13 : rules

23.1K 1.1K 48
                                    

"Show me what are you going to do in this situation, princess. Only then, I'll trust you."

Arisha kaku di dalam posisi mereka itu. Lengan Ivan melingkar erat pada lehernya dan direhatkan di bahunya. Wajah Ivan rapat pada telinganya sehingga dia dapat merasakan hembusan nafas jejaka itu. Badan Ivan yang menekan pada belakang badannya jelas mengeluarkan kehangatan pada tubuhnya. Wangian Ivan jelas menusuk deria baunya. Matanya dipejamkan buat seketika.

"Open your eyes, princess." Suara Ivan jelas kedengaran di telinganya. Lingkaran tangan Ivan pada lehernya dieratkan oleh jejaka itu, seolah-olah ingin menutup saluran pernafasan gadis itu.

"No."

Fuck. Ivan mengetap rahangnya saat mendengar balasan gadis itu. Bahu Arisha dipusingkannya untuk menghadapnya dan dalam sekelip mata, badan Arisha ditolaknya ke dinding garden house itu. Tangannya memerangkap badan Arisha sambil kakinya mengunci kedua-dua kaki Arisha. Matanya tajam memandang pada gadis itu. "Princess, if you act like that in front of other people other than me, I swear to God, I'll kill him."

Wajah Ivan sangat rapat dengannya sehingga dia dapat merasakan kehangatan daripada badan jejaka itu. "Why?" Dia menjawab berani. Matanya berani menentang mata Ivan tanpa mempedulikan jantungnya yang sedang berdegup laju sekarang.

Ivan memandang mata hazel gadis itu sebelum jatuh pada loket rantai Arisha. Tangannya naik, menyentuh loket rantai itu. Because you are so precious, Arisha. No one deserves your beautiful soul. Not even me. Ivan mengetap bibir sebelum dia mengambil beberapa langkah ke belakang, menjauhi gadis itu membuatkan badan Arisha kembali disapa kedinginan. Dia melarikan matanya daripada terus menatap Arisha.

"I can't trust you, Arisha. Kau akan pergi juga defense class tu. I don't care." Usai menuturkan itu, dia mengambil Leo dari lantai dan terus keluar dari garden house itu dan terus menuruni tangga balik ke rumahnya.

Ivan meletakkan Leo di atas lantai sebaik sahaja dia sampai di rumahnya. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya sambil diikuti oleh Leo yang setia di belakangnya. Ivan melangkah ke arah sebuah bilik kecil yang terletak di sudut biliknya. Suis lampu ditekannya, menerangi bilik yang penuh semua jenis wine. Dia melangkah ke arah almari yang menyimpan wine yang selalu diminum olehnya. Dibukanya almari itu dan dicapainya sebotol wine. Gelas kaca yang terletak tidak jauh daripadanya diambil dan diisinya dengan wine tersebut.

Meow.

Baru sahaja Ivan hendak meneguk wine tersebut, bunyi daripada Leo membuatkannya memandang pada kucing itu. Leo berjalan ke arahnya dan digeselkannya badannya pada kaki Ivan. Kepalanya diangkat untuk memandang Ivan dengan mata coklat hazel miliknya, seolah memujuk Ivan untuk tidak mengambil wine itu.

Meow.

Ivan mengetap bibir. Dia kembali memandang gelas di dalam tangannya sebelum keluhan kasar keluar dari mulutnya dan tangannya kembali meletakkan gelas berisi wine tersebut. Dia mengangkat badan Leo dan dipeluknya ke dadanya. "I won't," bisiknya perlahan, seolah memberitahu Leo bahawa dia tidak akan meminum wine itu.

Ivan kembali menutup pintu bilik tersebut dan terus melangkah ke arah katilnya. Badannya dihempaskan di atas katil dan Leo diletakkannya di atas badannya. Leo terus membaringkan badannya di balik lengan Ivan. Ivan menghelakan nafasnya. "I shouldn't touch her, Leo. Touching her should be the last thing I do."

Meow, meow.

Ivan tunduk memandang Leo yang berbaring di bawah lengannya. Ibu jarinya mengelus lembut kepala Leo sebelum dia kembali memandang siling biliknya.

"No, I don't like her. I can't like her."

