19 : balldance

21.8K 1K 53
                                    

"Naly."

Pintu yang dikuak dari luar membuatkan Nalysia mengangkat wajahnya lalu mengukir senyuman kecil bila melihat kelibat Arisha yang berdiri di hadapan pintu pejabatnya itu. "Arisha. Come in," pelawanya sambil memberi isyarat kepada Arisha untuk duduk di hadapannya.

Arisha menutup kembali pintu pejabat Nalysia sebelum dia melangkah ke arah kerusi di hadapan Nalysia. Tangannya yang menggeletar cuba disembunyikan. Degupan jantungnya yang laju cuba tidak dihiraukan seraya melabuhkan punggungnya di kerusi.

Nalysia meletakkan pen di tangannya di atas meja sebelum dia menyatukan kedua-dua tangannya di atas meja yang memisahkan dia dan Arisha. Wajah cantik gadis di hadapannya itu diteliti sebelum dia menuturkan, "I hope what I read yesterday about you and your bodyguard is not true."

Serentak itu, Arisha terus mengangkat kepalanya untuk memandang Nalysia. Bibirnya terbuka sedikit. "Naly, I.."

"Arisha, you ialah Athenia's new face. I tak kisah you nak bercinta tapi I tak nak you bercinta dengan seseorang yang boleh bagi impak buruk dekat you dan Athenia. Your bodyguard is your bodyguard. You should keep it that way." Nalysia menuturkan semua itu dengan nada yang tenang. "I didn't said that your bodyguard is a bad person to date. Tapi you ialah public figure. You are the Arisha. You are the great painting artist. You are the model. We all know how you live your life. Independently, beautifully. You are the trendsetter. People look up to you. They expected a lot from you."

Arisha mengetap bibirnya dengan perlahan. "What are you trying to say?" tuturnya perlahan.

Nalysia menghelakan nafasnya. Badannya disandarkan pada kerusinya. "If you want to date, date someone who is as good as you. Maybe a CEO? Maybe a model as well? Or maybe a billionaire's son or a billionaire himself. Those are your cup of tea, Arisha. Not your bodyguard."

Jari-jemarinya digenggamnya kuat. Cincin kayu di jari manisnya dipusingkan untuk menenangkan dirinya. "Did the identity of someone I dated could affect my contract with you?"

"Not entirely. But.."

Arisha menganggukkan kepalanya. "Good, because I'm not planning to expose who I dated anyway." Arisha mengetap bibirnya sebelum dia bangun. "I rasa tu je yang kita perlu bincang. You tak perlu risau, I takkan rosakkan nama Athenia. I work so hard to be in Athenia, so I won't risk it."

"Arisha." Nalysia menyeru nama gadis itu kembali sebelum sempat Arisha membuka langkah untuk keluar dari pejabatnya.

Arisha mengenggam kuat tali beg yang disilangkan pada badannya. Matanya kembali memandang wajah wanita yang berumur awal 40-an itu. "What?"

Nalysia senyum kecil sebelum mengarahkan, "find a date. Bring him along with you during our launching event. Not your bodyguard, of course."

~

"Princess."

Lamunan Arisha tentang perbualannya dengan Nalysia pagi tadi hilang entah ke mana bila suara Ivan menerpa pendengarannya. Dia menoleh ke arah Ivan yang baru sahaja duduk di hadapannya sambil meletakkan sekotak pizza yang dipesan oleh mereka sebentar tadi.

"You seem lost in thoughts lepas balik dari jumpa Nalysia tadi," beritahu Ivan sambil tangannya membuka penutup kotak pizza di hadapan mereka. "Ada apa-apa ke kau nak bagitau aku?" soalnya kemudian.

Arisha senyum kelat dan menggelengkan kepalanya. "Nothing. Really," ujarnya sambil cuba mengelak daripada bertemu mata dengan Ivan. Tangannya segera mencapai sepotong pizza. "Naly cuma bincang tentang launching event next month. Dia bagitau saya beberapa benda saya kena prepare myself for," dalih Arisha.

