingin tahu waktu saat ini.
"Pukul sebelas dah. Kenapa?"
"Takde, hari ni Jumaat. Abang Izz tak nak balik siap-siap pergi solat Jumaat ke?"
"Eh, macam menghalau je." sengaja Izzar Naresh mahu berseloroh.
"Bukanlah. Hifza tak halau abang Izz pun." bukannya dianggap seloroh, Hifza Yelda malah tarik muka merajuk dengan Izzar Naresh. Garu kepala dibuatnya ketika Hifza Yelda salah tangkap dengan gurauannya. Gadis dengan emosi yang tidak stabil harus diikuti alurnya dengan sabar, harus dipujuk dan melayani dengan baik. Itu pandangan Izzar Naresh.
"Abang gurau jelah. Abang nak balik tapi Hifza takpe ke duduk sorang. Abang risaukan Hifza." Hifza Yelda kembali memandang ke arah Izzar Naresh.
"Boleh je. Lagi pun, ada nurse. Kalau nak apa-apa nanti Hifza panggil nurse je." balas Hifza Yelda. Lagi pula, apa yang nak dirisaukan atau takut dengan keadaan hospital swasta dah macam hotel. Berbeza kalau hospital kerajaan ada juga rasa getar kerana keadaan persekitaran terlihat lama dan lusuh.
"Abang balik ni, Hifza ada nak apa-apa tak? Nanti abang bawakan."
"Boleh ke? Takut menyusahkan abang Izz." Hifza Yelda merasa berat mahu menyusahkan Izzar Naresh dengan permintaannya.
"Apa dia? Cakap jelah. Abang tak rasa menyusahkan pun."
"Hifza nak telekung. Nanti nak solat takde telekung. Hifza tak kesah, abang Izz pinjam dekat surau hospital pun takpe. Boleh ke?" gadis itu merasa ragu, takut menjadi beban untuk Izzar Naresh.
"Itu je?" Hifza Yelda mengangguk.
"Okey, boleh."
"Betul ke?" soal Hifza Yelda ingin kepastian.
"Betul. Nanti abang bawakan telekung untuk Hifza." jawapan Izzar Naresh membuatkan Hifza Yelda tersenyum dengan kebaikan lelaki itu.
"Lepas solat pun takpe. Tak payah rushing."
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...