25 : i'm sorry

21.3K 1.2K 28
                                    

"Arisha, can you please stay for a minute?"

Arisha yang baru sahaja hendak melangkah keluar dari bilik kuliahnya menoleh pada pensyarahnya yang berdiri di hadapan kelas. "Yes, sir." Hanya anggukan diberikannya sebelum dia melangkah ke hadapan bilik kuliahnya itu.

"Have a seat, Arisha," pelawa Rafa setelah pelajar-pelajarnya yang lain mengosongkan bilik kuliah itu. Dia kemudiannya mengisyaratkan kerusi di hadapannya untuk Arisha. Dia turut melabuhkan punggungnya dan menyatukan tangannya di atas meja.

"Thank you." Arisha sekadar menurut. Dilabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil pandangannya ditundukkan pada kasutnya.

"Arisha okay ke? I tengok you macam tak bagi attention dalam kelas hari ni. Are you okay?" Lembut nada Rafa menyoal khabar gadis itu. Matanya meneliti wajah mulus Arisha.

"Oh.." Arisha menggaru tepi lehernya. "Saya okay je, sir. I'm sorry though sebab tak fokus dalam kelas Sir tadi," sambungnya sopan. Senyuman tipis diukirnya untuk pensyarahnya itu.

Rafa diam sejenak sebelum tangannya memegang lembut tangan Arisha yang terletak di atas paha gadis itu, membuatkan Arisha tersentak. Badannya serta-merta menjadi tegang saat disentuh tiba-tiba oleh pensyarahnya itu. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang dan nafasnya mulai menjadi sesak  akibat sentuhan Rafa itu.

"Ari.."

Kening Arisha bertaut saat mendengar panggilan Rafa padanya itu. Setahunya, para pensyarahnya tidak pernah memanggilnya dengan panggilan Ari. Arisha mengemam bibirnya sambil dia cuba untuk menarik tangannya dari genggaman Rafa namun lelaki itu terus mengeratkan genggamannya. "Sir.." Nada Arisha kedengaran bergetar.

"Ari, you marah dekat I lagi ke?"

Serentak itu, Arisha mengangkat kepalanya memandang Rafa. "Marah? Kenapa saya nak marah Sir pula?" Dahinya bertaut, hairan dengan soalan yang dikemukakan oleh Rafa itu.

"Sebab I putuskan hubungan kita."

"What the?" Arisha seperti tidak mempercayai kata-kata yang dilontarkan oleh Rafa itu. "Sir, we never had a relationship more than as a student and a lecturer. What are you saying?!" Arisha terus merentap tangannya dari genggaman Rafa dengan kuat. Debaran di dadanya semakin kuat kedengaran.

Rafa kelu sejenak melihat reaksi Arisha itu. "Arisha.." Dia bangun, cuba mendekati Arisha yang sudah berdiri itu namun gadis itu lebih cepat melangkah untuk melarikan diri.

Namun entah di mana silapnya, kakinya tersadung pada kaki kerusi yang menyebabkannya terjatuh di lantai dan kepalanya terhantuk pada permukaan lantai yang keras itu. "Argh.." Arisha memejamkan mata akibat rasa sakit pada kesan hantukan itu. Tangannya spontan naik menyentuh dahinya yang dia pasti lebam itu.

Mata Rafa besar bila melihat kejadian itu. "Arisha?" Liurnya ditelan. Dia segera meliarkan matanya, untuk memastikan tiada sesiapa di situ. Setelah itu, dia terus menyusun barangnya dan melangkah keluar dari situ. Pintu bilik kuliah tersebut ditutupnya rapat, meninggalkan Arisha di situ. Serentak itu juga, sistem lampu automatik turut terpadam akibat pintu yang telah dikunci itu.

Arisha membuka sedikit matanya, di mana pengelihatannya menjadi kabur. Nafasnya serta-merta menjadi sesak saat menyedari sekelilingnya gelap-gelita. Tangannya yang menggeletar itu terus memegang dadanya sambil matanya mulai berkaca akibat anxiety nya yang disebabkan oleh kegelapan yang melandanya itu.

~

"Makan."

Ivan memandang makanan yang dipesan oleh Rayyan untuknya. "Kau tak perlu pun pesan makanan untuk aku, Rayyan. Aku tahu nak masak sendiri kalau lapar," beritahu Ivan sambil dia membangunkan badannya dari sofa. Lehernya diregangkan.

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now