"And what is it?" Ivan bertanya biasa sambil tangannya juga mengambil sepotong pizza.

"Ball dance. Saya kena belajar ball dance in two weeks time," ujar Arisha. "Dan saya kena cari someone yang boleh ajar saya ball dance dalam masa yang terdekat," sambungnya.

"Didn't you learn ballet?"

"Ballet tak sama langsung dengan ball dance, Ivan. I don't need a partner for ballet but I do need a partner for ball dance," jelas Arisha ringkas. Tangannya mencapai gelas di sebelahnya dan diteguknya sedikit air kosong itu.

"I can teach you if you want."

Terjongket kening Arisha saat mendengar cadangan Ivan itu. "Awak tahu ball dance?" soalnya sambil matanya terkebil-kebil memandang wajah Ivan.

"A little bit," jawabnya biasa. "My grandfather suruh cucu-cucu dia belajar ball dance sebab senang nanti nak datang any formal event yang ada ball dance. That's how," sambungnya.

"Your grandfather?"

"Late grandfather actually. Dia meninggal setahun yang lepas." With a lot of will we need to carry out. Ivan melarikan pandangannya saat teringat akan apa yang perlu dia lakukan di Malaysia. Finding her.

"Ahh.. I'm sorry," Arisha memegang lembut tangan Ivan, rasa bersalah tiba-tiba.

"It's okay. Takde apa pun," balas Ivan sambil dia membalas genggaman tangan Arisha padanya. "So, kau nak tak aku ajar ball dance?" soal Ivan kembali, menukar topik perbualan mereka.

"Ermm.." Arisha meletakkan jarinya di dagunya, seolah-olah sedang berfikir. "When do we start? Sebab kalau kita mula sekarang, saya tak nak." Pipinya dikembungkan sambil matanya bulat memandang pada Ivan membuatkan jejaka itu mendengus.

"Stop doing those face, Arisha. It's not going to work on me," balas Ivan malas membuatkan Arisha tergelak. "And no, kita takkan mula sekarang," sambungnya kemudian sambil tangannya mengambil lagi sepotong pizza dan diberikannya kepada Arisha.

Arisha menarik sengih sambil menyambut huluran Ivan. "Awak nak tahu tak awak nampak lagi handsome kalau baik hati macam ni? Daripada the cold Ivan I know before? I hate it so much," ujarnya membuatkan Ivan menjongketkan keningnya.

"I'm still cold with everyone, Arisha."

"Not with me, though." Arisha senyum manis.

Tangan Ivan naik ke wajah Arisha. Ibu jarinya mengelap lembut sisa makanan di hujung bibir gadis itu sebelum matanya mencari anak mata Arisha dan menuturkan, "you are an exception."

~

His plan is always coming to Malaysia, finding his mom and bring back the stolen painting. Wanting Arisha is never part of his plan.

Ivan melarikan jari-jemarinya pada rambutnya. I messed up. Dia menoleh ke arah meja di sudut biliknya itu. Nafasnya dihelakan sebelum dia melangkah ke arah meja tersebut. Kerusi di bawah meja itu ditariknya dan dia melabuhkan punggungnya. Laci ditarik dan sehelai sampul surat bersaiz A4 diambilnya keluar.

Matanya menatap sampul surat tersebut. Nafasnya ditarik dan dihembuskan perlahan sebelum dia membuka sampul surat tersebut. Ditariknya keluar kertas-kertas di dalam sampul surat itu.

Satu-persatu kertas itu dibacanya. Bermula dengan ketenangan sehingga pada satu ketika, wajahnya serta-merta berubah menjadi tegang. Jari-jemarinya mengenggam kuat sisi kertas yang dibacanya itu sehingga renyuk.

Fuck it.

•••••

gotta move on to our conflict hahahaha 👀

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now