Rumah Terlalu Ramah .1

11.9K 427 15
                                    

Dingin malam menyapa kulit nipis seorang gadis yang sedang menatap lekat ke arah canvas langit yang dihiasi cahaya bintang-bintang. Semesta seakan tahu luka hatinya sehingga Tuhan memberi dirinya hadiah berupa seni indah pada langit malam.

"Cuba cari kerja, abang! Duit saya untuk kegunaan anak-anak!"

"Kau ingat aku tak usaha cari duit ke? Duit kau, duit aku juga lah! Dengan suami pun kau nak berkira."

Earphone disumbatkan ke dalam telinga ketika suara bingit orang tua menusuk secara paksa ke dalam halwa telinganya. Ia bukan lagi seni muzik indah tapi sumbang yang memekakkan telinga. Lagu bertema sendu dan sepi dimainkan bagi menutupi suara sumbang orang tuanya.

Selepas muzik dimainkan, Hifza Yelda membawa telefonnya menuju meja belajar. Dia mengambil satu buku diari yang biasa menjadi tempat meluah segala rasa sakit hatinya atau bahkan puisi yang menerjah tiba-tiba dibenak fikirannya.

Sebatang pen diambil, lalu jari-jemarinya mula bergerak menulis apa yang bermain dalam fikirannya. Dia menulis tarikh terlebih dahulu di bahagian atas buku diarinya. Setelah itu, barulah dia menulis rangkap puisi yang menerjah tanpa diminta hadir dalam fikirannya.

Dia menulis sambil bergumam, "Rumahku..."

Rumahku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rumahku

Ada suara sumbang
membenam ke telinga,
tapi ia bukan muzik biasa.
Pecah gegendang ku dengan
teriakkan bergema.
Belum izin Tuhan ia bisu
tanpa suara.

Aku sumbat sesuatu agar
tak bernanah telinga,
yang ku dengar hanya
menghancurkan segalanya.

[Rumah Terakhir - Hifza Yelda]

Selesai selesai puisi ditulis, sempat dia membaca semula sebelum menutup diarinya dan diletakkan di hujung meja. Hifza Yelda menongkat dagu sambil menatap ke arah luar tingkap di mana terbentang luas langit bersama bintang-bintangnya. Nafas ditarik begitu dalam dan dihembus panjang bagai melepaskan beban berat yang dipukul bahunya.

"Hadiah apa yang ingin Kau berikan kepada ku di masa depan? Sehinggakan beban hari ini terlalu berat." monolog Hifza Yelda.

Gadis muda yang sepatutnya hidup dalam kebahagiaan, menikmati masa mudanya dengan segala hal yang ada tapi itu tidak berlaku kepada Hifza Yelda. Gadis yang memikul banyak beban fikiran dan segala pertanyaan yang tak memiliki jawapan dari Tuhan.

"Apakah nikmat Mu sudah melewati hidup ku? Cuma aku yang tak sedar kerana kurang bersyukur." monolognya lagi.

Mata tak lagi mahu menikmati seni yang ada di canvas langit. Kaki membawa diri ke arah katil bersaiz single lalu menghempaskan tubuhnya. Kali ini, dia menatap langit-langit biliknya dengan pandangan kosong tanpa makna bahkan dengan fikiran yang melayang entah ke mana.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now