~

Bunyi pintu yang dibuka membuatkan Ivan yang bersandar pada dinding di luar rumah mengangkat wajahnya. Arisha yang lengkap dengan jeans dan kemeja lengan panjang berwarna putih dipandang. Tidak seperti hari yang lain, Arisha mengikat rambutnya dengan gaya low ponytail.

Arisha juga memandang Ivan selepas mengunci pintu rumahnya. Jejaka itu memakai kemeja lengan panjang berwarna hitam yang dituck-in dalam seluar yang juga berwarna hitam. Dua butang teratas kemeja yang dipakainya dibiarkan terbuka. Lengan kemejanya disingsing hingga ke paras sikunya, mendedahkan lengannya yang berurat.

"Jom."

Mata Arisha kembali pada wajah Ivan saat mendengar suara dingin Ivan itu. Kepalanya dianggukkan. "Jom." Dia mengetap bibirnya, cuba menenangkan dirinya. Selepas apa yang terjadi di antara mereka berdua di rooftop semalam, Arisha jika boleh cuba mengelak daripada bertemu dua mata dengan Ivan. Tetapi kerana dia mempunyai photoshoot pada hari ini, dia tidak mempunyai pilihan yang banyak.

Arisha mengikut langkah Ivan ke arah keretanya. "How is Leo?" Arisha bertanya bagi memecahkan kesunyian antara mereka.

"He's good." Ivan menjawab ringkas tanpa memandang pun pada Arisha yang berjalan di sebelahnya.

"I see." Arisha tunduk memandang jari-jemarinya. Bibirnya diketap dan tangannya naik mengenggam rantainya. "Ivan, about last night.."

"Arisha, our discussion ends there. Kau akan pergi defense class yang aku pilih," Ivan menjawab tanpa menunggu Arisha menghabiskan ayatnya.

"Saya bukan nak cakap pasal tu. Fine, kalau awak rasa saya perlu pergi defense class, saya pergi. Tapi.."

"I'm sorry for touching you without your permission. I know you hate it. Jangan risau, aku takkan buat lagi."

"Ivan!" Tangannya menarik lengan Ivan supaya jejaka itu berhenti melangkah. Dadanya turun naik akibat rasa geram dengan Ivan yang tidak habis-habis hendak memotong kata-katanya. "Bagi saya cakap sampai habis boleh tak?"

Ivan memandang Arisha sebelum dia berpeluk tubuh. "Fine. What is it?"

Arisha menghelakan nafasnya. "Yes, you shouldn't touch me. But more than that, I think we should set some rules between us. You didn't give me a chance for me to talk about you being my bodyguard. Abang saya suruh awak jadi bodyguard saya. I know that you should listen to my brother. Tapi sekarang, saya nak awak dengar apa yang saya nak sebab awak kerja dengan saya."

Ivan diam, tidak membalas apa-apa. Menunggu gadis itu memberitahu semuanya.

Kertas di tangannya dihulurkan kepada Ivan membuatkan Ivan menjongketkan keningnya. "My rules. Take it or leave it," beritahu Arisha tanpa nada.

Ivan menyambut huluran Arisha itu. Dilihatnya sekilas kertas yang diberikan oleh Arisha sebelum dia melipatkan kertas itu kepada dua. "I'll sign it later. Now, let's go. Kau dah lambat pergi photoshoot kau."

"You'll-- sign it later?" Arisha menjongketkan keningnya bila tiada tanda-tanda jejaka itu ingin membantah.

"That's what I'm supposed to do. Am I wrong?"

Arisha berdehem, membasahkan tekaknya. "No. Sign it," katanya sebelum dia melangkah meninggalkan Ivan di situ, menyambung langkahnya ke arah kereta Ivan yang terletak elok di hadapan mereka.

"Princess."

Langkah Arisha terhenti. "What?" soalnya tanpa memandang pun pada Ivan. Dia risau jika dia menoleh pada jejaka itu, dia akan melakukan sesuatu yang akan dikesali olehnya.

Ivan mengenggam hujung kertas yang dipegang olehnya sehingga kertas tersebut menjadi renyuk di hujungnya. Matanya memandang belakang badan gadis itu sebelum menuturkan sesuatu.

"Don't be nice to me, Arisha."

•••••

Arisha dengan Ivan ni kannnn - they really said I step forward, 3 steps back ✋

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now