30 : possessiveness and jealousy

30.6K 1.1K 11
                                    

"Where are you going?"

Arisha yang baru sahaja hendak bangun dari kerusinya tunduk memandang Ivan yang menyoal. Jejaka itu membawa gelas berisi soda ke bibirnya dan diteguk perlahan. "I'm getting some water," jawab Arisha ringkas. "Do you want some?" soalnya sekadar berbasa basi.

Ivan geleng. Dia kembali membawa matanya ke arah lantai tari yang mulai dipenuhi dengan tetamu-tetamu yang ada. Setelah Arisha beberapa langkah menjauh daripada meja yang mereka duduki itu, matanya kembali pada gadis itu. Dia mengeluh perlahan. Saat pertama pandangannya jatuh pada gadis itu tadi, sungguh dia terpegun dengan kecantikan gadis itu dalam ombre blue ballgown. Gaya strapless gaun itu membuatkannya ingin menanggalkan kot yang dipakai olehnya untuk menutup bahu dan collarbone gadis itu yang terdedah itu.

"È bellissima (she's beautiful)."

Pandangan Ivan dialihkan kepada Ilaria bila mendengar suara sepupunya itu menerpa pendengarannya. "Who?" Ivan buat-buat tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh Ilaria.

"La tua ragazza (your girl), obviously."

Ivan hanya diam. Dia kembali membawa gelas yang berisi soda ke bibirnya dan diteguk. "She's not my girl." Kata-kata itu terasa pahit, malah di tekaknya sendiri. Dia kembali mengalihkan pandangannya daripada Ilaria, mencari Arisha yang tidak kelihatan kelibatnya lagi. Keningnya berkerut sambil matanya diliarkan ke setiap sudut ruang itu.

"She's not your girl but you are obviously searching for her right now." Ilaria membalas sinis. Dia turut mencapai gelas yang berisi soda. "Anyway, they don't serve wine here?" tuturnya sambil memandang gelas berisi soda itu.

"Please tell me your alcohol addiction didn't get worse," Ivan membalas tanpa memandang Ilaria.

Ilaria mengerutkan hidungnya, tidak bersetuju dengan balasan Ivan. "I'm not addicted to alcohol. What are you saying?"

"Whatever." Ivan malas hendak bertekak dengan sepupunya itu kerana dia tahu tidak akan ada penghujungnya. Saat itu juga, matanya menangkap kelibat Arisha yang berbual dengan seorang jejaka yang lengkap dengan two-piece suit berwarna biru, sepadan dengan gaun gadis itu. Senyuman manis yang diukir Arisha kepada jejaka itu membuatkannya mengetap bibirnya. Penumbuk digenggamnya bila melihat kemesraan kedua-dua gerangan itu. Laju, dia mengangkat punggungnya. "I need to go."

"Where? Looking for la tua ragazza?" Ilaria menjongketkan keningnya sambil tersenyum sinis bila melihat wajah kemerahan Ivan itu. Sungguh, dia sangat menikmati melihat sepupunya yang sudah dia kenal dari mereka kecil lagi lose control over one girl and his 'stupid feelings'.

"Chiudi il becoo (shut the fuck up), Ilaria." Tanpa mempedulikan Ilaria, Ivan terus membuka langkah. Dia sangat jarang mengeluarkan kata-kata dalam bahasa Itali, negara kelahiran ayahnya tetapi apabila bahasa itu keluar dari bibirnya, itu tandanya he's mad.

Langkahnya ke arah Ilaria dan seorang lelaki - yang dia sudah keep in mind to break every of his bone. You're laughing with my girl, then I'll make sure that this is your last day of laughing. "Princess." Tangan Ivan spontan dan lembut memaut pinggang Arisha, menyentakkan kedua-dua Arisha dan juga lelaki di hadapan mereka sekarang.

Ivan mengukir senyuman kecil untuk Arisha sebelum dia merapatkan bibirnya dengan telinga Arisha. "You told me that you're taking some water. Why did you talk with some random guy here?" bisik Ivan tepat pada telinga gadis itu membuatkan bulu tengkuk Arisha berdiri tegak.

"What are you saying?" Arisha berbisik keras sambil cuba mengekalkan senyumannya untuk Julian di hadapan mereka itu.

"I miss you," ujar Ivan setelah kembali berdiri biasa. Suaranya sengaja dibesarkan agar lelaki di hadapan mereka itu turut mendengar.

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now