"Do you want to know a secret?"
Ivan yang tadinya sedang membaca mengangkat wajahnya memandang Arisha yang melakar pada buku lukisannya. Bukunya ditutup untuk menumpukan perhatian pada isterinya. "What is it isteri?"
Arisha sengih bila mendengar panggilan isteri keluar dari bibir Ivan. "Awak ingat bila kali pertama kita jumpa?" soal Arisha.
Dahi Ivan berkerut. "Is this some kind of test that I need to answer correctly?"
Terlepas tawa Arisha apabila mendengar keraguan Ivan itu. "Ivan saya takde masa nak test awak macam-macam. Cepatlah jawab soalan saya tadi," desak Arisha. Buku lukisan di tangannya sudah diletakkan kembali di atas meja, bersebelahan dengan buku yang dibaca oleh Ivan tadi.
"Hm," Ivan berfikir sejenak. "Isn't it at your sister's apartment?"
Arisha menjongketkan keningnya. "So awak ingat?!"
"Of course." Ivan pandang wajah Arisha. "You literally tried to kill me."
Membulat mata Arisha. "No! I didn't!"
"Yes you did."
"Princess, you literally almost run over me with your car."
Ivan memboloskan badannya keluar dari kereta yang disewanya. Lehernya diregangkan sambil dia melangkah ke belakang kereta untuk mengambil bagasinya. Kepalanya diangkat untuk memandang bangunan yang berdiri gah di hadapannya. Telefon di tangan dipandang. Masih tiada balasan mesej daripada Rayyan walaupun sudah hampir sejam dia menghantar mesej pada kawannya itu bahawa dia ingin datang.
Well, I guess I need to break in.
Ivan menutup kembali pintu kereta dan dikuncinya sebelum dia membuka langkah untuk masuk ke dalam bangunan apartment milik Rayyan itu. Sambil itu, telefonnya berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Rahangnya diketap bila melihat nama Ilaria terpapar.
Tidak sempat dia hendak menjawab, Ivan disentakkan dengan bunyi tayar kereta yang bergerak laju ke arahnya. Dahinya berkerut apabila lampu kereta itu memancar ke arahnya. Tangannya diangkat untuk menghalang cahaya lampu kereta itu.
Streeetttt
Bunyi brake ditekan jelas kedengaran dan kereta itu berhenti betul-betul di hadapan Ivan. Ivan menurunkan kembali tangannya bila lampu kereta tersebut dipadamkan dan pintu kereta dibuka dari dalam. Mata Ivan jatuh pada sang pemandu.
"Awak!"
Kening Ivan terangkat apabila mendengar suara besar gadis itu. Matanya memandang pada gadis yang memakai jeans yang dipadankan dengan t-shirt putih kosong yang melangkah laju ke arahnya. Rambut beralun dan panjangnya yang hampir mencecah pinggangnya dibiarkan lepas.
"Awak tak tengok kiri kanan ke nak jalan tu?! Awak banyak sangat nyawa ke?!" Mata gadis itu membulat padanya dan berhenti betul-betul di hadapannya. Tangannya mencekak pinggangnya dan dagunya diangkat setinggi yang boleh untuk bertentangan mata dengan Ivan.
Mata Ivan jatuh pada tag nama yang tergantung pada leher gadis itu. Puteri Arisha. A princess. As she should be.
"Hello? Saya tengah cakap dengan awak ni? Hello!" Arisha melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah jejaka kacak itu. Dia sehinggakan tidak percaya adakah jejaka yang berdiri di hadapannya tika ini ialah orang atau tidak kerana he is so fine. Eh kau kenapa Arisha? Dibuangnya jauh-jauh fikirannya itu.
YOU ARE READING
My Sweetest Desire
RomancePuteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam perasaan, masalah dan rahsia untuk dirinya dan membina tembok yang tinggi dan tebal untuk mengasingkan...