Barisan panjang di hadapan Scintilla, galeri yang kini milik Nevan, dipandang. Hari ini merupakan hari pertama Scintilla dibuka kembali kepada orang awam. Tiga bulan berlalu dengan cepat, di mana Arisha dan Nevan saling bekerjasama dan bertungkus lumus untuk menyiapkan persiapan untuk hari ini. Bahkan untuk hari ini, Arisha sudah keluar dari rumah dari awal pagi untuk persiapan yang terakhir sebelum mereka membuka Scintilla kepada orang ramai. Majlis pembukaan itu sepatutnya dihadiri oleh VIPs sahaja untuk hari itu tetapi Arisha meminta agar ianya turut dibuka kepada orang awam. Dan Nevan bersetuju tanpa banyak soal.
Ivan melangkah ke arah pintu belakang galeri yang boleh diakses oleh staf yang bekerja sahaja. Daripada entrance hall itu, Ivan sudah dapat melihat kelibat Arisha dan Nevan yang sedang berbual di tengah-tengah showroom gallery. Senyuman terukir di bibirnya bila melihat Arisha yang tampil anggun dengan sepasang suit yang berwarna cream dan blouse putih. Blazer dibutangkan untuk tampil kemas. Rambutnya disanggulkan gaya low bun dengan rambut depannya dibiarkan beralun di tepi wajahnya. Arisha sangat jarang mengenakan suit tetapi bila gadis itu tampil seperti itu, Arisha kelihatan sangat berkarisma dan elegant. Ditambah lagi dengan heels yang melengkapkan seluruh penampilannya.
"Ehem." Ivan berdehem untuk menarik perhatian isteri dan adiknya.
"Awak! Awalnya sampai!"
Ivan hanya senyum. Tangannya menyentuh belakang badan Arisha dan kucupan lembut dijatuhkan di dahi Arisha seperti biasa.
"Brother, I don't know how many people begging me to let them enter the showroom way earlier than the others and I denied all of their request. And here you are without requesting anything, entering our gallery illegally."
"Illegally?" Ivan memandang pada Nevan yang segak dengan suit hitam. "If I must remind you, this gallery is still under my name."
"Noted that Mr. Billionaire."
"You know that I hate you right?"
"I know that damn well. But do you know that I hate you more?"
"Which make it's easier for me."
"Boys." Arisha mulai menyampuk.
"We're not boys."
Terjongket kening Arisha bila mendengar Ivan dan Nevan serentak menuturkan itu. Bibirnya menyungging senyuman lucu saat mereka kembali berpandangan. "Sure you both are not." Arisha menganggukkan kepalanya bersama senyuman nakal.
"You know what sister? I'm going to give both of you the precious time now. I'll see you later," Nevan memandang pada Arisha, tidak mempedulikan Ivan.
Arisha hanya mengangguk. Dia kemudiannya kembali menoleh pada Ivan selepas Nevan beredar dari situ. Senyuman terukir di bibirnya apabila Ivan memaut erat pinggangnya. "Awak memang jarang nak borak elok-elok dengan Nevan kan?"
"Isteri, aku tahu kau sangat rapat dengan Nevan sekarang ni. But I really don't need you to mention him that often. I felt like I'm third wheeling you guys right now."
Tergelak Arisha apabila mendengar nada jengkel Ivan itu. Tangannya dilarikan pada dada Ivan yang berlapik dengan baju. Suaminya hari ini mengenakan sweater-like shirt berwarna putih yang dilapikkan dengan blazer chocolate cream, sepasang dengan seluarnya. "Ivan, awak jangan nak merepek boleh tak? Saya dengan Nevan rapat pun sebab kitaorang kerja sekali."
"I know princess, I'm just saying," beritahu Ivan biasa. Tangan Arisha di dadanya diraih dan digenggam. "Macam mana press conference dengan media tadi?" tanyanya.
"Okay je. Saya tak buat apa-apa pun, Nevan did all the talks and he handle it very well." Arisha memeluk lengan suaminya sambil mereka sama membuka langkah berjalan di showroom itu. "I have something to tell you by the way," beritahu Arisha kemudian. Bibir bawahnya diketap, rasa serba salah untuk memberitahu suaminya itu.
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...