Deraian hujan yang turun membasahi bumi pada malam itu dipandang tanpa berkelip. Great. Banyak-banyak hari, hari ni juga dia nak hujan lebat seperti ini. Arisha mengeluh dalam hati sambil dia mengeluarkan telefon di dalam poket seluar jeans yang dipakai olehnya. Nafasnya ditarik sedalam yang mungkin sebelum dilepaskannya dengan berat, mengumpul kekuatan untuk meminta bantuan.
Belum sempat Arisha hendak mendail nombor Arfan untuk meminta pertolongan, dia sudah pun mendapat panggilan daripada abangnya itu. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan sebelum dia menjawab panggilan itu. "Hello," nadanya diatur sebiasa yang mungkin.
"Ari dekat mana? Majlis Yara lagi sejam nak mula."
Arisha garu kepala. "Ari dekat galeri lagi."
Kerutan terhasil pada dahi Arfan. "I thought galeri tutup pukul 6 petang?"
"Yea?" Arisha menjawab. "Actually, I'm stuck in the rain. Ari dah cuba cari Grab tapi takde. No taxi or bus as well," sambungnya sambil dia memainkan loket yang tergantung di rantainya.
"Kenapa tak bagitau awal? I can fetch you."
Arisha diam, tidak pasti hendak menjawab apa. Jika ada satu perkara yang paling tidak dia sukai, ianya ialah meminta pertolongan daripada orang lain, terutamanya daripada abang atau kakaknya kerana dia tidak mahu menyusahkan mereka. Tambahan sekarang kedua-dua abang dan kakaknya itu sudah berkahwin.
"Arisha, are you listening?"
Suara Arfan yang menyapanya membuatkannya kembali ke realiti. "Yes," jawabnya, walaupun dia tidak pasti apa yang diberitahu oleh Arfan tadi. Dia yakin abangnya itu ada menyatakan sesuatu sebentar tadi.
"Tunggu sana. Nanti Ivan ambik."
"Okay," balas Arisha tanpa berfikir.
Nanti Ivan ambik.
Setelah menamatkan panggilan dengan Arfan, suara Arfan yang memberitahunya itu kembali bergema di kepalanya. Matanya terbeliak. What do you mean by nanti Ivan ambik?
Out of so many people yang dia tidak mahu susahkan, gerangan yang bernama Ivan itu stay on top of the list. Dia lebih rela berjalan kaki, meredah hujan untuk sampai ke hotel di mana majlis perlantikan Ayyara sebagai CEO Edspired berlangsung daripada duduk di dalam satu kereta dengan jejaka yang sedingin, bahkan mengalahkan dingin Antarctica.
Ini bukan kali pertama kau duduk dalam satu kereta dengan dia, Arisha.
Suara di dalam kepalanya mengingatkannya dengan kejadian beberapa bulan yang lalu, di mana dia dipaksa oleh Rayyan dan Ayyara untuk pulang bersama dengan Ivan. Namun perjalanan yang mengambil masa hampir 30 minit itu hanya diisi dengan keheningan dan kesunyian antara mereka berdua. Tiada seorang pun di antara dia dan Ivan yang membuka mulut untuk berbual.
Kedinginan Ivan itu membuatkannya tidak senang duduk, yang membuatkannya sering berusaha untuk mengelakkan kehadiran jejaka itu. Kerana dia percaya dengan, it's always the quiet ones that are most dangerous.
Arisha menggelengkan kepalanya, cuba untuk menghilangkan semua tentang Ivan di kepalanya. Let's get this over Arisha. One ride won't hurt. Dia cuba untuk menenteramkan diri sementara menunggu jejaka itu sampai.
Telefon di tangannya kembali dibuka. Notifikasi yang menyatakan bahawa dia mempunyai 30 new followers membuatkannya membuka aplikasi Instagram. Satu-persatu akaun yang baru sahaja mengikut akaun Instagram nya itu diteliti.
10 minit kemudian, sebuah kereta berhenti di hadapannya membuatkan Arisha mengangkat wajahnya. Serentak itu, jantungnya berdegup laju bila melihat sebuah kereta yang cukup dia kenali. Bibirnya diketap. Fabrik baju yang dipakai olehnya digenggam kuat bagi menyembunyikan tangannya yang tiba-tiba menggeletar.
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...