67: my dream

41.2K 1K 32
                                    

Arisha yang duduk bersila di atas katil menoleh ke pintu bilik air yang terbuka, di mana Ivan melangkah keluar setelah selesai membersihkan dirinya. Suaminya itu lengkap dengan sweatpants dan sweatshirt yang kedua-dua berwarna hitam. Rambut Ivan yang masih basah membuatkannya teringin untuk melarikan jarinya di helaian rambut suaminya itu.

"Ivan."

Ivan yang baru sahaja meletakkan tuala di atas kerusi menoleh pada isterinya. Arisha lengkap dengan memakai hoodie yang dipilih olehnya tadi dan juga seluar panjang. Kakinya membuka langkah untuk merapati isterinya dan punggungnya dilabuhkan di birai katil. Tangannya diangkat pada dahi Arisha, risau jika isterinya dilanda demam. "Kau dah makan belum?" soalnya setelah memastikan suhu badan gadis itu sama dengan suhu badannya.

Arisha geleng.

Ivan bangkit untuk mengambil beg kertas yang berisi dengan makanan. Diletakkannya di atas katil, di antaranya dan Arisha. Sebungkus roti diambil dan dikoyaknya pembalut roti tersebut sebelum diberikan kepada Arisha. "Makan ni."

Arisha hanya menyambut. Digigitnya sedikit sambil dia masih melihat Ivan yang kemudiannya membuka lagi satu bungkus roti untuk dirinya sendiri. Buat beberapa ketika, mereka hanya diam.

"Ivan.."

"Kau.."

Serentak mereka bersuara membuatkan mereka saling berpandangan. Ivan menjongketkan keningnya. "Kau nak cakap apa?" soalnya.

Arisha geleng. "Awak nak cakap apa?"

Ivan diam sejenak sebelum dia meletakkan plastik roti yang sudah kosong itu kembali di dalam beg kertas tersebut. "I'm sorry," ucapnya ringkas. "I'm sorry for being an asshole. I'm sorry for being such a grumpy stubborn ass today. Even more, I'm more than sorry for not listening to you," sambungnya. "Aku cuma risau dengan kau Arisha. You are having flu is really a worrisome. Aku tak nak keadaan kau lagi teruk, that's why I want us to be back at Manhattan as soon as possible. I want you to get checked, get your medicine and have your rest. Plus.."

Ivan menghelakan nafasnya. "If only aku setuju dengan Loren untuk stay dekat tempat dia untuk malam ni, we don't need to stay in this place. We don't need to be stuck in the middle of nowhere with no service and everything. We don't need to walk in the pouring snow and you don't need to.. I'm sorry princess. I'm really sorry."

Arisha diam sejenak.

"I'm sorry sayang," Ivan meraih tangan Arisha dan digenggamnya lembut. Dibawa ke bibirnya dan dikucup lembut. "Just now kau tanya dengan aku kenapa aku marah," ujar Ivan. "Aku tak marah kau Arisha. I'm just mad at myself for not listening to you earlier. I'm mad at myself sebab aku pilih untuk balik instead of staying at a safe and warm place."

"Ivan." Arisha akhirnya bersuara. "First of all, saya suka duduk motel ni. So don't worry." Bibirnya membentuk senyuman, seolah ingin Ivan tahu dia tiada masalah untuk tinggal di motel seperti ini. "And I'm sorry. I know you asked me to stay at the car but I come out instead. I should know better," tuturnya sambil menundukkan kepalanya, memandang tautan tangan mereka.

"Yes, I was mad at you that one second for being so stubborn." Ivan mengiyakan kata isterinya itu. "But I'm grateful you came with me. I can't imagine what could happen to you if I leave you there by yourself. It was so stupid of me to think you're safe in the middle of this snow storm."

Arisha angkat wajahnya untuk memandang suaminya. Senyuman kecil diukirnya. "So we're good now?" soalnya bersama sengihan.

"More than we should."

Arisha terus senyum lebar sebelum dia mengalihkan beg kertas di antara mereka. Badan Ivan lantas dipeluknya erat dan kepalanya diletakkan pada bahu suaminya, menghidu bauan segar milik Ivan. Tangannya memeluk erat leher suaminya. "I miss you," tuturnya perlahan. "Us fighting with each other is tiring me out."

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now