Kaki Ivan lemah melangkah masuk ke dalam rumahnya. Pintu rumah ditutupnya dan dikunci rapat sambil dia melangkah ke arah biliknya.
Meow.
Leo yang mendengar bunyi pintu segera bangun dari duduknya dan berlari, mengekori Ivan yang melangkah ke arah bilik yang menyimpan segala jenis alkohol. Tanpa mempedulikan Leo, Ivan terus menutup dan mengunci pintu tersebut. Dia melangkah ke arah almari yang menyimpan botol-botol wain. Dibukanya pintu kaca itu dan tangannya mencapai sebotol wain merah. Dicapainya gelas.
"No wonder she leave you guys."
"Don't even bother coming back to me."
"I hate you as much as I hate the fact that I love you."
Kata-kata Arisha kepadanya tadi kembali menerpa mindanya. Genggamannya menjadi erat pada botol wain sebelum dia melupakan gelas di atas meja itu. Diteguknya terus cecair berwarna merah itu daripada botol tersebut. Badannya terduduk di atas lantai. Kakinya dibengkokkan, kepalanya ditundukkan dan air mata mengalir perlahan di pipinya.
"Let me go, Ivan. I don't want to stay here anymore!"
Dan imej Ivan yang berumur 12 tahun merayu dan meminta agar Laila Suraya tidak meninggalkannya juga turut menerpa mindanya. Ivan mengetap rahangnya sambil tangannya memegang kuat dadanya yang terasa sesak. Air mata yang mengalir di wajahnya semakin deras. Seumur hidupnya, kali terakhir dia menangis ialah tika Laila Suraya meninggalkannya, which is 18 tahun yang lalu.
"I'm sorry because your mother leave you but I'm thankful because she found me because after all, you prove it to me that you and your family don't deserved her."
Sungguh, kata-kata Arisha itu yang membuatkannya menjadi rapuh. Tanpa menghiraukan perasaannya, dia kembali meneguk wain merah itu, ingin menghilangkan perasaan sakit dan pedih dalam hatinya, menghilangkan semua imej Arisha dan Laila Suraya. Dia pernah berjanji untuk tidak akan menyentuh apa-apa jenis alkohol lagi, namun sekarang, rasa sakit di hatinya mengatasi segalanya.
Maka malam itu, dia membiarkan dirinya dipenuhi dan dihanyutkan cecair-cecair yang warnanya sama dengan warna darah - kerana sekarang, perkara terakhir yang dia hendak lakukan ialah menyesakkan kepalanya dengan semua masalah yang dia hadapi.
~
Langsir yang dibuka dengan luas membuatkan cahaya matahari berpusu-pusu masuk dan menerangi bilik tidurnya. Ivan yang semalamnya tertidur selepas menghabiskan dua botol wain mendengus kuat apabila tidurnya diganggu seperti itu. Tangannya mencapai bantal di sisi kepalanya untuk menutup wajahnya.
"The fuck is this, Ivan?!"
Suara Rayyan itu serta-merta membuatkan Ivan membuka matanya. Dia memalingkan wajahnya ke tepi katil, di mana Rayyan berdiri sambil bercekak pinggang. Ivan memicit batang hidungnya sambil dia membangunkan badannya dari pembaringannya. Dia kemudiannya duduk bersila di atas katil sambil menggosok matanya. "Kau buat apa pagi-pagi dekat sini?" soalnya dengan suara serak basahnya. Kepalanya yang berdenyut cuba dihiraukan. This damn hangover.
"Of course aku datang sini sebab nak sarapan dengan kau pukul dua petang macam ni," sarkastik dan sinis Rayyan menjawab. Dia memandang dua botol wain yang kosong di atas meja. "Ivan, kau minum lagi these drinks?" Rayyan mengalihkan matanya kembali pada Ivan.
Ivan turut memandang ke arah dua botol kosong itu. Damn, I drank two bottle of red wine? Ivan menolak rambutnya ke belakang. "Kau nak apa Rayyan?"
"Arisha masuk hospital semalam. Dia masih dekat hospital but.." Kata-kata Rayyan terhenti saat mendengar suara Ivan yang mengerang kesakitan. Dia kembali memandang Ivan yang terhantuk bucu meja saat dia cuba untuk turun dari katilnya dan mengutip bajunya. Rayyan segera membantu kawannya itu sebelum jejaka itu terhantuk lebih banyak barang. Badan Ivan dipaksanya untuk duduk di birai katil.
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...